assalamualaikum. aku ni dah lamaaa dalam uia. lama bukan sebab sambung sampai master phd pun, lama terkandas itu dan ini.
every year ada ja kawan kawan yang convo. sbb aku extend lama gila, aku kena buat kawan baru setiap sem sbb kawan lama dah grad. setiap kali convo, aku mengharapkan ada kawan yg akan call/text aku ajak dtg convo mereka. dah 4 kali convo, setakat ni baru sorang yg betul2 ajak aku dtg. yang lain, sepi. even kawan susah senang jatuh bangun kenyang lapaq sama2 pun sampai harini, nak tanya khabar aku pun tidak. ada jugak aku yg start text dulu tapi takda pun nak ajak dtg convo korang.
kadang2 ada yg dtg uia, aku dapat tahu pun dari twitter diorang, takpun insta. yalah, korang pandai, kerja bagus2 jadi engineer jadi cikgu jadi lawyer jadi executive. aku ni slow, malas, takda standard mcm korang.
terima kasih kawan2 untuk pengalaman manis selama ni. susah senang semua manis bagi aku. aku doakan kalian semua berjaya dunia akhirat. biar lupa kawan, jangan lupa parents korang dah lah.
terima kasih kawan-kawan.
– orang lama