Jiwa Keliru

Aku Mia. Aku terpaksa post sini sebab aku betul betul nak luahkan perasaan hati aku.

Jam pukul 2 pagi dan aku masih tak boleh tidur, aku betul betul tak ada tempat luahan ni, bukan tak ada tapi aku tak yakin orang yang aku luahkan tu faham ke tidak perasaan aku ni.

Anggap jelah korang semua ni bahu untuk aku pinjam sekejap. Sesak nafas aku ni.

Semalam aku ambik kunci kereta aku terpaksa keluar rumah kejap cari ketenangan, tak pernah pernah aku keluar buka puasa seorang diri ke masjid.

Anak anak aku tinggalkan bersama ayah dia kejap. Suami aku faham tu aku tengah stress sangat la tu, sejam aku memandu kereta sambil layan perasaan akhirnya sampai masjid jauh dari rumah aku.

Suami aku tak halang sebab last perbualan kami bergaduh dan dia faham aku keluar untuk elak aku jadi gila agaknya, dia tak halang.

Cuma aku teringat dia pernah kata pada aku setiap kali aku minta maaf walau kadang kadang bukan salah aku, dia kata abang redha selalu pada sayang setiap malam.

Aku dengar je dalam hati aku cakap abg fikir redha abg je ke habistu redha isteri sebagai isteri pada suami ni ada kau kisah ke, macam macam aku doakan untuk kebahagiaan rumah tangga kita. Lima tahun kau tak bagi aku nafkah batin aku masih ok lagi.

Aku luahkan pun kau macam tu juga. Susah la aku nak proses jiwa hati kau macam mana. Dia normal, lelaki rajin, baik, tapi dia menafikan hak aku sebagai isteri dan kenapa aku tak minta cerai, sebab dia cinta pertama aku dan aku redha tapi terpaksa.

Susah la nak cakap. Suami aku ni bila ada masa dia memang menjadi sahabat baik aku, boleh kongsi cerita semua tapi ada masa dia sangat merosakkan jiwa aku.

Sebagai contoh, abg jom kita bersama malam ni, dia jawab ok boleh tapi nanti ada anak lagi macam mana, kita dah ada 3 anak.

Dia macam takut aku mengandung lagi ke atau macam mana entahlah tapi aku pernah je sound dia, kalau kita ni tak pandai ilmu carilah ilmu, bukan jadi bebal tanpa ilmu, kan banyak cara boleh buat kalau tak mengandung, dia jawab tak yakin sebab aku ni jenis subur.

Habis tu, anak pertama kau dah nafikan hak aku 4 tahun tak bersama. Lepastu aku ugut nak bercerai, dia bersama juga lepastu dan dapat anak seterusnya.

Ni dah 5 tahun kau buat lagi perangai sama. Aku macam apa benda dalam fikiran dia ni. Tak faham tapi aku masih cuba fahamkan tapi tetap tak faham.

Dia normal dan semua nya baik cuma aku keliru la. Dia pun ok ja bekerjaya dan kami tak ada masalah apa pun kecuali masalah dibawah ni. Siang semalam aku cakap macam ni, tahun ni giliran raya balik rumah mak kita kan, laki aku cakap mak mana.

Eh mak syg la. Suami aku boleh cakap eh bukan mak abang ke. Aku macam terus terkejut.

Aku cakap macam ni, minta maaf abg, apa abg cakap tadi. Spontan aku jawab Kepala otak abg berjambul, tahun lepas dah giliran sana kan,bukan ke abg cakap gilir gilir. Suami aku terus buat muka.

Tak habis habis guna ayat selagi mak ayah ada kita kena balik la kampung, habis mak ayah je ke boleh meninggal. Yang isteri dan anak anak ni kalau Allah takdirkan Allah ambik nyawa kau nk cakap apa pula.

Aku bagi video tentang ustaz azhar kata suami tak berhak paksa isteri buat apa yang dia tak suka, ada adik beradik yang suka menjatuhkan dia, aku bagi video tu semalam masa aku sorang diri di luar.

Suami aku bluertick je. Bila aku balik malam dia bagi anak anak makan dan dia tak bercakap dengan aku sampai harini. Cuma dia cakap semalam masa gaduh tu, dia cakap kalau aku tak nak balik, tak apa.

Dia balik sorang diri. Dan aku cakap mana mana pun kita boleh raya, kita ada keluarga sendiri, ada anak anak, kenapa tak kita cipta je keluarga kita bahagia dan harmoni kita sendiri. Kenapa nak juga paksa aku buat benda aku sedih, aku tak nak balik jumpa orang yang sakit kan hati aku.

Lagi pun hati aku dah tawar hati dengan adik ipar aku, mulut macam puaka tak sudah sudah. Dah kau cakap macam macam, jadi tahun ni tak perlu la aku balik kampung. Sebab kalau balik nanti kau juga suka pertikaikan itu ini, disebabkan mulut kau yang puaka tu, kami gaduh laki bini.

Dia boleh ajak orang lain mengumpat saja cari gaduh. Aku pun silap besar bertahun tahun aku maafkan dia sebab benda yang sama aja mengata aku dan aku tak pernah sangka dia tak berubah. Allah dah turunkan macam macam dugaan sebagai teguran pun masih tak sedar.

Aku ada kakak ipar aku juga yang kahwin dengan abg aku. Dia nak balik raya ke, dia sambung belajar masa lewat usia ke, dia nak berjalan mana ke, dia gaduh dengan abg aku ke, sikit pun aku tak ambik kisah.

Bagi aku, aku doakan yang terbaik untuk mereka dan untuk aku ajak adik beradik lain mengumpat pasal kakak kakak ipar aku memang tidak.

Tiap kali dia nak balik jumpa keluarga aku tapi tidur hotel ke, datang sekejap jenguk ke dan apa saja la, bila mak ayah aku cerita apa pun semua aku cuba bagi ayat ayat possitive dan hubungan kami biasa ja sampai la 22 tahun sekarang.

Maksudnya kakak ipar aku tu dah kahwin dengan abang aku 22 tahun. Kakak ipar aku 2 orang.

Sama la serentak usia perkhawinan mereka. Jumpa tanya khabar, salam salam balik. Masalah hidup mereka sedikit pun aku tak nak canangkan dan kisahkan.

Aku doa yang baik baik aja. Tapi lain dengan adik suami aku ni, depan mulut macam ada tebu manis. Aku yang bodoh sebab bertahun percaya mereka sampai hati aku betul betul terasa rupanya apa sahaja tindakan aku mereka umpatkan.

Semua benda jadi topik perbualan, kurang ajar sangat bila aku dapat tahu, sampai sekarang bila aku teringat aku jadi menyampah.

Aku doa moga Allah bagi kesedaran keinsafan petunjuk dan hidayah yang maha dasyat pada sorang tu. Tambah lagi seorang kaki tambah perasa.

Bila aku tahu dah semua tu, hati aku betul kecewa, sebab dulu pernah dah aku kena macam ni dengan orang yang sama. Ni kena lagi. Macam macam dikatanya.

Aku tak kisah orang mengata aku tapi bukan la dari orang yang aku tak sangka lagipun aku dah maafkan kisah dulu dulu, tapi ni jadi lagi.

Silap besar aku sebab terlalu bukak kemesraan tu, hubungan aku dengan mertua baik aja tapi disebabkan ni aku mula rengang juga sebab mak ayah mana yang nak backup menantu kan walaupun anak sendiri macam setan, kaki hasut, kaki fitnah.

Suami aku dah tegur kelakuan dia tapi macam biasalah la play victim dan laki aku anggap biasalah ni selisih faham nanti lama lama baik la.

Susah situasi ni sebab dia punya perangai depan orang macam dia yang tersakiti padahal dia la punca. Aku sampai sekarang sampaikan aku kirim doa pada orang yang pergi mekah untuk dia. Punya la aku betul terasa dengan perbuatannya.

Kalini aku nekad, kau nak sangat tengok aku berubah perangai kan. Aku bagi. Dulu aku baik kau pijakkan aku, sekarang jangan kan senyum pada kau.

Dengar nama kau pun aku menyampah. Sepatutnya kau jangan jadi punca, aku pun tak kisah dan canang apa saja kisah buruk kau, maka kau jangan lah bawa cerita tentang aku. Aku balik kampung salah, tak balik salah.

Sekarang bila aku dah tawar hati betul betul kau nak cakap aku yang jahat. Nasib baik la aku ni pandai cari duit sendiri dan ada kerjaya, tak bergantung hidup semata dengan abang kau macam kau yang tak ada apa apa tu.

Bila kita tengok orang jangan kita asyik fikir keburukan orang yang kau belum pasti.

Sebab natijahnya besar. Kalau aku cerita detail dalam ni kesan fitnah dan umpatan kau cerita dulu tu, kesan pada emosi. Aku percaya orang akan tak sangka.

Terima kasih korang baca kisah aku, aku ni sebenarnya tengah sedih, maaf bahasa panggilan aku kau sebab aku anggap aku bercerita dengan kawan tapi dengan harapan ada respon baik dan possitif. Jangan la cerita tentang kemaafan. Aku dah maafkan dulu tapi ni jadi balik.

Salah ke aku ada emosi macam ni. Laki aku tu baik je sebenarnya tapi dia macam dilema. Memang dia tak faham sebab walau suami isteri pun karakter berbeza dan penerimaan masing masing berbeza.

Pasal yang nafkah batin tu. Tu kelemahan dia. Dia bukan tak boleh bagi nafkah batin dan dia bukan sakit cuma dia bukan lelaki yang selalu fikirkan macam tu.

Pelik kan. Tapi memang ada lelaki macam tu. Bagi dia isteri bahagia cukup la.

Gila betul cara berfikir. Kami dah berbelas tahun kahwin, bayangkan la ya. Tapi kami bahagia.

Tapi aku tak tahu nak cakap la. Macam aku cakap tadi. Aku redha ja tapi aku tetap tak rela.

Susah la cakap situasi aku ni. Kalau cerita cantik ke tak, badan berbau ke atau apa saja. Aku ni cantik dan sentiasa wangi .

Dan laki aku tahu kalau aku bercerai pun ramai ja nak aku cuma aku yang tak nak. Dia first love aku. Cukup la aku dah pening kepala aku nak tidur.

Doakan aku ya untuk dimudahkan urusan ni. Aku betul betul terkesan terutama mulut sorang tu. Rasa nak tumbuk je dia tapi tulah aku jenis kalau dah benci nak jumpa pun malas.

Doakan aku jumpa jalan terbaik k dan doakan moga hubungan kami suami isteri kekal ke syurga. Aamiin.

– Mia Purple (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *