Aku Isteri Yang Sangat Kedekut II

Salam Aidilfitri semua. Ni sambungan dari luahan aku yang lepas, https://iiumc.com/aku-isteri-yang-sangat-kedekut/

Bila aku baca komen para pembaca, ya aku ni memang kedekut. Tak dinafikan. Sebab makcik aku pun ada mengiyakan juga. Hahaha.

Oh ya, lupa nak sebut. Aku dan Ali golongan keluarga B40, jauh lagi untuk ke level M40.

Sebenarnya, dari hujung tahun lepas, suami aku (Ali) tiada kerja tetap. Masih menunggu projek kerja jalan, tapi belum juga mula.

Alhamdulillah, Ali ada skil dan sijil yang membolehkan dia ambil kerja-kerja elektrik dan aircond.

Pendapatan tidak tetap dan turun naik. Sebab tu aku kata kan ekonomi kami agak merosot dari 2024 ini.

Namun yang pasti, Allah mencukupkan segalanya untuk bayar semua utiliti dan duit makan.

Berkenaan duit raya, ramai yang kata jangan berkira RM10 untuk setiap anak buah Ali.

Sebenarnya, aku juga ajar anak buah Ali secara percuma. Aku kan pengajar tuisyen kecil-kecilan.

Aku cuma harap ilmu yang diturunkan mengalir sampai aku mati nanti. Sebab aku tak mampu nak berikan material yang mahal pada anak buah Ali.

Dan perihal tinted kereta pula. Bukan lah kereta kami ni “kereta akuarium” bak kata orang. Cermin belakang masih 100% gelap bertinted. Hanya bahagian depan saja dah terang sikit, mungkin dalam 40%.

Biasa lah berjemur bawah matahari yang panas kan, makanya hilang lah sikit kegelapan tinted tersebut. Sebab tu aku masih berfikir panjang untuk tambah tinted kereta.

Untuk persiapan raya kali ini, belanja yang keluar cuma sehelai kurta Ali dan makanan di pagi raya yang kami masak bersama.

Oh, kuih raya pun aku buat sendiri tau demi menjimatkan lagi belanja. Dapat juga aku beri buah tangan ni pada ibu bapa aku dan atok nenek di kampung.

Baju aku pula adalah baju raya kedua tahun lepas. Masih cantik. Hanya sebuah beg bernilai RM45 saja yang aku beli baru, setelah ditolak segala cash coin yang ada.

Maklum lah, mata perempuan suka kan beg yang boleh digayakan dengan pelbagai baju kan, haha.

Aku tahu aku seorang kedekut. Tapi bila Ali berkeinginan beli kerepek untuk jajan raya, tidak lah aku menolak dengan kejam. Untuk makanan, masih tolerable lagi asalkan harga reasonable.

Selama ni, aku dapat simpan RM800 – RM1200 sebulan dari duit gaji yang Ali bagi. Dapat lah berjalan di semenanjung setahun dua kali dan beli sikit aset emas & masukkan ke ASB.

Kadangkala, kami berdua juga jadi bank pada keluarga untuk meminjam duit. Itu tidak aku titikberatkan, asalkan mereka bayar kembali.

Cuma sejak hujung 2023, aku tak dapat menyimpan jumlah sebanyak itu lagi. Terkadang, tidak dapat menyimpan langsung.

Begitulah hidup seketul Ali dan Alia di zaman penuh pancaroba ini.

Malam tadi penuh rumah kecil kami dengan kehadiran keluarga Ali datang beraya.

Aku berdoa moga kedatangan tetamu yang ramai ke rumah, membawa keluar unsur negatif dan membuka pintu-pintu rezeki kami terutama nya untuk Ali.

– Alia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *