Aku Nak Berhenti Kerja

Banyak dah yang aku luah dekat sini, Kebanyakan yang aku tulis adalah sebab tempat kerja yang toxic.

Hari demi hari aku rasa memang dah takde hati dengan tempat kerja ni. Daripada semua segi aku rasa toxic.

Aku rasa aku kena start berdoa balik dekat Allah bagitahu apa yang aku perlukan.

Duration daripada rumah ke office memakan masa hampir satu jam setengah – 2 Jam (Kalau Jem) ni one way ye.

Kalau total pegi balik maybe dalam 4-5 jam sehari aku travel. Rempuh la hujan ke ribut ke panas ke. Tapi aku tak kisah at first sebab ni yang aku doakan selama ni.

Which is nak gaji yang stabil and selesa financially.

Aku tak de la nak merungut 100% aku sangat-sangat bersyukur dengan adanya rezeki dan peluang kerja dekat sini banyak perubahan yang aku boleh buat antaranya buy my very first car & saving setiap bulan.

Tapi hari demi hari aku rasa semua tu dah tak penting kalau kita tak happy pergi kerja. Dah la bos pun macam haram jadah.

So berbalik kepada cerita tadi, aku buntu sekarang ni, mustahil aku akan guna jalan akhir iaitu berhenti kerja untuk end up semua benda ni?

Aku bukan anak orang kaya or ada bisnes family. So apa yang aku boleh buat adalah keep on cari kerja dekat tempat baru which is benda ni bukanlah mudah zaman sekarang.

Berlambak graduan yang bijak pandai sekarang yang menggangur. Plus aku nak dapatkan kerja yang aku dapatkan sekarang ni pun punyalah payah.

Berpuluh IV aku attend akhirnya baru dapat position aku yang sekarang ni, tapi sayang tempat kerja yang toxic ni buat aku rasa nak quit.

Cuba bayangkan everyday terjaga 2-3 pagi teringat pasal kerja, pasal mulut bos yang macam binatang pink mulut dak-dak opis yang macam puaka niyang rapik. Stress weh.

Dah la bermuka-muka depan lain belakang lain. At first masa mula-mula masuk aku perati je seko2. Dah lama aku rasa mcm kene stop and malas nak bergaul lebih-lebih dengan manusia s**l macam ni.

Tapi tulah, dah nama pun manusia perangai s**l kan ? aku bergaul kena aku duduk diam membisu tak kacau orang pun kena gak.

Apa lah masalah orang macam ni, mungkin mak bapak dia bercerai or ada masalah laki dia curang sebab tu kurang kasih sayang?

Aku tak tahu lah nak buat apa dah, masuk bulan april ni cukul 1 tahun aku kerja kat sini. Dan aku tak boleh nak kira bila je aku rasa happy kat sini,

Since day 1 aku rasa macam sangat terasing walaupun ada la sorang-dua yang ok. Tapi still………… hmm :(

Aku percaya dekat mana-mana pun sama je kan mesti ada tersesat seko dua yang spesies macam ni,

Siapa yang baca ni, tolong doakan aku tau. Supaya aku terus kuat unuk hadap semua ni, doakan juga aku dapat offer tempat kerja yang lagi best daripada sini.

Aku tak nak usia muda aku dihadiri dan di henyak mental dengan keadaan dan situasi yang macam ni.

Akhir kata, siapa2 yang sama kapal dengan aku ayuh kita guna konsep pergi Mam Tuuutttt. Pergi kerja balik kerja, Sabtu Ahad enjoy dan jangan fikir pasal kerja, I’ll try..

– Pia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *