Anak Kita, Didikan Kita

Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin kalau sudi siarkan penulisan saya ini. Semoga bermanfaat.

Izinkan saya namakan diri saya Cik Tulip, sudah 6 bulan berkahwin dan masih belum merancang untuk mempunyai cahaya mata walau umur sudah mencecah 30 tahun.

Alhamdulillah saya suami isteri mempunyai pekerjaan yang stabil, dan hubungan kami juga rapat.

Kenapa masih belum mahu menimang cahaya mata? Kerana impak media sosial.

Saya kerap sangat membaca posting, tweet & luahan kawan-kawan yang sudah berkahwin dan punya anak kecil untuk dijaga. Kepenatan bekerja, kemudian sambung kerja di rumah sebagai seorang isteri dan ibu, ternyata cukup memenatkan.

Ye saya sangat maklum dan faham dengan keadaan ibu-ibu semua. Ada yang suri rumah sepenuh masa, tapi penat yang serupa. Kita siapa untuk mempertikaikan rasa lelah mereka?

Selama ini saya hanya menjadi silent reader membaca luahan kawan-kawan sebagai seorang ibu.

Sehinggalah satu hari saya terbaca posting kawan saya yang ternyata beliau dalam keadaan yang depresi. Ibu kepada 2 anak kecil, satunya baru lahir, wfh dan segalanya atas bahu beliau.

Ada juga diselitkan gambaran seperti suami tidak membantu, ternyata beliau sudah agak lelah.

Dan dalam posting beliau menyatakan, ‘Kenapalah aku ni mak yang gagal, asyik nak marah je, kenapa lah aku tak macam Ha**s Z***kha tu, anak pandai, rumah bersih kemas. Urgh stress lah jadi mak ni’

Buat sahabatku, walau aku belum punya anak, tapi terima lah sedikit kata-kata dari diri ini.

Jangan pernah bandingkan hidup kita dengan orang lain, apatah lagi selebriti yang rata-rata hanya menontonkan yang baik-baik sahaja di media sosial.

Jangan pernah samakan ibu-ibu yang punya 24/7 masa bersama anak-anak di rumah, punya duit, punya helper, yang hanya perlu tumpukan perhatian kepada anak sahaja, bandingkan dengan kita yang bekerjaya namun masih cuba yang terbaik untuk anak-anak kita.

Walau macam mana pun keadaan kita sebagai seorang ibu & isteri, you do you. Kita sentiasa akan buat yang terbaik.

Anak kita lambat bercakap? Takpe, take times. Anak kita tantrum? Takpe, itu tanda dia beremosi. Anak kita comot? Takpe itu tanda dia aktif. Jangan pernah banding hidup kita dengan orang lain. Buat lah apa sahaja yang membahagiakan kita.

Untuk para suami juga, bantu lah isterimu. Kamu wfh, dia juga wfh. Kamu nak pakaian yang bersih, bantulah isterimu membasuh baju. Kamu ingin rumah yang bersih, bersama-samalah membersihkannya.

Isteri itu amanah, harta yang tidak ternilai. Jadikan isterimu wanita yang paling bahagia dengan sentiasa mendengar dan membantu meringankan bebannya dalam menguruskan rumah tangga.

InshaaAllah besar pahala keduanya jika saling menyenangkan dan membahagiakan.

Buat para ibu yang bekerjaya, ibu sepenuh masa, ibu tanpa helper, ibu dibantu helper, tahniah kerana anda sentiasa buat yang terbaik walau apa jua keadaan anda.

Ada masa anda akan marah-marah, ada masa anda rasa sayang sangat pada anak walaupun kadang-kadang meletihkan jiwa dan raga.

Namun ketahui lah, segala penat lelah anda untuk mendidik anak-anak akan Allah balas. Sungguh kalian semua insan yang kuat dan istimewa dalam mendidik anak-anak.

Doakan saya juga apabila sudah punya cahaya mata, untuk kekal ceria dan bersemangat dalam mendidik anak-anak. Marah itu perlu, anda yang lebih tahu segalanya dalam mendidik anak.

Take a break, you deserve me time.

– Cik Tulip (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *