Allah yang utama

Salam admin. hari tu saya ada confess. Tapi admin tak approve, mungkin sebab penulisan saya yang berterabur. Maklumlah, taip dalam keadaan beremosi.

Saya baru je dikecewakan, bukan oleh boyfriend mahupun teman lelaki, tetapi oleh tunang saya sendiri. Kalau ikutkan lagi 2 bulan kami akan bernikah.

Pasaipa xjadi nikah ni? Tak perlu lah sy cerita.

Kecewa? Tipulah kalau saya tak kecewa, menangis bagai nak gila.

Tapi. selepas 2,3 hari menangis tak berlagu, sampai jatuh sakit teruk.Allah hantar sorang hamba Allah ni. Tersentap sy dengar kata-kata nasihat dia.

Dia tanya saya, "Kenapa menangis kerana manusia? Tahukah awak, Allah sayang awak. Lelaki tu kecewakan awak sebelum sempat awak bernikah dengan dia. Jika dia tunjuk belang dia selepas bernikah, lagi teruk awak jatuh. Ingat kata-kata sy ni, Allah sayang awak, Allah lindung awak, Dia tunjuk siapa tunang awak tu yang sebenarnya. Jangan menangis! Sekarang buang dia jauh-jauh, jangan kita menangis kerana lelaki, siapa yang sepatutnya kita letak dalam hati kita? Allah dan Rasul. Zikir banyak-banyak, buat solat hajat dan berdoalah. Ingatlah, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Saya yakin Allah akan gantikan yang lebih baik untuk awak. Yakinlah"

Ini je admin yang sy nak luahkan. Wallahi, letaklah Allah yang utama, Allah cinta yg utama, kerana Allah tidak akan mengecewakan kita.

– aku yang baru

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *