Aku Tak Salah

Assalamualaikum wbt….. Aku Chan seorang gadis awal 20 an. Aku nak menceritakan tentang hidup aku malang ni. Kenapa aku cakap hidup aku malang??? Ini ceritanya… 

Sejak kecik lagi hidup aku dah diuji pelbagai dugaan, bermula dari usia 5 tahun aku penah diperlakukan kurang elok saudara mara aku sendiri (aku pernah dicabul) termasuklah terdekat. Sampaikan aku menghidap penyakit mental sampailah sekarang.

Paling menyedihkan lagi, hubungan aku dengan mak aku. Entahlah kejap baik kejap tak hubungan kami. Dari dulu turun naik je. Penat aku….. 

Mak bapak aku dua2 diorang bekerja dan tak boleh dinyatakan di sini diorang keje apa. Mak aku dia mak yang baik tapi kadang seorang yang play victim jugak.

Kadang kalau dia salah, dia akan putar belit fakta pastu buat aku pulak yang nampak salah sedangkan aku tak salah pun. Dari kecik sampai ke besar lagi macam tu jugak, tak pernah berubah. 

Aku menjalani zaman kanak kanak yang menyedihkan dan traumatic, sejak umur antara 6 dan 7, aku dah terima segala kejian, makian dari ejekan dan dari lingkungan ahli keluarga sendiri.

Malah lebih menyedihkan, mak aku penah panggil aku babi dan orang gila serta pelbagai gelaran yang tak baik lagi.

Kena balun? Puas aku kena balun, yang menyakitkan lagi, kalau mak aku dah balun aku, bapak aku pi tambah lagi.

Sepak terajang dan hampir dibunuh pun ada. Kena kurung dalam bilik sampai bapak aku drillkn pintu tu tak kasi aku keluar.

Peristiwa aku tak boleh lupa, masa aku darjah 2, masa tu mak tengah ajar aku dengan abang yang dimana tua setahun je dari aku.

Masa tu, adik aku yang baru usia 3 tahun ikut merengek ngan mak aku, entah aku ni bebal sangat tak faham apa yang diajar (oh ya aku ni lambat sikit pandai baca sekitar 8 tahun camtu baru pandai).

Mak aku marah kat aku sambil maki2 aku biasalaa ayat bodo camtu. Sampai mak marah nak masuk bilik, adik aku nangis2 nak ikut dia.

Btw kami belajar di dapur, so duduk atas kerusi dapur yang agak tinggi untuk budak 3 tahun.

Dipendekkan cerita, adik aku nak turun dari kerusi tiba-tiba je dia jatuh dari situ.

Masa tu aku tak tengok pun dia sebab masih tu aku menundukkan kepala dengan airmata bercucuran di pipi. Aku cuma terdengar suara abang aku cakap lebih kurang macam ni.

“Alamak, jumpa mak cepat.”

Dia cakap kat adek aku. Tak lama lepas tu aku dengar mak aku menjerit dalam bilik, dia meluru sambil memimpin tangan adek aku yang kepala dia berlumuran darah, rupanya kepala adik aku berdarah, dia teresak-esak menangis.

Mak terus tolak aku dari kerusi pastu belasah dengan sepak terajang sekali. Terngiang ngiang ayat dia “kau nak bunuh anak aku ke?”

Nasib masa tu bapak aku tak da. Kalau dia ada, tak hidup lagi aku ni. Aku kesakitan sambil menangis, aku tak tahu apa salah aku, bukan aku yang tolak dia, dia yang jatuh sendiri.

Kepala adik aku dijahit dan lepas dari peristiwa, seolah seolah semua tu salah aku, mak macam salahkan aku. Aku penah cakap dengan mak aku.

Bukan salah aku, aku tak tolak dia pun, dia yang jatuh sendiri. Dengan selamba jawab 

“Kalau kau tak buat mak marah, adek kau takkan jatuh!”

Remuk hati aku dengar dia cakap camtu.

Jadi sepanjang zaman kanak-kanak aku, aku percaya aku penyebab adek aku jatuh, tapi bila aku dah semakin dewasa, aku sedar tu bukan salah aku, tu dah memang kejadian yang aku mahupun semua orang kat rumah tu tak dapat nak elak.

Lepas dia marah aku, dia selalu cakap dengan aku.

“Kalau aku teruk lagi dibelasah nenek kau”. 

Berulang kali dia cakap camtu. Aku pun jawab lah yang aku dan dia tak sama, kenapa nak samakan kami? Dia jawab alahh kita sama je takde beza! No! Aku dan dia tak sama, aku tak sama macam dia. 

Mak aku pernah panggil aku gila depan abang aku. Masa tu aku darjah 3 tak silap. Aku sedih sangat masa tu sampai tulis kat dinding sambil menangis. Kenapa mak panggil aku gila? Apa salah aku.

Nasib masa dari darjah 1 sampai 5, bapak aku takde kat rumah, sebab ditugaskan di negeri lain. Kalau ada mesti macam neraka hidup aku, setiap dia cuti, dia salu balik kat rumah, konfim dia mesti marah aku.

Masa dia dapat ditugaskan kan negeri asal dia balik, aku tak happy dan rasa sedih sangat. Sampaikan mak aku tegur. Kau tak happy ke bapak kau dipindahkan di sini? Nak je aku jawab ye. Aku berdalih cakap, 

“Kalau bapak dipindahkan di KL kan best tiap cuti sekolah boleh pergi KL.” Mak aku iyakan je. 

Aku masa besar ni pernah cakap mak aku,

“Mak aku kena sakit macamni mungkin trauma masih kecik kot, mak ingat tak mak penah marah2 maki2 belasah aku… “

Dia jawab buat kau nak ingat masa lalu move on jelah. Lagipun, masa kau kecik, seingat aku, kau aku sayang macam anak yang lain je. Yang marah2 tu biasalaa. 

Mak aku kerap berdalih. Bukan dari dia or bapak aku je. Dari saudara mara lagi teruk.. Dari kawan-kawan.. Hurmmm

Mak selalu cakap dari aku kecik,

“Kalau kau tahu betapa sakitnya hati aku sebabkan kau.”

Dan dalam hati aku yang baru berusia 8 tahun. “Mak asyik fikir perasaan dia je… Hati aku pun sakit… Lebih mendalam lagi.. “

Aku benci pendapat orang melayu kita ni. Tak kira kau betul ke salah.. Kalau apa yang dicakap mak bapak, kau diam jelah jangan nak menjawab.. Kalau diorang dah sejuk baru explain.

Bak kata bapak aku.. Tulah adab nye diorang orang tua.. Salah ke betul aku diam je. Gila toxic!

Masalah masa diorang dah sejuk, aku try nak explain apa yang jadi but diorang tak nak dengar perjelasan aku, cakap yang lalu biar lalu takyah diungkit lagi..

Lah maksudnya aku ni akan dianggap salah sampai bila2 lah.. Bilalah aku nak mempertahankan diri macam ni.. Aku benci jadi orang melayu sebab macamnilah.. Ajaran entah apa2. Takde nabi ajar macatu. 

Banyak lagi peristiwa yang berbekas dekat ingatan aku. Aku membesar dengan kesedihan dan kegelapan yang tak mampu aku terangkan. Aku menghidap mental illness

Mungkin disebabkan atas peristiwa lama tu. Banyak lagi sebenarnya dari orang luar pun ada malah teruk lagi dibuatnya.

Aku kerap meroyan dan mengamok sebab tak tahan lagi dengan ujian yang melanda. Aku bukan tak solat, bukan tak zikir, bukan tak berdoa, setiap aku nak buat naik, nak buat pahala ada je Allah nak uji aku dengan perasaan dalaman aku.. 

Jujur aku penat… 

Aku baru baru ni, aku gaduh lagi dengan mak bapak aku, sampaikan aku nak dihalaunya dari rumah. Sedangkan hari tu, aku dah prepare duit raya untuk diorang, untuk adek beradek aku.

Lepas tu, aku dipandang jahat oleh semua orang kat rumah. Aku percaya ni semua bukan salah aku kenapa aku yang harus minta maaf!

Aku merasa aku tak pernah merasa bahagia.. 

Aku kadang terdetik Allah ni ada ke.. Kalau ada, kenapa tak bagi aku bahagia? . 

Bukan aku tak solat. Bukan aku cuba mendekatkan diri dengan dia… Setiap kali nak dekat, pelbagai musibah datang..

Astagfirullah.. Maafkan aku.. Bukan aku tak percaya kepada Allah.. Cuma adilkah Allah? Kenapa Allah buat hidup aku berliku? Kenapa tak bagi kesempatan kepada aku? 

Aku tak penah bercinta sepanjang hidup. Bila bertemu dengan seseorang yang aku betul-betul suka, laki tu permainkan aku, dia pandang rendah kepada aku.. Sampai aku depresi teruk disebabkan laki tu..

Sampai sekarang aku tak percaya cinta… Aku selalu terfikir aku nak nikah laki kaya tak kisah jadi bini nombor 2 atau dilayan sebagai simpanan but it’s okay asalkan hidup aku senang tak payah struggle macam ni. 

Banyak lagi kisah sedih dari hidup aku. Aku percaya aku tak salah… Bukan aku yang mulakan ni semua.. 

Aku harap tahun ni aku dapat keluar dari negeri kelahiran aku.. Aku nak mulakan hidup baru di tempat baru.. Aku dah apply kerja dekat negeri lain.. Semoga dapat amin.. Korang doakan aku yer.

Maafkan aku bersangka buruk terhadap Allah. Maafkan aku ya Allah. Aku harap Allah cabut nyawa ni seperti apa bapak aku harapkan. Bapak aku salu cakap dia doa aku mati awal. Aku harap Allah makbulkan doa dia… 

– Chan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Awak anak yang baik.. awak dah cuba sedaya upaya..bukan semua yang belaku tu atas kecuaian awk.. manusia biasa buat silap, tapi kita tahu kan yang mana salah kita yang mana bukan salah kita. Move on la.. jgn duk dalam persekitaran tu lg.. move on.. diam je.. jangan kurang ajar jangan cakap apa2 lagi.. jangan harapkan lelaki atay orang lain untuk menggembirakan kita..nanti kecewa kalau x macam yg diharapkan… Jangan putus asa dengan Allah.. bukan Allah x adil.. Allah menguji.. masih menguji… Insyaallah suatu hari nanti akan terbuka segala hikmah.. akan datang ketenangan bersamanya… Awak jangan takut pergi dr situ..x akan jd anak derhaka kalau awk pergi..sebab kalau awk x pergi, akan tambah rosakkan diri awk.. minta Allah permudahkan dan beri perlindungan

  2. Kalau u dah rasa u ada mental illness, p hospital segera. Jangan malu. Sebab saya dah laluinya… Kadang kita yang ada mental illness ni akan salah anggap apa yg orang cakap sebab trauma kisah2 yang lalu. Tak perlu malu.. mental illness juga penyebab kita tak mahu beribadah. Saya berani cakap sebab saya dah lalui. Bila dapat rawatan yang betul, ubat yang betul, saya bertukar menjadi positif. Saya juga serah diri pada psikiatrik bila saya rasa dah tak tertanggung dengan kehidupan dan sekelililng. Sekarang saya dah okay.. datanglah ujian berat pun, saya dah boleh rational. Percayalah.. kalau awak dah rasa awak ada mental illness, segera dapatkan rawatan. Ingat mental illness tu satu penyakit…sama macam kanser, kencing manis Dan sebagainya. Memang ada rawatan.

  3. Awak..baiknya awak jauhkan diri dari parents awak. Menjelajahlaj dunia. Tak perlu tertangkup dalam ruman yang penuh dengan memory yg teruk itu. Saya telah berhijrah, suami abusive tapi parents saya sendiri tak suka saya, alienate saya. Latest dia kata saya mereka cerita about husbans being abusive right before ke umrah. Sekarang saya belajar utk tiads emotional attachment dgn mereka. Semoga kita di bawah lindungsn rahmat Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *