Aku benci perempuan, aku benci manusia bodoh

Aku banyak baca confession dalam page ni, boleh katakan banyak perempuan yang confess terutama pasal lelaki rosakkan perempuan, jujur aku cakap bila aku baca aku tak rasa apa apa, iya aku tau aku kena rasa benda ni bukan normal ataupun kesian tapi aku langsung tak rasa apa apa. Aku lelaki, umur 25 tahun, masih baru dalam dunia luar sebelum ni pelajar dekat satu universiti local.

Cerita aku mungkin susah nak percaya, tapi terpulang aku tak kisah. Kalau perempuan nak komen apa apa buruk pasal aku pun terpulang, apa yang anda cakap sikit pun tak effect mental aku. Masa lapang aku, masa sunyi aku banyak aku habiskan dengan call girl. Aku sendiri dah tak ingat dengan berapa perempuan aku pernah tidur.

Life aku sekarang memang senang, sebelum aku grad lagi aku dah mula bisnes. Status aku sekarang dikira millionaire, tak percaya muda boleh jadi millionaire? Pergi mampus, orang bodoh memang tak reti nak cari duit, dunia trading luas sampai satu dunia, shipping barang boleh seluruh dunia, nak berbisnes sampai ke Jepun pun boleh tapi kau tak nampak jalan? Macam aku cakap, aku benci manusia bodoh, tapi aku tau ramai yang tau macamna nak trade international ataupun guna internet untuk cari duit. Aku bukan budak MLM atau mana mana skim lingkup bodoh yang tersenarai hitam dekat Bank Negara. Aku buat real business, aku belajar dari zaman university sebelum term dropship atau fbads famous dekat Malaysia dari forum luar.

Aku mula benci perempuan sejak tahun 3 dekat universiti. Girlfriend aku, perempuan yang dah 6 tahun dengan aku, curang, dia ada lelaki lain, umur lagi tua dari aku, dah kerja. Kerja biasa saja, loser yang kereta pun parents bagi dan dah umur 30 lebih pun masih duduk bawah ketiak parents. Aku sayang ex girlfriend aku, masa tu aku bodoh lagi, result pun habis lingkup sebab tekanan, hari hari call tapi ex sibuk call balak baru. Dia tak layan aku, tapi aku tetap cuba pujuk. Tapi setiap kali dia ada masalah dalam pelajaran nak tolong buat report atau apa apa aku la yang dia cari, kos aku dengan dia jauh beza, engineering dengan biologi tapi aku tetap study dan akan tolong dia, sebab apa dia cari aku? Sebab balak dia bodoh apa pun tak reti, nama saja grad universiti tapi bodoh sebab tu umur 30 tapi kerja tempat sama, tak maju. Setiap kali aku tolong ex aku, bila habis kerja dia akan sibuk dengan balak dia balik dia akan buat bodoh dengan aku balik, lama lama aku mula fed up, aku jadi benci perempuan sebab aku rasa perempuan suka pergunakan orang bukan ex aku saja ada lagi yang lain ambil kesempatan pergunakan, soal duit la, kerja la. Aku benci manusia bodoh sebab balak dia bodoh, yang dia tau dota, anime, kereta dan bola. Financial ke apa apa benda berguna semua bodoh. Tolong assignment pun tak boleh.

Kalau korang rasa dia tinggal aku sebab personaliti aku busuk, atau kuat cakap benda bukan bukan, haha silap. Aku dulu tak macamni, aku terima semua orang, aku banyak senyum. Kalau orang tak faham apa apa aku explain baik baik, bodoh pun dikira perkataan berat. Aku dari family yang well educated dan jaga agama, bukan tahap warak tapi sangat jaga terutama pergaulan. Parents aku tegas, mak aku dari zaman aku sekolah asrama pesan macam macam pasal pergaulan, bila dah besar setiap kali pesan jaga pergaulan. Tapi sekarang aku sekadar iyakan nak jaga hati mak, aku anak yang baik kot, perangai ni aku simpan, mana parents aku pernah nampak, dekat mata diorang aku anak lelaki dia yang sopan, baik, berjaya, selalu bagi duit nafkah, solat jaga.

Aku dulu sangat benci lelaki yang suka mainkan perempuan, bagi aku dulu, perempuan kita pilih biar niat nak nikah, bina family yang stabil, anak anak yang dididik elok. Tapi itu dulu la. Masa tu pulun aku buat macam macam nak cari duit konon nak nikah lepas grad build happy family hahaha. Antara kerja aku pernah buat, ghost writing, untuk blog luar sebab bayaran dalam USD, sebab tu aku boleh tulis confession panjang. Duit nak kawin tu yang jadi modal kepada apa yang aku ada sekarang lepas angan angan nak kawin lingkup. Sekarang ni aku benci perempuan. Mesti perempuan akan cakap mak aku bukan perempuan? Hahaha mudah, semua benda ada yang terkecuali dalam dunia ni, ini apa yang aku rasa so suka hati aku la.

Aku benci perempuan tapi aku selalu tidur dengan perempuan? Bagi aku, perempuan tak lebih dari sekadar alat. Aku tak pandang perempuan dengan apa apa perasaan, cuma sekadar alat. Kalau tak kenapa orang selalu cakap, lelaki akan gila bila dapat DARJAT, DUIT, PEREMPUAN. Nampak tak, dia letak perempuan sama level dengan reward yang ada, kenapa ramai pakai seksi nak tarik lelaki? Sebab deep down perempuan pun tau dia sekadar reward kepada lelaki. Nak cakap aku ketagihan dengan perempuan tak juga, aku dah tidur dengan ramai call girl, dari banyak bangsa, negara, bahasa tapi kalau aku tengok perempuan lalu lalang perempuan Melayu, tak pula rasa tertarik, atau nak try, lagipun semua call girl yang aku pilih semua lawa, tahap model, tak percaya sila tengok sendiri, Malaysia ni macam bebas saja nak cari call girl, open lagi, relaks saja. Kalau aku rajin aku akan bid virgin girl. Tauke call girl pun dah biasa whatapps aku kalau ada info baru, siap hantar depan apartment aku. Aku duduk sorang, studio apartment, banyak jiran aku Cina dan expat dari negara luar jadi tak ada sapa nak report lagipun sini guarded area, JAIS pun tak boleh masuk. Perempuan yang datang kadang kadang bahasa pun aku tak faham, memang tak komunikasi, tak penting pun. Dia sendiri tau apa kerja dia.

Aku cuma akan order call girl bila dekat rumah aku, kalau balik kampung aku macam biasa saja, tapi selalu tak lama aku kat kampung. Masih lagi sweet character depan parents aku. Aku pilih call girl sebab berbayar jadi takkan ada apa apa attachment lepas tu, aku tak suka ada feeling feeling atau jumpa perempuan yang sama. Apa aku dapat kalau order call girl tapi aku tak ketagih belaian perempuan? Kepuasan mental, bila aku dapat tidur dengan perempuan lawa aku rasa macam nak jerit bagitau ex aku, aku dah tidur dengan ramai perempuan lagi beratus kali lagi lawa dari dia dan aku beratus kali lagi kaya dari balak dia yang looser tu. Kalau aku tengok fb dia aku mesti akan cakap dalam kepala aku, aku dah dapat ramai perempuan lawa dari kau, plus aku hundreds times better dari balak kau. Balak kau drive kereta sedangkan masa kat universiti aku motor buruk pun atas nama parents? Sekarang aku drive kereta yang lagi best dari balak kau yang dapat kereta free dari mak ayah even umur dah 30 lebih dan bila masa saja aku boleh tukar kereta macam aku tukar perempuan. Lawak bila aku jumpa lelaki bodoh yang sibuk cerita bab kereta tapi pakai kereta myvi second hasil derma mak, aku tak minat kereta tapi boleh tukar mana mana kereta aku suka dan tak payah merayu dekat bank sekalipun, aku takda apa apa attachment dengan bank.

Selain dari perangai aku kat atas, yang lain masih normal. Aku masih macam orang Islam lain, aku tak minum, drug atau rokok. Aku pernah jumpa jumpa doktor tapi aku memang takda apa apa mental disorder, clean, cuma ada strong superiority complex, keadaan yang buat aku rasa aku better dari orang lain. Memang betul pun. Aku habis grad bayar cash loan pelajaran, balak ex aku dah umur 30 terkial bayar loan belajar tapi upgrade kereta boleh pula, bodoh. Aku pernah juga cuba lepak dengan geng tabligh, tapi bila dia mula sembang pasal konspirasi, vaksin, cakap tak berasaskan fakta terus aku bangun and cakap, aku tak campur dengan orang bodoh dan aku sangat benci orang bodoh. Jumpa kaunselor pun pernah doktor refer, tapi kaunselor pun hati tisu, baru aku sedarkan dia life dia macam loser dah mata berair, aku taktahu la dia bunuh diri ke tak sebab aku suggestkan dia buat macamtu.

Baru baru ni pula mak aku kecoh nak aku kawin, dia kenalkan anak kawan dia, muda dari aku, mak aku cakap sesuai dengan aku sebab aku nampak muda dari umur aku, aku agak kurus dengan ketinggian sederhana so ramai ingat aku belasan tahun. Masalah utama sekarang, perempuan tu serius annoying gila, mak aku bagi no whatapps aku dekat dia, then dia dok mesej aku nak sembang pasal jodoh la apa la, aku serius nak jerit kat muka dia, suruh dia diam, perangai dia annoying, tapi aku takut dia bagitau mak aku, so aku reply mesej dia pendek dan jarang, normally cakap aku busy kerja ataupun dan tidur semalam tapi dia tetap dok mesej selalu, paling aku meluat dengan pesanan harian dia entah ciplak quote dari fb sapa entah. Nak block pun tak boleh. Rimas aku, belum dikira mak dia lagi, serius aku rimas dengan anak beranak tu.

Confession aku memang penuh hate saja, jadi kalau ada apa apa nak cakap silakan, mana nak tau ada yang boleh cakap something yang buat aku terkesan hahaha. Oh, ex aku nak nikah, duit siap bahagi sama sama dengan balak, dengan aku dulu semua nak aku yang cari. Ramai betul nak nikah sekarang tak kira musim, yang cerai pun ramai, banyak sebab duit, see, duit kuasai dunia sapa ada duit dia ada kelebihan. Feminist mesti meluat gila dengan cara fikiran aku, tapi serius aku tak kisah.

Btw, semalam aku baca confession perempuan yang keluar dengan laki dia kenal kat wechat lepastu kena bawak ke hotel, siap laki tu pinjam duit lagi. Aku suggest kau pergi buat report polis dia paksa kau then peras ugut atau rompak kau. Biar kau pun rasa puas hati, apa pun sebab ni la aku tak suka perempuan yang pick up macamtu saja terutama bila jadi banyak communication nanti ada feeling attach tak kisah mana mana side, lagi teruk kalau pregnant, darah daging sendiri takkan kau boleh biar takpun hantar orphanage pula. Escort girl takda benda, bayar saja, no feeling attach.

– Lutfi

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

587 Comments

  1. menarik betul kisah ni. and lagi menarik kat sini penuh dgn komen2 ‘kebencian’ yg mana aku jamin 100% sikit pun takkan buat si confessor ni jadi baik semula. yelah korang bukan kisah pun dia baik ke tak yg korang nak just orang utk di bash supaya korang rasa darjat korang lagi tinggi drpd dia atas sebab dosa yg dia buat.

  2. sies cakap aku KESIAN kat ko. ego x bertempat. berubah la bro. hidup ni xlama,. jangan nanti Allah cabut nyawa ko masa ko x sempat nak bertaubat. bagi aku ko pon sama2 bodoh dgn org2 yang ko cerita kat dalam story ko tu…org cerdik is org yang betul2 ubah diri dia untuk cari REDHA allah. aku fikir ko x kesian kat mak bapak ko kot.. ko zalim pada diri ko. ko zalim pada keluarga ko. sorry.

  3. Pergh, aku baca ngn loghat kedah. Hang org utaqa gak ka? Hukhuk. Entah betoi ka dak cita ni aku xtau . Yg pastinya. Doa la banyak2.. mintak buang cerita2 dulu.. bina hidup baru. Jgn isi otak tu dengan kebencian pd prempuan .huhuh.. goodluck bro.

  4. Damnation. Dark hours. Generalization. Once i read your first 3 paraghraphes, remind me of myself. And bila dah start merepek, i wont bother reading much of it. You know you at fault but still trying to justify ur action. As if you are the only one suffering dalam dunia ni. banyak korban tp kena mcm sampah. Rase mcm bola. dia nak guna ko ambik. dia tak nak. dia tendang ko kuat2.

    ko buat keje betul2. For the sake of what? Showing ur ex yg u much better? dia berubah ke? Kenapa? Ko nak mend ur broken heart tu dgn org yg hancurkn ko? Complete madness.

    Kau called call girls and etc.. ko tau benda tu salah tp ko still buat? Ko simpan sudah la sendiri. Konon ko nak confess buat ape? Nk tambah dosa org maki? Korg buat tu atas win-win situation kn? Lantak lah ko asal ko x kacau anak dara org yg baik2. Tp satu je benda la ko kena ingat. Kalo nak la. Kalo xnk xpe. Ko buat org hari ni, jgn lupa ko ade adik pmpuan, anak pmpuan nanti. Tak kena kat ko… akan ade balasan kt dunia.

    You cant ruin lives because you need a distraction. You cant vause others pain as a distraction from your own you cant use ppl. You cant ever justify treating someone badly. If you have a hard life dont take it out on others. Instead use that experience to ensure no one else makes the same mistakes. Use your pain to help ppl, not to spread more suffering.

  5. Well move on takes times and its not that easy so take all the times you need . When you finally realize one day then u know shes not worth it and get yourself together soon! Since reading ur confessions i think your a genious despite on that call girl thingy but i think you are better than that lol fighting

  6. To Lutfi…sy doa kan akan dtg seorang WANITA yg akn merubah prinsip awak dan hidup awak…satu je sy nak pesan..mungkin mak awk x tau ap yg awk buat…tp allah sentiasa nampak n tau..tahniah atas kejayaan awk..semoga allah x tarik balik kemewahan yg Dia pinjam kn pd awk tu disebabkan kelakuan awk tu..kekayaan juga ujian…..

  7. Xnk ckp byk, cma ak doa semoga Allah kurniakan hidayah utk ko Lutfi, n ko ade kesempatan utk bertaubat.. Semoga bila ko bertaubat suatu hari nnt, Allah ampunkan ko.. Ko sebenarnye ego, tp ko xsdar sebenarnye ko ego dgn Allah… Jgn smpai Allah turunkan bala, baru ko sedar…Belajar utk redha, bro… Manusia bkn utk dipuja mcm ex ko tu..

  8. Alhamdulilah..aq cume nk ckp..tahniah dekat ex ko..dy hidup dgn kebahagiaan dy walaupun balak dy bnyk kekurangn..tak mcm ko yg senang lenang…dan takziah buat ko sbb da rosakkn dri sndri disbbkn dendam yg xhilang dkt ex ko…dari cerite ko aq tgk..xde sbnrnye kepuasan dan ketenangan..tapi keserabutan ad la..moga serabut ko ni bawak smpai ke tua kalo ko tak ubah sndri..ko akn dpt lgi terbaik dari ex ko tu..cara move on ko salah..pi lgi roskkn dri pasaipa..spttnyer move on dn berbalik pada Allah…baru tenang…ap ler ko ni..adakah ko yg bodoh ??haa..kena nilai dri sndri dlu baru ckp org lain bodoh….mals taip bnyk2..kang ko ingt aq ustazah pulak..✌️..huhu..

  9. Hmm.. aku cuma kesiankan ko. Ko salahkan orang lain atas apa yang jadi dekat ko. Tapi diri ko sendiri tiada usaha untuk ‘sedar diri’. Pasal ex ko tu, aku no comment. Cuma bila part ko tipu mak abah ko, aku sedih. Kesian dekat mak abah ko. Apa feeling mak abah ko kalau tau ko buat benda benda tu semua hanya untuk puaskan hati sendiri yang sudah jatuh terbongkang hanya sebab sorang perempuan bertitle awek ? Hanya utk balas dendam dekat perempuan.. kecewa beb. Ko benci perempuan, itu hal ko. Sikda yang larang..tapi kalau sampai tahap tipu mak abah, aku rasa ko patut cek balik hati dan minda ko beb. Serius aku no idea untuk taip komen bebanyak sebab ko mungkin xkan baca pun komen komen dekat sini. Cuma satu saja aku pesan… selagi mak abah ko masih hidup, ko berubahla. Masih belum lambat lagi.. nanti bila sorang – sorang orang yg lahir dan besarkan ko dekat dunia ni Tuhan ambik balik, ko akan rasa menyesal. Menyesal yang x sudah. Mungkin ko akan alami frustration yang lagi teruk dari sekarang ni. So… akhir komen aku, semoga ko sedar dan berubah bro. Slowly change dengan solat…

  10. Kembali ke pangkal jalan bro!!! Hidup terlalu singkat utk kaww terus membenci dan hidup dalam dosa.. dah xde jodoh bro. Redha bro Redha. Jahat sangat bila kaww peralatkan perempuan mcm ni. Haiii xde adik perempuan ke bro. Mak kaww perempuan kan?? Fikir perasaan orang bro! Apa pun aku nak pesan, kifarah tu pasti. Good luck.

  11. I feel u bro.. Utk part ko.. Aku xnk komen.. Sebab ko boleh fikir sendiri..utk part ex ko tu.. Actually ko x payah revenge pon.. Ko just maafkan dia jer.. Coz Allah Akan revenge utk ko.. Dia maha adil.. Bila ex ko buat mcm2 kat ko dulu.. Dia Akan kene yg sama.. Kalau bukan kat dunia, kat akhirat bro… Sebab dunia ni hukum karma.. N its hurt.. Moga ini membantu.. Thanx

  12. Semoga anda diberi hidayah.move on dari kebencian lama. Mungkin dengan memaafkan anda akan lebih tenang.belajar untuk memaafkan. Jauhila prgai2 melanggan call girl. Hiv tu esok ko mati bkn aib kan ko je. Parents ko dpt tempias!

  13. satu benda je nk ingatkan, jangan jadik loser dalam hidup sendiri. move on je lah, tak payah dera mental kau sampai mcm tu. kau boleh benci apa yg kau nak benci tapi jangan buat orang lain mangsa dari masa lalu kau. hidup kena chill meh..~ ingat, Allah dah bagitaw setiap manusia ni takkan terlepas dari ujian. so jadi la berani, jangan besorok dalam kenangan yg takleh nak ubah dah tuu.. aku tak kisah perangai buruk kau tuh, cuma jangan lama-lama sangat dengan perangai tu sebab kita tak tahu bila kita berjodoh dengan malaikat maut..

  14. Allahu,,,bertaubatlah dgn taubah nasuha….ajal maut tidak kira usia,…bila2 saja ja Allah boleh tarik nyawa kita..ingatlah azab dari Allah….x semua perempuan macam tu.jgn benci kat perempuan..

  15. Ko takkan jumpa erti kebahagiaan smpi bila2 slagi brgelumang dlm dosa walaupn ko miliki sgala kemewahan dunia….ex ko curang tu sbenarnya ujian Allah utk uji keimanan ko.sm ada ko mkin jauh atau dekat dgnNya..sm ad ko percaya dgn takdir dan jodoh atau mnyalahkan org lain…(ingat,buat dosa itu pilihan.)

  16. Bro, aku rasa kau cuba move on dgn cara yg bodoh. Confession kau ni byk label org itu org ini bodoh dan pada masa yg sama kau sbnrnya tgh describe diri lama kau yg cukup bodoh. Kebodohan melanda.

  17. Tingginya ego. Semoga dapat hidayah bro. N actually kau ni yang tak dapat nak lupakan ex kau lagi even dia dah nikah. Apa yang kau buat, cuma nak sedapkan hati kau yang kau lebih dari suami ex kau. Kesian nye. Moga dapat hidayah bro. Kalau kau terus camtu. Puas yang kau dpt tu kejap jela n kau takkan rasa tenang pun.

  18. Satu je. Kesian kat mak ko, lahirkan ko penat2, belakang dia ko buat mak perangai tak elok camni. Allah…bertaubatlah, rendahkan ego.. Jgn biarkan hidup anda diselubungi…kisah silam

  19. Ala kau nie acah acah hebat je ..konon ckp x suke org bodoh tp realiti nye kau yg bodoh bangang tahap abadi . Kemon lah bro setiap benda berlaku ade hikmah n pasti ade karma. Esok masih ade utk kau berubah. People can change to be better or worse. So its up to u. Akhir kate maju lah sukan utk negara ..hahaha

  20. U need to move on..semua dosa yg di buat hanya sebab seorg wanita, still ckp pasal ex walau dah bertahun..setimpal ke nikmat yg dpt sekarang dgn balasan di akhirat..nikmat dunia pun x yakin sampai bila akan bertahan..

  21. Brother, simple je ni. Sebenarnya jauh dalam sudut hati kau, kau rasa sakit sebab apa yang ex kau buat kat kau. Aku faham apa erti disayangi, kemudia dikhianati. So kau kena overcome benda ni.
    .
    Ramai dah yang kondem kau kan. Meh aku nak share satu cara. Kau kena stop stalk ex kau, stop ambil tahu her well-being dan kau kena mula cari pengganti. Yes, cari pengganti adalah best solution utk kita move on(lupakan ex kau dan start utk tak ambil tahu pun pasal dia). Eh, tapi bukan pengganti call girl semua tu tau. Ni pengganti yang serious.. Well, melalui cerita kau, perempuan yang mak kau suggest pun annoy kan kau kan. So, kalau kau ada kepala kau sendiri, pegila cari pengganti yang sekeras kau. Yang tak suka orang bodoh macam kau jugak dan yang tak buat kau annoy
    .
    Maybe it can start with people around you. Kawan2 sekeliling kau. Apalah nasib kau asek jumpa perempuan yang sakitkan kan hati je. Kesian. So, start dengan cuba bukak hati kau dan tengok orang sekekliling. Kata kerja hebat, environment paling best, so, orang sekeliling kau mesti lah hebat gak. Tak tau la kalau orang sekeliling kau pun loser. heh. *************
    .
    Tu aku tak tahu lah, tapi main point aku, kau kena start cari pengganti. Allah tak cipta kau sorang je bagus dalam dunia ni. Rilek bro. Janagn angkuh sangat. Ramai lagi orang hebat kat luar tu. Okeh, aku just share experience. Nak cakap idea aku bodoh? Suka hati kaulah, aku tak ambik hati pun, sebab aku pun rasa ko bodoh bila benda2 ni yang buat kau rosak.**********
    .
    Kau bodoh sebab kau dikuasai dendam tu haa. Kalau benda lain kau masih okay, except ko tidur ngan call girl tu(aku kecam tindakan kau yang ni, tapi ramai da sebut, aku mls nak tambah), Maksudnya ada dua. Allah bagi ujian utk makin sesatkan kau(istidraj) atau, Allah bagi ujian utk buat kau realise dosa2 kau(if and only if kau usaha utk berubah). Dan masalah kau sekarang adalah, dendam kesumat kau dan ego(merasa diri lebih baik berbanding orang lain) kau which menghalang utk pintu hati kau terima hidayah Allah. Aku suggest kan kau, usahakanlah buang perkara2 yang buat titik2 hitam dalam diri kau bertambah. Buat rosak hati dan lead kepada maslah kau sunyi/heartless etc.************
    .
    Satu lagi, aku tahu kau cuba nak berubah(as mentioned in your confession), so, all the best! In syaa Allah ada jalannya dan aku yakin dan aku positive. Cuma usaha kena start dari diri kau sendiri. Kau confess, mesti sedikit sebanyak kau harapkan pandangan org kan, so, sekeras2 mana hati kau pun, tolong la at least ulang baca dua tiga kali apa yang aku komen dengan panjang lebarnya nih. Pintu taubat dari Allah tak pernah tertutup utk hamba2Nya and you are included.Tapi cepat2lah. Sebelum hati tu keras sangat. Thanks for sharing experience. *********
    .
    Again, ramai dah kutuk, maki kau. Ikut hati pun aku nak maki kau. Tapi buat dosa aku je. Better aku cuba come out dgn solution. kahkah. aku x baik pun. Aku pun masih lost kadang2. Tapi its all start from yourself. Jangan la harap orang yang kau panggil bodoh tu, jadi pandai. tapi kau kena start dari diri kau utk tak panggil orang bodoh since kau pun ade kebodohan tersendiri.********
    .
    aku try buat paragraph tp x berjaya. anggaplah asterid tu sbg new paragraph

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *