Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-narcissist-ke/).
Aku dah baca komen dari korang, aku ucapkan terima kasih ya atas nasihat dan pendapat. Dan aku ada baca satu komen ni “Tidur tak kunci pintu ke”.
Korang itu rumah Tulip dan suaminya, aku menumpang. Kalau kunci pun, dorang ada kunci spare.. Betul tak?
Maaf la kalau tajuknya buat korang rasa tak kena, akhir cerita ni nanti korang akan tahu kenapa aku tanya, yang aku ni narcissist ke?
Sebelum aku memulakan cerita, untuk pengetahuan korang, selepas kejadian tu aku memang dah keluar dari rumah, keluar rumah dengan hati yang hancur, semangat yang hilang bersama hinaan dan cacian dari Tulip.
Cerita ni berlaku 5 tahun yang lepas.. Cuma kenapa aku luahkan sekarang sebab baru baru ni aku ada buat majlis aqiqah anak sulung ku di rumah keluarga mertua.
(Oh korang, lupa nak bagitau, aku dah berkahwin, aku juga dah beli kereta dan ada kerjaya sendiri, kes ni juga suami aku dah tahu sebelum kami berkahwin)
Semasa aku dalam pantang baru lepas melahirkan anak lelaki aku pada bulan september baru2 ini, tiba2 aku dapat satu panggilan dari nombor yang aku rasa kenal, iaitu Tulip aku,
Pada mulanya aku terkejut lepas 5 tahun kisah tu kami memang dah tak berhubung. Aku pelik macam dia tau aku ada anak,
Setelah aku selidik, Tulip rajin stalk aku di ig guna fake acc dan tanya tentang aku kepada adik beradik tiri aku untuk tengok perkembangan aku. Tulip call nak tanya khabar dan keadaan anak aku..
Aku sebenarnya tak sedap hati kalau boleh tak nak dekat ataupun rapat seperti dulu sebab aku takut aku dipersalahkan lagi dan kata kata hinaan masih segar lagi diingatan aku.
Tapi fikiran aku waktu itu adalah “oh Tulip nak berbaik kot, mesti dia rindu aku”. Jadi setiap hari dia nak tau pasal aku, nak tengok gambar anak aku.
Tulip juga ada memberi nasihat kepada masalah aku, dan kebetulan aku memang ada masalah waktu itu, masalah yang mana kakak ipar aku yang dulu nya aku puji baik dan lemah lembut rupanya menaruh perasaan iri hati.
Sewaktu aku mengandung, suami aku layan aku baik sangat, tunaikan apa yg nak makan, aku tak pernah dapat layanan yang begitu, aku share la di socmed (whatsapp) gambar makanan dan apa yang suami aku bagi, hanya niat share kebahagiaan.
Sebab aku rasa mungkin family mertua aku akan turut bahagia sebab anak mereka layan aku baik..
Mama abah mertua aku tidak berkata apa, cuma kakak ipar selalu menunjukkan sikap tidak senang atas layanan suami ku terhadap aku, kejadian sewaktu aku mengandung kata kata perli seperti itu agak sukar aku lupakan.
Dan ya aku cerita kan pada Tulip tentang kes ini. Tulip meluahkan rasa sedih dan beri nasihat agar aku menjaga jarak dan jangan rapat seperti dulu. Aku pun kalau tak di beri nasihat begitu, aku dah pun jauhkan diri.. Cuma bila Tulip nasihat aku iyakan saja.
Okay sambung…
Waktu majlis di rumah keluarga mertua aku, Tulip datang dengan senyuman dan sikap ramah melayan anak aku, cuma pandangan mata dia agak lain,
Tapi aku tak kisah, aku gembira sebab nak makan sekali, dari pagi aku tak jamah nasi sebab excited Tulip nak datang,
Tapi ada benda lain yg aku rasa Tulip tak berubah, rupanya Tulip datang nak tengok aku ni bahagia atau tidak, dia sindir dan perli aku dalam nada bergurau, tapi aku hanya balas seperti biasa, adakalanya ayat dia saja nak bagi “Trigger”.
Hati aku dah mula panas tapi aku tak balas dengan marah aku balas dengan gelak ketawa. Sebab aku tahu Tulip memang suka down kan aku dari dulu.
Nasi yang aku ambil tadi pada mulanya ada selera, terus selera aku mati. Aku usaha sebaik mungkin menjaga expression riak muka aku agar tidak nampak yang aku terasa sebab adik ipar kak ipar aku semua ada..
Oh part yang paling aku terasa, Tulip boleh berborak dengan kakak ipar aku untuk down kan aku. Kata aku begitu begini… Dan bila aku nasihat kan untuk jaga percakapan dia tiba2 attack aku kata aku ni saja tak bagi dia berkawan dengan orang.
Padahal aku cuma nak minta Tulip jangan berlebihan. Sebab haritu Tulip kata lain, harini lain pulak. Jadi di situasi itu nampak aku la yang jahat..
Tulip siap kata ” aku memang baik dengan semua orang”. Tapi belakang2 dia kutuk kak ipar aku.. Jadi apa motif sikap keramahan tadi ya.
Yang buat aku lagi down dia gunakan masalah pergaduhan aku dgn kak ipar aku sebagai motif untuk dia ungkit kisah lama dengan abg ipar aku tu.. Adui panjang pula nak cerita, by the way lepas je settle makan minum borak, Tulip pun balik. Tapi tidak habis di situ.
Dia sambung di whatsapp tiba nasihatkan aku suruh berbaik dengan kak ipar aku, dan ugut nak bagitau mertua aku dan suami aku tentang kes abg ipar aku. Aku pun dengan rasa penat dekat majlis pun belum habis.
Aku kata macamni “silakan kak walau apa pun yang aku kata kau masih lagi tak percaya, kalau rumahtgga aku hancur bkn sbb org lain, tapi sebab mulut orang dekat”.
Dan aku kata lagi “Kau hanya nak percaya apa yang kau rasa nak percaya.. Jadi terpulang”. Dan aku terus tekan button call nombor Tulip dan berikan telefon kepada suami ku untuk Tulip cerita semua.
Tapi Tulip tiba2 beralih kepada nasihat pula. Nasihat baik adik beradik, jangan gaduh2 dan tak ada satu pun dia sebut pasal abg ipar aku, dia twist cerita seolah aku ni reka cerita dan aku la mangsa..
Dan Tulip nak tunjuk yang dia ni seorang yang baik dengan semua orang dan positive tak ada drama. Padahal Tulip taktahu yang kata kata dia dah buat aku down dan buat kak ipar aku rasa aku ni problem..
Aku menangis dan tanya suami aku. Apa yang aku buat sampai aku dilayan macamni. Sampai kakak aku buat aku macamni. Mental aku sakit ya korang.
Aku cuba puaskan hati orang. Aku jaga tutur kata agar org tak terguris, tapi end up bila aku dah tak tahan aku cuba pertahankan diri aku, orang nampak aku salah, aku melenting, aku emosi, ada juga aku terfikir, aku ni narcissist ke? Sebab aku rasa aku ni macam banyak masalah.
Part yang aku rasa nak gila, aku tanya allah kenapa aku dilahirkan ya? Dan kenapa ku setuju untuk hadir ke dunia, sebab bila aku nak rasa bahagia je mesti ada ujian macamni.
Suami aku peluk aku dan suruh aku istigfar.. Rupanya Tulip datang sekadar nak menjatuhkan aku bukan nak berbaik.. Menyesal aku jemput Tulip datang majlis itu..
Sejak kejadian Tulip dan abg ipar 5 tahun lepas, selepas aku berkahwin aku jadi takut nak rapat dengan saudara lelaki/ ipar/ termasuk ayah mertua (walaupun ayah mertua aku baik). Sebab bagi aku selagi mereka manusia. Mereka ada nafsu.
Aku tengok berita pasal ayah rogol anak, abang rogol adik/anak saudara. Tapi ibu hanya diamkan saja, aku jadi benci berita macamtu, sebab dalam family sendiri pun tak selamat. Sanggup anak tu dituduh menggoda ayah, sedangkan ibu tahu suaminya yang bersalah.
Korang jadikan kisah aku sebagai contoh, tak semua mangsa tu nak diri dilayan begitu. Sekarang korang faham kan kenapa mangsa rogol kat luar takut nak buat report atau takut nak bagitau keluarga. Sebab mangsa ni takut diri dorang akan dibuang macam aku.
Untuk abg ipar aku, diakhirat nanti aku akan tuntut di hadapan allah s. W. T.. Di dunia bole lepas, akhirat belum tentu.
Aku minta doakan aku ya, part 2 terlalu panjang pula. Yang mana tak faham tu. Aku minta maaf ya. Jaga ahli keluarga dan diri korang baik2. Setiap manusia ada ujian dan bahagian masing2. Dan ini bahagian aku. Nak tak nak aku kena hadap dan terima..
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Nk senang, blok semua medsos dari kakak tu, dia yg sbenarnya ‘narsisistik’ dan bkn nya awk.. klaw dah ‘perangai’ dia dah mcmtu dr kecil, sampai dewasa pon dia akan tetap gitu.. move on, n lupakan peristiwa yg lalu, cuma brgaul dgn org yg positif shj.. doa bnyak2, agar suami n family dia masih percayakan awk.. didik anak elok2, agar dia besar nt pon x berdendam dgn adk beradik dia, dan bersatu serta tlg mnolong antara satu dgn yg lain.. wallahu a’lam