Ke Hadapan Bos Yang Tak Bayar KWSP

Hai guys. Aku Suci. Dari Pantai Timur.

Confession ni, aku buat, dengan harapan bos aku noticed.

Aku staff sebuah institusi swasta. Gaji aku, gaji minimum, iaitu RM1500. Walaupun aku ada skill, dan berlatarbelakang degree.

Gaji minimum RM1500 tu termasuk dengan tolak KWSP. Jadi biasanya gaji aku masuk dalam RM1200.

Plot twistnya, haritu aku cek dengan KWSP, rupanya dah setahun dah bos aku tak carum KWSP aku.

Aku ralat, ya, aku tahu ekonomi tak menentu. Bos kena cari jalan untuk cover balik modal. Tapi, bos aku ni tengah giat buka cawangan baru woi!

Dalam sebulan berapa cawangan dia tambah. Pastu buat modal bangga banyak cawangan. Macam achievement lah kiranya.

Tapi achievement tu yang digembar gemburkan je. Hakikatnya, staff ada yang terpaksa bayar gaji lambat. Ada yang gaji separuh dulu.

KWSP tu tak yah cakap la, ibaratnya macam takde niat nak carum dah.

Aku seorang suami, aku ada isteri, aku ada mak ayah.

Dulu awal-awal kerja aku duduk rumah sewa. Tapi bila beberapa bulan kerja, macam mana aku nak bayar sewa rumah dengan gaji macam ni?

Aku terpaksa jual kereta, dan guna motor saja untuk kegunaan harian aku.

Sekarang aku terpaksa bawa isteri tinggal rumah mak ayah aku.

Aku tahu isteri aku sedih, tapi alhamdulillah aku bersyukur sangat isteri aku sangat supportive. Isteri aku tak pernah complain.

Setiap bulan gaji, roughly 500 untuk ayah aku, 200 untuk mak aku, 200 untuk isteri aku, 200 bayar hutang bulanan, 100 bil api.

Kau kira la sendiri berapa baki tinggal untuk aku.

Duit untuk simpanan memang tak ada, tinggal duit untuk duit minyak motor dan makan je.

Jadi, bila aku tak lapang macam gini, bos pulak main-main dengan caruman kwsp.

Aku memang sakit! Kalau kau tak nak carum kwsp, kau bayar lah full gaji minimum tu. Itu hak pekerja yang kau tak bayar tu.

Yang kau simpan buat rolling modal. Kau rasa halal ke kau buat macam tu?

Depan orang ramai, kau la yang terpaling islamik. Posting facebook tak nak kalah. Tapi kau sedar ke kau dah aniaya staff kau.

Kehadapan bos, aku tak mintak banyak. Buat la benda yang sepatutnya.

Aku tak halal satu sen pun KWSP yang kau tolak dari gaji yang sebenarnya kau tak carum pun sebenarnya tu.

Kehadapan bos, tolong amanah la. Seperti yang kau selalu laung-laungkan tu. Be a man.

– Suci (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Please report to kwsp, provide your payslip (if available) or your bank statement 3 months (bank masuk gaji)
    Anda juga boleh membuat aduan terhadap majikan anda dengan menghubungi KWSP di nombor talian 03-89226000. Selain itu, anda juga boleh melaporkan majikan tak bayar KWSP melalui e-mel [email protected].

  2. Same bruh. Boss saya dari May 2023 tak bayar. Saya baru kerja sini. Gaji saya 5k+. Bayangkan until sekarang RM12K+ caruman saya dia tak bayar. Duit bukan tak ada. Suka tahan hak pekerja…. Sekarang dalam process bayaran ansuran lepas kena report. So you pergi report KWSP, KWSP akan chase bayar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *