Aku benci perempuan, aku benci manusia bodoh

Aku banyak baca confession dalam page ni, boleh katakan banyak perempuan yang confess terutama pasal lelaki rosakkan perempuan, jujur aku cakap bila aku baca aku tak rasa apa apa, iya aku tau aku kena rasa benda ni bukan normal ataupun kesian tapi aku langsung tak rasa apa apa. Aku lelaki, umur 25 tahun, masih baru dalam dunia luar sebelum ni pelajar dekat satu universiti local.

Cerita aku mungkin susah nak percaya, tapi terpulang aku tak kisah. Kalau perempuan nak komen apa apa buruk pasal aku pun terpulang, apa yang anda cakap sikit pun tak effect mental aku. Masa lapang aku, masa sunyi aku banyak aku habiskan dengan call girl. Aku sendiri dah tak ingat dengan berapa perempuan aku pernah tidur.

Life aku sekarang memang senang, sebelum aku grad lagi aku dah mula bisnes. Status aku sekarang dikira millionaire, tak percaya muda boleh jadi millionaire? Pergi mampus, orang bodoh memang tak reti nak cari duit, dunia trading luas sampai satu dunia, shipping barang boleh seluruh dunia, nak berbisnes sampai ke Jepun pun boleh tapi kau tak nampak jalan? Macam aku cakap, aku benci manusia bodoh, tapi aku tau ramai yang tau macamna nak trade international ataupun guna internet untuk cari duit. Aku bukan budak MLM atau mana mana skim lingkup bodoh yang tersenarai hitam dekat Bank Negara. Aku buat real business, aku belajar dari zaman university sebelum term dropship atau fbads famous dekat Malaysia dari forum luar.

Aku mula benci perempuan sejak tahun 3 dekat universiti. Girlfriend aku, perempuan yang dah 6 tahun dengan aku, curang, dia ada lelaki lain, umur lagi tua dari aku, dah kerja. Kerja biasa saja, loser yang kereta pun parents bagi dan dah umur 30 lebih pun masih duduk bawah ketiak parents. Aku sayang ex girlfriend aku, masa tu aku bodoh lagi, result pun habis lingkup sebab tekanan, hari hari call tapi ex sibuk call balak baru. Dia tak layan aku, tapi aku tetap cuba pujuk. Tapi setiap kali dia ada masalah dalam pelajaran nak tolong buat report atau apa apa aku la yang dia cari, kos aku dengan dia jauh beza, engineering dengan biologi tapi aku tetap study dan akan tolong dia, sebab apa dia cari aku? Sebab balak dia bodoh apa pun tak reti, nama saja grad universiti tapi bodoh sebab tu umur 30 tapi kerja tempat sama, tak maju. Setiap kali aku tolong ex aku, bila habis kerja dia akan sibuk dengan balak dia balik dia akan buat bodoh dengan aku balik, lama lama aku mula fed up, aku jadi benci perempuan sebab aku rasa perempuan suka pergunakan orang bukan ex aku saja ada lagi yang lain ambil kesempatan pergunakan, soal duit la, kerja la. Aku benci manusia bodoh sebab balak dia bodoh, yang dia tau dota, anime, kereta dan bola. Financial ke apa apa benda berguna semua bodoh. Tolong assignment pun tak boleh.

Kalau korang rasa dia tinggal aku sebab personaliti aku busuk, atau kuat cakap benda bukan bukan, haha silap. Aku dulu tak macamni, aku terima semua orang, aku banyak senyum. Kalau orang tak faham apa apa aku explain baik baik, bodoh pun dikira perkataan berat. Aku dari family yang well educated dan jaga agama, bukan tahap warak tapi sangat jaga terutama pergaulan. Parents aku tegas, mak aku dari zaman aku sekolah asrama pesan macam macam pasal pergaulan, bila dah besar setiap kali pesan jaga pergaulan. Tapi sekarang aku sekadar iyakan nak jaga hati mak, aku anak yang baik kot, perangai ni aku simpan, mana parents aku pernah nampak, dekat mata diorang aku anak lelaki dia yang sopan, baik, berjaya, selalu bagi duit nafkah, solat jaga.

Aku dulu sangat benci lelaki yang suka mainkan perempuan, bagi aku dulu, perempuan kita pilih biar niat nak nikah, bina family yang stabil, anak anak yang dididik elok. Tapi itu dulu la. Masa tu pulun aku buat macam macam nak cari duit konon nak nikah lepas grad build happy family hahaha. Antara kerja aku pernah buat, ghost writing, untuk blog luar sebab bayaran dalam USD, sebab tu aku boleh tulis confession panjang. Duit nak kawin tu yang jadi modal kepada apa yang aku ada sekarang lepas angan angan nak kawin lingkup. Sekarang ni aku benci perempuan. Mesti perempuan akan cakap mak aku bukan perempuan? Hahaha mudah, semua benda ada yang terkecuali dalam dunia ni, ini apa yang aku rasa so suka hati aku la.

Aku benci perempuan tapi aku selalu tidur dengan perempuan? Bagi aku, perempuan tak lebih dari sekadar alat. Aku tak pandang perempuan dengan apa apa perasaan, cuma sekadar alat. Kalau tak kenapa orang selalu cakap, lelaki akan gila bila dapat DARJAT, DUIT, PEREMPUAN. Nampak tak, dia letak perempuan sama level dengan reward yang ada, kenapa ramai pakai seksi nak tarik lelaki? Sebab deep down perempuan pun tau dia sekadar reward kepada lelaki. Nak cakap aku ketagihan dengan perempuan tak juga, aku dah tidur dengan ramai call girl, dari banyak bangsa, negara, bahasa tapi kalau aku tengok perempuan lalu lalang perempuan Melayu, tak pula rasa tertarik, atau nak try, lagipun semua call girl yang aku pilih semua lawa, tahap model, tak percaya sila tengok sendiri, Malaysia ni macam bebas saja nak cari call girl, open lagi, relaks saja. Kalau aku rajin aku akan bid virgin girl. Tauke call girl pun dah biasa whatapps aku kalau ada info baru, siap hantar depan apartment aku. Aku duduk sorang, studio apartment, banyak jiran aku Cina dan expat dari negara luar jadi tak ada sapa nak report lagipun sini guarded area, JAIS pun tak boleh masuk. Perempuan yang datang kadang kadang bahasa pun aku tak faham, memang tak komunikasi, tak penting pun. Dia sendiri tau apa kerja dia.

Aku cuma akan order call girl bila dekat rumah aku, kalau balik kampung aku macam biasa saja, tapi selalu tak lama aku kat kampung. Masih lagi sweet character depan parents aku. Aku pilih call girl sebab berbayar jadi takkan ada apa apa attachment lepas tu, aku tak suka ada feeling feeling atau jumpa perempuan yang sama. Apa aku dapat kalau order call girl tapi aku tak ketagih belaian perempuan? Kepuasan mental, bila aku dapat tidur dengan perempuan lawa aku rasa macam nak jerit bagitau ex aku, aku dah tidur dengan ramai perempuan lagi beratus kali lagi lawa dari dia dan aku beratus kali lagi kaya dari balak dia yang looser tu. Kalau aku tengok fb dia aku mesti akan cakap dalam kepala aku, aku dah dapat ramai perempuan lawa dari kau, plus aku hundreds times better dari balak kau. Balak kau drive kereta sedangkan masa kat universiti aku motor buruk pun atas nama parents? Sekarang aku drive kereta yang lagi best dari balak kau yang dapat kereta free dari mak ayah even umur dah 30 lebih dan bila masa saja aku boleh tukar kereta macam aku tukar perempuan. Lawak bila aku jumpa lelaki bodoh yang sibuk cerita bab kereta tapi pakai kereta myvi second hasil derma mak, aku tak minat kereta tapi boleh tukar mana mana kereta aku suka dan tak payah merayu dekat bank sekalipun, aku takda apa apa attachment dengan bank.

Selain dari perangai aku kat atas, yang lain masih normal. Aku masih macam orang Islam lain, aku tak minum, drug atau rokok. Aku pernah jumpa jumpa doktor tapi aku memang takda apa apa mental disorder, clean, cuma ada strong superiority complex, keadaan yang buat aku rasa aku better dari orang lain. Memang betul pun. Aku habis grad bayar cash loan pelajaran, balak ex aku dah umur 30 terkial bayar loan belajar tapi upgrade kereta boleh pula, bodoh. Aku pernah juga cuba lepak dengan geng tabligh, tapi bila dia mula sembang pasal konspirasi, vaksin, cakap tak berasaskan fakta terus aku bangun and cakap, aku tak campur dengan orang bodoh dan aku sangat benci orang bodoh. Jumpa kaunselor pun pernah doktor refer, tapi kaunselor pun hati tisu, baru aku sedarkan dia life dia macam loser dah mata berair, aku taktahu la dia bunuh diri ke tak sebab aku suggestkan dia buat macamtu.

Baru baru ni pula mak aku kecoh nak aku kawin, dia kenalkan anak kawan dia, muda dari aku, mak aku cakap sesuai dengan aku sebab aku nampak muda dari umur aku, aku agak kurus dengan ketinggian sederhana so ramai ingat aku belasan tahun. Masalah utama sekarang, perempuan tu serius annoying gila, mak aku bagi no whatapps aku dekat dia, then dia dok mesej aku nak sembang pasal jodoh la apa la, aku serius nak jerit kat muka dia, suruh dia diam, perangai dia annoying, tapi aku takut dia bagitau mak aku, so aku reply mesej dia pendek dan jarang, normally cakap aku busy kerja ataupun dan tidur semalam tapi dia tetap dok mesej selalu, paling aku meluat dengan pesanan harian dia entah ciplak quote dari fb sapa entah. Nak block pun tak boleh. Rimas aku, belum dikira mak dia lagi, serius aku rimas dengan anak beranak tu.

Confession aku memang penuh hate saja, jadi kalau ada apa apa nak cakap silakan, mana nak tau ada yang boleh cakap something yang buat aku terkesan hahaha. Oh, ex aku nak nikah, duit siap bahagi sama sama dengan balak, dengan aku dulu semua nak aku yang cari. Ramai betul nak nikah sekarang tak kira musim, yang cerai pun ramai, banyak sebab duit, see, duit kuasai dunia sapa ada duit dia ada kelebihan. Feminist mesti meluat gila dengan cara fikiran aku, tapi serius aku tak kisah.

Btw, semalam aku baca confession perempuan yang keluar dengan laki dia kenal kat wechat lepastu kena bawak ke hotel, siap laki tu pinjam duit lagi. Aku suggest kau pergi buat report polis dia paksa kau then peras ugut atau rompak kau. Biar kau pun rasa puas hati, apa pun sebab ni la aku tak suka perempuan yang pick up macamtu saja terutama bila jadi banyak communication nanti ada feeling attach tak kisah mana mana side, lagi teruk kalau pregnant, darah daging sendiri takkan kau boleh biar takpun hantar orphanage pula. Escort girl takda benda, bayar saja, no feeling attach.

– Lutfi

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

587 Comments

  1. hidup xlama.. cari diri kau btol2.. betol kn solat.. sbb benchmark adalah solat, first thing kena hisab.. hdup x slalu diatas.. istidraj juga satu ujian dri Allah

  2. Stereotype betul bro ni. Btw, cakap pasal menaip panjang, semua orang yang berfungsi tangannya boleh menaiplah..tambah pula bila ada feeling passion dalam menaip..inilah jadinya bila terlalu meletakkan duniawi..dendam yang ditanam menjadi duri kepada diri..even sebab perempuan, jangan seksa diri..saya doakan semoga bro terus berjaya dengan dunia bro dan dapat perempuan yang boleh sembuhkan luka di hati bro nanti..oh ya, saya tengok ramai je masculin yang komen dekat sini..siap support bro lepaskan je cinta yang dah berlalu tu..

  3. Rugi bro dah claim diri sendiri succesful jadi millionaire tahu buat bisnes bagai tapi tak mampu nak overcome masalah kena tinggal dengan perempuan. Superior apa lanjiao tadi tah.. Tapi failed tak boleh moved on. Dari kau bantai minah minah call girl tu baik kau main dota lah bugima.

  4. Apa yang kau capai skng ni aq tabik bro..siyesly..aq rasa lagi celaka mulut2 yg cume meremehkn ko,dn cume menegakkn ex ko tu..luka dekat hati bro..ko bangkit dri penolakan orang,ko bangkit dri perangai celaka org terhdp ko..dan itu jugk yg aq tgh cube buat skng ni..i feel you bro..ko dh tnjok,ko dh buktikan sume,tpi still dalam diam..sbenrnye,ko ingin luah sesuatu dri confession ni..its too much meaning in this confession..aq phm ko bro kebhgiaan yg ko dh kecapi skng..TETAPI,seriusly..ko tetap dh jaoh dri yg kebahgiaan yg asal,kebhgiaan yg hakiki..once kau berpatah balik sedar diri,your soul will be much2 calmer..mcm nilah,ape ko capai skng ni mungkin, mungkin cume satu pembalikan semangat ko dlu yg dh lama hilang,tapi yg sbenarnye jiwa ko semakin mati..hidop ni biar balance bro..yg dh mati biarkn mati,jgn dipaksa hidopkn balik..biar manusia tu mati dlm hati ko,jgn hati ko yg mati..aq pon rse x de istilah move on tu dlm hidop ni..sebb ape, otak ni tak gune jugk kdg2, mken cube dilupa mken teringat2..takpelah bro..hidop ko dh maju skng,biar hati ko pon mken maju..relakan hati kau pulak untuk maju,maju lebih kepada Allah..ye, Allah..rapati Allah, usah rapat lagi dgn manusia..tetap x gune jugk kalau ape yg ko buat skng ni cume nk paksa hati ko mken kotor,deep down hati kau mken sunyi..kembali kepada Allah..jgn lupe,sekelip mata Allah boleh tarik apa yang kau ada skng..

  5. Masa baca artikel lutfi ni.. sikit pun xda rasa nak marah tapi penuh dengan rasa kasihan.. ingat lagi pesan kakak.. walau teruk macam mana pun keadaan kita, walau jahat mana kita mintalah pada Allah jgn pernah sekalipun DIA berpaling daripada kita…Berkat hidup kau hari ni pun lutfi berkat doa mak ayah kau.. sebab tu kau kau xrasa apa2.. xpe2 Allah pemegang mutlak hati2 manusia.. Sempena bulan ramadhan y bakal tiba ni..aku doakan agar Allah temukan kau dengan HidayahNya…selagi nyawa masih ada, selagi tu taubat terbuka..Semoga menjadi hambaNYA y lebih baik..Amin.. p/s: xsuka perempuan kat dunia ni minta kat Allah wanita syurga.. itu 1000x lebih baik dpd apa y kau buat skrg ni..

  6. Awak,disebabkan pmpuan awk jdi mcm ni??? Hmm kesian sgt… kesiannya… knapa prlu jd mcm ni skali. Pmpuan je pun.. stop thinking about her.. dsbbkan dia hdup awk pnuh benci.. u have evrthing and u should change ur life now..its not too late.. u deserve someone better..sokay Allah most forgiven..and forget about her, ur grudge, think that she doesnt deserve u.. dia dtg hnya sbgai ujian..

  7. Hebat betul ex kau smpa boleh buat kau camni.. mak kau mesti sedih kan kalau tahu ape yg kau buat.. kesiannye kau.. nak kan perhatian ex kau.. tp dia xpedulikan kau.. Siap dah bahagia dgn org lain.. move on jela.. bukan semua yg kita nak kita boleh dapat.. mcam kau ni.. mmg kau byk duit..tp kau xbahagia sbnrnye.. ada apa dgn harta.. Xboleh bwk mati pun.. yg pntg amalan kau tu.. jgn disebabkn perempuan kau jadi cmni..tp xsemua prmpuan macam tu.. kau igt perempuan yg baik utk laki yg baik walaupun sama2 pernah jafi jahat.. husnuzon la bro.. mgkin dy bkn jodoh kau.. Allah nk bg yg lebih baik utk kau.. cuma belum masa dia lg.. Allah akan temukan kau dgn prmpuan yg baik pada masa yg terbaik.. In Shaa Allah..Allah tahu apa yg terbaik utk kau.. yg pntg kau berubah.. yg dh lepas tu lepas la.. Mulekan hidup baru.. klau kau nk pmpuan btol2 ikhlas dgn kau.. Xyah pamerkan harta benda kau.. Kau pmpuan btol ikhlas dgn kau dy xpndg semua tula.. sabar bro.. Semoga kau berubah.. sian mak ayah kau.. Dah didik elok2.. Tp kau sng2 je hancurkan hidup kau..

  8. Satu je saya nak pesan, tolong jangan gunakan santau atau apa2 yang mlbtkan jin syaitan dekat ex-gf anda. Sebab dosa syirik tu lebih besar drpd dosa2 yang saudara telah lakukan di atas. Moga Allah berikan keampunan dan hati yang sejahtera.

  9. Firstly, u kena ingat bila u main, u tukar2 pasangan, u dah expose urself to Aids disease. Tak takut diserang HIV? Imagine, callgirl yg u dah tidur tu bukannya pernah main dgn u sorang. Ada beratus or maybe, beribu lelaki diorg dah kasi servis. Let say, u dh pernah main with 50 girls. Each girl pernah kasi servis kepada 100 lelaki. Contoh klu u dh main with 50girls, so 50×100 would be (plus minus) 5000 people yg diorang dh pernah buat servis AND dah EXPOSED KEPADA U. Lol. 100 lelaki tu bukannya pernah servis dgn sorang call girl je tau. Ada byk callgirls diorg dh gerudi. Bahaya tak? Sangat sangat bahaya. U jaga-jaga, silap2 u kena nanti on ur death bed tkde spe nk jaga u! Mahu u menangis dan meraung nnt. I pernah menjaga seorang penghidap aids and dia dah meninggal setahun yg lalu. Kes dan cerita dia lebih kurang u. Jadi i tahu betapa menderitanya hidup dia semasa di katil hospital. Sedih bukan?

    Secondly, dont waste your life kpd benda yg merugikan. Since youre a multi-millionairre, why not u travel around the world? Bawak ummi abah jalan jalan? Bawak family makan angin? Explore new places, new cultures, have their delicious halal meals, shopping, make new friends around the world and be more positive??? Discover bumi ciptaan Allah yg indah ini. Lepastu bukak la kedai makan, bukak butik, bukak laundry ke. Make urself busy! U byk duit sgt kan? So use it wisely. Bukannya spend money utk menambahkan dosa besar! U susah2 cari duit end up dosa bertambah.

    Pasal move on, taubat tu semua orang lain dah kasi advice so i malas nk sentuh. So yeaaaa, pikir-pikirkan lah yer.

  10. aku nak bagi kaedah penyelesaian masalah ko ni…kalau berkesan ko bank in kat aku rm 2.8 juta (harga nasihat ikhlas ni…ko kan bnyk duit…)…kaedahnya ialah ko boleh teruskan aktiviti call girl tu tapi lepas ko berzina tu ko jangan mandi junub…ingat!!! jgn mandi junub@janabah sama sekali…mandi yg lain boleh….dgn izin Tuhan kita masalah ko akan settle…tapi kalau kes sama tapi lain jantina(pompuan)…lepas berzina atau perkara yg mewajibkan mandi..pastikan sentiasa mandi junub…

  11. Kurang kasih syg hg ni.. Tp, dlm bnyk2 cerita hg pasai ex awek hg tu kn.. Aku nk tau jgk.. Dia kisah ka kt hg skrg? Thou u have money but, still she choose that guy instead of u. Ens up..? Dia tak kisah pun kt hg. Hg stalked dia buat apa? Buat naik darah ja. Pastu, hg tmbh dosa plk pi tdoq dgn pmpn entah sapa-sapa hg pun bkn kenai. Move on jela. Patutnya hg rasa bersyukur dgn apa yg Allah dh bg kt hg skrg ni. Muda & kaya plk Alhamdulillah.. Tp, hg jd takbur la plk dgn apa yg hg ada melalui kata-kata serta perbuatan hg tu. Move on la. Dia lg cerdik pd hg sbb tu dia nk nikah dh nt. Hg nikah dak lg kira krg cerdik la hg dok main-main pmpn. Kes hg skrg ni REDHA. Hg kena redha. Tu ja. Dia bkn untuk hg. Aku doakan hg dpt jodoh yg terbaik untuk hg. Ingat la. Mati tu tak kira umoq. Ni aku pesan untuk diri sendiri jgk.

  12. Ex gf kau dengan balak balak.loser dia tu pun dah nak.kawin. Kau masih tak boleh move on lagi dan buat apa benda semua pun masih nak kaitkan dengan ex gf kau sampai mampos. Harap duit je berkepok. Pigidah.

  13. macam2 cara tuhan nak uji.. ni antara ujian yang agak menakutkan, istidraj. hmm.. teringat quote ustaz pahrol mohd juoi,
    “semasa burung hidup dia memakan ulat tetapi apabila burung mati, dia pula yang dimakan ulat. Kita tidak selamanya di atas… walaupun sekarang kita terus melonjak naik ke atas. Mungkin itu hanya untuk meninggikan tempat kita jatuh. Lebih tinggi, lebih sakit nanti. Berhati-hatilah…”

  14. Wow.. Kesian ko.. Lupakan la ex ko tu.. Xkemana.. Yg rosak iman ko.. Diri ko.. Aku doakan supaya ko bertambah iman, mudah lupakan ex tu dan menjadi lebih baik utk diri ko sendiri.. Aku ngaku.. Aku pon di kategorikn bodoh.. Aku harap.. Aku pon jdi mcm ko.. pandai.. Yelar mana yg baik tu amek.. Harap ko berubah.. Ko da pandai da tu.. Guna kan kepandaian supaya xrugi di akhirat nnti kay..aku pon mcm tu gak.. Hehe

  15. Satu je aq bley ckp kt ko bro.. KESIAN…. edup ko dh perfect tpi stil membandingkn edup ko ngn ex ko punyer balak.. sdah3 lah stalk ex ko tu. Live your own life lah. Igt ALLAH! Aq doakan semoga ko berubah n igt ALLAH, Mak Bapak ko kat kmpung. Adiiooosss!

  16. Lutfi, move on pls. Dari cara confession ko ni..ko masih care psl dia yg buat ko smpi sakit hati. Ko kena tahu tak semua dlm dunia ni yg kita fikir baik utk kita..tp Allah lebih tahu apa yg baik tuk ko bro. Jgn sia2 kan hidup ko. Ko dh ada semuanya..cuba ko tgk org lain yg xserupa nasib mcm ko..keje dr pagi smpi tgh mlm cari rezeki agar hidup mereka tidak tersia. Ko dh ada sume..siap leh pilih kete apa ko nk..tp org lain yg x bernasib mcm ko?? Jauhkanlah dr call girl bagai tu. Mmg menguntungkan kt ko skrg…ingt kalo kita sbg manusia ni x sempat nk bertaubat..apakah masa depan kita kt akhirat sana. Panas dunia kita boleh tahan sbb ada aircond..kalo kt sana nnt yg matahari sejengkal dr kepala kita? Mcm mna? Ingat mak ayah bro.. jgn disebabkan perbuatan ko..dorg yg terkena tempias. Semoga Allah buka kan pintu hati ko. Allah tu Maha Pengampun.

  17. Dary apa yg aku persan lah..mamt ni mengalmi depression yg sgt tinggi..tertekan dengn tekanan hidup..aku rasa ko akan lebih bhgia bila

    1.rezeki kita jgn pernah dibandigkan dgn orag lain..bgy aku ko sgt miskin..wlaupun dimata ko..ex gf ko punya pkwe loser. .ko miskin haty..miskin jiwa .jiwa ko kosong..millionare ko tuh..sekjap je allah akn tarik..bila dia kata jady..jadylah..

  18. sedih aku baca kisah kau bro nak nangis pon ada ni….aku pon x tahu kenapa ex kau tinggalkan kau tapi aku tahu kau seorang yg baik…..Aku pon x puas hati dengan ex kau sekarang nie bila ada masalah assignment dia mintak tolong kau dah la korang coarse jauh beza, dalam masa yang sama dia ada balak lain..dasar perempuan x tahu malu !!! aku pon x tahu nak cakap macam mana sama ada dia x nampak atau dia buat2 x nampak pengorbanan kau. kalau aku la ex kau aku akan rasa malu nak mintak tolong kau.. ye la kan dia tahu dia dah curang !!!! stay strong bro..tapi part2 dosa yg kau buat tu aku x pandai sgt nk nasihat aku just harap kau bertaubat dan aku berdoa supaya kau berubah jadi someone better..bila aku baca kisah kau aku terfikir balik mungkin betul apa yg orang kata ”’kalau kau terlalu menyayangi seseorang perempuan or anything else sampai kau lupa kepada Allah, Dia akan tarik perempuan tu dari kau supaya kau ingat kepada Dia”’ hmmmm….mungkin betul dan mungkin tidak..tapi bab cari duit aku respect kau bro..terbAIKK PUNYAA..

  19. aku terjebak nak komen juga bila byk sgt respon psl si lutfi ni dlm confession..harap tabah membaca komen byk2 ni..kira terisi la sikit masa lapang tu drpd dok langgan call girl tu kan.. hehe

    Aku rasa mslh terbesar kau adalah kau bodoh. Dulu kau bodoh sampai dipergunakan ex kau tu, tapi sbb masa tu kau lembut hati lagi, kau sedar

  20. All the best dunia & akhirat bro! Hati manusia Allah yang pegang, mintalah dengan Dia..Kami yg lain hanya boleh dengar, komen, doakan je. Yg lain atas anda sendiri.

  21. relax bro… tak semua orang dianugerahkan akal level ko. dan yang ada, tak semua dianugerahkan kemahuan atau minat macam ko. ada yang pilih / minat pwrubatan, untuk menyumbang pada masyarakat dan sebagainya.

    aku cuma nak remind yang ko pun ada peluang menyumbang pada masyarakat. duit banyak? ko boleh taja rumah anak yatim. ilmu banyak? ko boleh jadi online coach. ataupun macam2 benda lain ko boleh buat. asalkan boleh bagi kepuasan bila tengok hasilnya berjaya. percaya la, bila ko dapat cari kepuasan cara ni ko tak perlukan lagi call girls. cukup sekadar miss palmer dan 5 orang anaknya sekali sekala.

    pasal jodoh, aku nasihatkan ko abaikan dulu. jangan tangkap muat sebab nak ikutkan expectation orang. someday bila ko dah tenang Insya Allah ko akan jumpa pasangan yang setanding yang ko akan hormat sepenuhnya. anything less will just lead to heartache.

    pasal ex ko pulak. you’ve won. apa lagi ko nak? semua manusia ego so tak mungkin dia akan datang merangkak cari ko balik. kalau ye pun, tak mungkin ko akan terima dia balik. just believe yang dia juga tengah stalk ko dan rasa menyesal. cukuplah kot obses dengan ex tu. buang masa je bro. time that could be better spent doing literally anything else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *