Anak Perempuan Sulung Yang Tersakiti

Salam semua. Dah lama aku baca IIUM Confessions ni tapi tak pernah terdetik nak cerita kisah aku kepada bacaan umum. Mungkin harini harinya lah kot.

Aku anak perempuan sulung dari 3 orang adik beradik. Dua orang adik aku lelaki dan masih kecil tetapi aku sahaja yang sudah matang dan besar.

Gap kami jauh sebab mak lambat dapat anak. Apa apa pun, itu bukan point sebenar cerita aku.

Masa aku membesar, aku anak tunggal. Orang selalu kata anak tunggal adalah anak manja, mesti bahagia je mak ayah fokus dan tatang bagai minyak yang penuh. Mungkin ya, mungkin tidak.

Aku nak cerita pasal ayah aku dan mak ayah aku. Aku tak rasa ini membuka aib kerana orang tak tahu mereka siapa.

Bapak aku seorang yang sangat sangat panas baran. Benda kecik je dia boleh mengamuk sampai sepak benda dan baling barang. Aku membesar dengan sifat panas baran dia.

Dia juga pernah berkasar dengan aku dan mak. Mak akan nangis dan pernah juga mak lari pergi tempat lain bawak aku setiao kali gaduh.

Masa kecik aku tak ada sesiapa. Aku menangis sebab takut. Aku dan mak hidup dalam ketakutan. Takut kat bapak sendiri.

Perkara ni berlanjutan sampai lah sekarang. Lebih 20 tahun mak aku sabar dengan perangai dia.

Sekarang, aku dah besar. Aku dah malas nak layan perangai kebudak-budakan bapak aku yang suka mengamuk tak tentu pasal.

Cuma aku takut dan risau dengan adik adik aku sebab dorang still kecik dan budak budak. Aku taknak dorang lalui apa yang aku lalui masa aku kecik.

Disebabkan aku dah boleh berfikir sekarang, aku rasa macam mak aku patut fikir pasal diri dia sendiri jugak.

Mak aku juga bekerja dan mampu sara kami adik beradik. Aku penat dengan bapak aku. Baru harini dia mengamuk lagi sebab benda kecik.

Adik adik aku dah mula takut dan tahu bila bapak aku mengamuk tak tentu hala. Mereka akan cari aku bila mak ayah aku gaduh or bila dorang kena marah dengan bapak.

Aku sedih tengok dorang macam ni, aku kecewa dengan bapak aku sendiri.

Bukan itu je, aku tak boleh tolak tepi bila mak aku kena marah dengan bapak aku. Aku benci. Aku sakit hati.

Mak aku sensitif orangnya. Dan aku benci tengok mak aku nangis sebab suami dia tengking dia. Aku tak sanggup.

Bapak aku ni lagi satu, dia tak boleh terima anak dia ada penyakit mental.

Aku disahkan ada Major Depressive Disorder dan Anxiety Disorder oleh psychiatrist tahun lepas. Every now and then aku akan ada episodes dan breakdown.

Pernah sekali dia tengking dan jerkah aku sebab aku nangis dalam bilik dan adik aku pergi bagitahu dia.

Itulah mulanya aku rasa benci dekat dia. Dia adalah seorang manusia yang inconsiderate dan kebudak-budakan.

Kadang- kadang aku rasa nak lari rumah masuk kolej atau pergi belajar jauh jauh tapi aku kesian nak tinggal mak aku sorang sorang. Tanpa aku, aku tak tahu apa nasib mak dan adik adik.

Aku penat sangat jadi kakak sulung yang kena hadap semua ni.

Aku buntu dah nak buat apa dengan bapak aku ni. Makin tua makin macam budak kecik dan makin teruk panas barannya.

Kalau reader semua pernah face benda sama, tolong bagi saya suggestion dan opinion anda semua.

Minta anda semua doakan kesejahteraan kami sekeluarga, ya? Terima kasih sudi membaca.

– SA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit