Aku Jiran Yang Terpaksa Sombong

Salam semua. Aku kat sini nak kongsi sikit pasal pengalaman berjiran. Lepas aku dan suami aku berkahwin, kami terus cari rumah sewa dan duduk berasingan dengan keluarga. Alhamdulillah rumah sewa kami serba lengkap. Taman pula baru. Kawasan tenang dan aman. Kejiranan nampak macam mesra. Berdekatan dengan tempat kerja.

Mula-mula semua baik-baik saja. Suami aku dimasukkan dalam Whatsapp group taman tu. Aku lebih suka kalau aku tidak dimasukkan sebab aku lemas sikit nak terima Whatsapp yang tak penting. Walaupun berkali-kali diorang bertanya pasal aku, tapi suami aku lebih suka privasi aku dilindungi. Cukup sekadar dia ada dalam group tu. Dan sampaikan pada aku kalau ada apa-apa berita penting.

Kadang-kadang aku scroll juga whatsapp diorang dalam group tu. Dan ternyata 90% maklumat adalah tidak penting dan hambar. Lebih sekadar platform kepada orang-orang yang bosan nak bergurau. Kongsi entah apa-apa gambar yang tidak mendatangkan faedah.

Tapi korang jangan salah faham anggap aku ni serious nak mati, tak pandai bergurau ke. Aku ni sekadar ok-ok sahaja. Cukup la group family, group gossip, group tempat kerja, group bff semua dah ada untuk platform berhibur.

Sampai lah satu hari tu aku ternampak satu group khas untuk lelaki. Yang dibuat oleh jiran lelaki aku. Dan dimasukkan juga suami aku dalam tu. Dan menyedihkan, kandungan dalam group tu lebih explicit, dan lagi lagha dan entah apa2. Bergurau semua berkisarkan topic lucah dan awek2 kolej. Dan semuanya Melayu. Islam.

Ini yang aku paling sedih. Kenapa bangsa kita, agama kita suka sangat benda-benda macamni. Suka membazir masa dan bergurau perkara yang mendatangkan dosa. Semuanya dari port urut B2B, awek kolej, video berbaur lucah, gambar berbaur lucah. Aktiviti diorang belakang isteri masing2 semuanya aku tahu. Aku tengok husband aku sekadar silent reader dan respon hambar2 sahaja. Dia kata dia pun jarang buka Whatsapp group tu sebab entah apa-apa.

Kalau korang semua nak tahu, jiran-jiran aku ni semuanya mid 30’s sehingga 40’s jadi muda-muda lagi. Ada yang umur dalam 40’s anak berderet tapi masih lagi suka melucah. Mual aku baca Whatsapp group diorang. Sampai satu tahap aku rasa nak screenshot dan hantar kepada isteri masing-masing. Tapi apakan daya, aku tak sampai hati nak rosakkan rumah tangga orang.

Apa yang lagi menakutkan bila diorang berani ajak suami aku untuk melepak dan membuat perkara2 lagha dan tidak berfaedah. Kalau dari perbualan group sampai nak bawak ke luar, aku memang larang sehabis-habisnya suami aku untuk turut serta.

Last resort, aku terpaksa ambil keputusan untuk personally Whatsapp ketua group bodoh tu dan aku sound sehabis-habisnya dan ugut untuk sebarkan segala Whatsapp kepada isteri diorang kalau diorang ajak husband aku untuk berSOSIAL lagi. Tak perlu nak ajak lepak kedai. Tak perlu nak ajak lepak berurut. Tak perlu nak ajak lepak hisap rokok depan rumah berjam-jam sampai pagi.

Lepas aku send Whatsapp kepada ketua group bodoh tersebut, aku pujuk suami aku untuk keluar dari group tersebut dan dia akur. Keesokan dan hari-hari seterusnya, hidup kami dan hubungan kami bertambah baik. Takda lagi group suka melucah. Takda lagi suami aku melepak luar berjam-jam bersama diorang entah buat apa. No more worries.

Cuma yang pahitnya, aku dah tak tegur jiran-jiran aku walaupun sekadar pandang dan senyum. Sebab aku benci diorang. Dan aku kesian pada isteri diorang. Janganlah jadi jiran yang jijik dan membinasakan. Jadilah jiran yang baik dan memudahkan.

– Jiran Kau

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *