Buat Baik Dibalas Baik

Assalamualaikum & salam sejahtera semua. Terima kasih admin. Saya terbaca confesion ini,

https://iiumc.com/aku-ini-mesin-atm-ke/

Saya nak kongsikan kisah saya… bukan nak riak tetapi sekadar berkongsi pengalaman. Mungkin ada yang boleh dijadikan iktibar.

Bismillah. Saya perempuan.. ada suami, anak2, menantu2 dan cucu2. Hidup saya bahagia… yer bahagia cara saya.

Saya bukan sahaja “mesin ATM” tetapi juga “bank”. Gaji saya tidaklah banyak mana sebab saya pemegang diploma. Suami pula ada ijazah. Kami dua2 kerja kerajaan.

Saya anak sulong. Dari mula kerja, saya bagi ibu RM200 tiap bulan walau pun gaji saya masa tu cuma RM800. Tahun demi tahun gaji saya bertambah, saya tetap bagi ibu RM200. Bila ingat balik, rasa bersalah pun ada. Haha…

Suami saya F, sangat baik tapi tak pernah bagi “duit nafkah”. Eh… macam mana tu…

Saya tak pernah tahu pasal “duit nafkah”. Pada saya bila F sudah mencukupkan segalanya… selesailah nafkah dia untuk saya. F juga tak pernah ambil tahu pasal gaji saya. Lagi pun, saya tak berkira.

Kadang2 nak beli barang dapur saya malas nak minta duit F, guna jer duit saya. Apa tah lagi nak beli keperluan sendiri. Begitu juga bila nak makan luar. Kalau saya rasa nak bayar, saya bayar jer. Selalunya memang F lah yang bayar.

Pinjam meminjam ini bermula bila seorang demi seorang adik saya berkahwin. Sayalah tempat adik2 meminjam.

Satu hari adik pertama saya nak pindah rumah lepas kahwin. Tentu nak pakai duit sebab nak sewa lori bawa barang2 dari pantai timur ke utara tanah air. Dia kata boleh “claim”. Saya bagi la RM600.

Alhamdulillah bila dapat duit claim, dia bayar balik.

Adik kedua pula kahwin. Tinggal di Borneo. Disebabkan rumah sewa dia jauh dari tempat kerja, dia perlukan kereta. Kat sana kereta terpakai murah.

Dia kata ada kawan nak jual kereta cuma RM2.5k jer . Saya faham maksud dia sebab isteri dia mengandung. Nak ulang alik klinik pun susah… kena naik “kereta sapu”. Alahhh… teksi yang tiada permit tu.

Saya pun kirim “money order”. Kena buat kat pejabat pos sebab zaman tu tiada online banking. Sistem dia macam buku ceklah lebih kurang…

Dia kata nak bayar balik bila dapat “claim” pindah ke semenanjung. Saya iyakan sahaja sebab saya pun tidaklah terdesak sangat walau pun duit simpanan semakin kering. Tiga empat tahun jugak la dia tinggal kat sana.

Setahun lepas dia pindah ke mari, saya dapat tahu dia beli rumah. Sebagai kakak tentulah saya gembira. Saya ni jenis yang tak pandai menagih hutang. Tak pandai nak meminta walau pun itu hak saya.

Satu hari sewaktu saya bermalam di rumahnya, isteri dia cakap…

“mujur akak bagi pinjam duit. Lega kami ada kereta. Sebelum pindah ke mari, kereta tu kami jual kat kawan RM3k. Tu yang dia bayar balik hutang akak. Duit pindah pulak kami guna untuk bayar down payment rumah”.

Allahu. Saya rasa isteri dia di tipu. Tahulah saya yang hutang itu tidak akan dibayar. Jauh di sudut hati, saya maafkan serta halalkan segalanya. Lagi pun dia adik saya.

Itu cerita lama. Ketika saya menerima menantu beberapa tahun lepas dia bermalam di rumah saya. Sebelum pulang, dia minta nak pinjam RM400 sebab ada sedikit masalah. Anak2 dia belum ada yang kerja lagi.. Semuanya pandai2… lepasan IPTA belaka.

Saya hulurkan sahaja. Tahun demi tahun berlalu dan seorang demi seorang anaknya mula bekerja. Hebat2 belaka. Tak pernah pun dia menyebut tentang duit yang saya pinjamkan.

Sekali lagi, saya maafkan dan halalkan. Saya… macam biasa. Saya tak pandai menagih sebab tidak terdesak.

Cerita adik ketiga pula. Dia seorang kontraktor kecil2an. Bisnessnya maju sehinggalah dia ditipu rakan kongsinya. Untuk bangkit semula, dia perlukan sedikit modal. Saya pinjamkan RM3k.

Bolehlah dia bermula semula. Dalam masa yang sama, anak dia yang di IPTA minta beli laptop. Dia minta saya RM2k. Saya bagi lagi.

Katanya bila dapat untung bisness nanti dia bayar.

Saya tunggu. Makan tahun juga. Isteri dia sangat baik dengan saya. Boleh kata tiap kali jumpa dia akan minta maaf sebab tak boleh nak bayar hutang saya yang dah RM5k tu.

Itu tak termasuk duit2 dua tiga ratus yang saya pernah kirimkan masa adik saya tiada projek. Setakat ratus2 tu saya cakap siap2 tak payah bayar. Saya halalkan sebab nak beli makan untuk anak2 dia.

Satu hari anak lelaki dia nak kahwin. Duit projek yang dijanjikan belum diterima. Kenduri lagi dua hari. Hantaran tak cukup lagi RM3k.

Siapa lagi yang boleh diharap kalau bukan saya.

Saya pun bagi. Memandangkan hutang lama masih ada, saya cakap kat isteri dia…”akak halalkan yang RM5k itu tetapi yang RM3k ni mesti bayar”. Dia menangis sebab rasa bersalah. Saya kata tak apa sebab saya belum lagi terdesak duit.

Setahun kemudian, dia bayar RM3k. Alhamdulillah.

Tentang adik keempat, urusan pinjaman ini berterusan sehingga kini. Masa dia nak tinggalkan kampung sebab nak memulakan hidup baru di KL, saya hulurkan RM5k. Buat modal berniaga. Dia ni juga kontraktor kecil2an.

Saya tak nampak kemajuan pun. Hidup cukup makan sahaja. Beberapa tahun berlalu, isteri dia mintak pinjam RM2k. Nak berniaga nasi lemak katanya. Saya bagi sebab kasihankan anak2nya yang sedang membesar. Projek yang adik saya dapat pun tak hebat mana.

Empat tahun kemudian mereka ambil keputusan untuk pulang semula ke kampung. Duit saya yang RM7k tu… mati hidup balik pun dia tak kan boleh bayar. Jadi saya buat keputusan untuk maafkan dan halalkan sahaja.

Walau pun anak2 dia dah besar, dah habis sekolah tetapi sesekali isterinya masih meminta duit saya. Tak banyak dalam seratus dua sahaja.

Adik saya… macam biasa. Kadang ada kerja, kadang tiada.

Setiap kali saya bagi, saya cuma kata…”tak payah bayar balik. Akak halalkan dunia akhirat. Doakan akak sihat”.

Sekarang tiada lagi adik2 yang meminjam duit saya. Adik yang keempat itu pun tak selalu. Mungkin dua kali setahun. Itu pun tak banyak.

Saya anggapkan sedekah sahaja.

Lagi pun mereka menetap dikampung. Ibu bapa saya dah lama pergi. Setiap kali teringat kampung, rumah dialah saya singgah bermalam.

Dia layan saya sebaiknya. Ada sebuah bilik khas untuk saya. Selama mana saya di rumahnya, saya tak akan menyusahkan dia. Saya pasti hulurkan duit buat belanja. Tapi senyap2 lah supaya F tak tahu.

Kadang2 bulan puasa, kalau isterinya tak minta duit, saya yang akan sedekah buat belanja raya. Sekarang semua online. Senang. Saya kesian melihat kehidupan mereka kalau nak dibandingkan dengan adik2 yang lain.

Adik2 saya yang pertama, kedua dan ketiga hidup senang… bukan lah kaya tetapi cukup segalanya. Anak2 berjaya dan berkerjaya.

Berbanding dengan kehidupan adik keempat saya. Anak2nya setakat habis spm sahaja. Bukan tujuan saya menghina… tetapi sekadar membandingkan kehidupan mereka. Jangan kecam saya yer…

Untuk makluman pembaca, F tidak pernah tahu yang adik2 saya pinjam duit. Apa tah lagi duit2 yang disedekahkan pada isteri adik keempat saya itu.

Mereka semua pun dah faham. Saya akan ingatkan mereka… jangan bagi tahu sesiapa terutama F. Saya tidak mahu F membenci mereka.

F ni sangat tegas berkaitan bab duit. Pernah sekali adik dia pinjam RM2k. Dia mintak dan terus mintak. Adik dia bayar sikit2 sampai habis.

Sepupu dia juga pernah pinjam RM600. Sampai kesudah tak bayar. Saya kata halalkan jer. F kata entah lah. Kalau lah dia tahu adik2 saya pinjam duit mahu perang dunia ketiga agaknya.

Sekali tu, arwah abah teringin nak pergi umrah. Dia dah pergi haji beberapa tahun sebelumnya.

Diam2 saya masukkan duit dalam tabung haji abah tiap2 bulan. F tak tahu. Masa tu umrah cuma RM3k lebih kurang. Tahun 90an..

Bila dah cukup, saya buat2 cakap kat F… “abah ajak kita gi umrah, nak tak. Tapi kita bayar sendiri la… “. Mujur dia setuju.

Kami pergi berempat termasuk mak tiri saya. Saya pesan awal2 kat mak tiri yang dia kena bayar sendiri. Dia ada duit sebab bekerja. Abah saya dah pencen masa tu. Mak saya dah lama meninggal dunia sebab tu abah kahwin lain.

Saya ingat lagi bila dengar ceramah ustaz tentang duit nafkah. Saya pun bagi tahu kat F… “apa kata abang bagi duit kat saya tiap2 bulan”

Terus F balas, nadanya marah… “eh, duit gaji awak kan ada. Abang tak pernah tanya pun. Makan pakai pun semua cukup kan… kenapa tiba2 cakap pasal duit ni”.

Terus saya diam. Saya malas nak gaduh. Nak berhujah tak pandai. Saya fikir, biarlah itu antara dia dengan Allah.

Sejak itu saya berdoa supaya Allah ampunkan F. Saya halalkan duit nafkah tersebut hingga akhir hayat. Bagi saya F adalah suami terbaik.

F tak tinggal solat dan berjemaah lima waktu. Kerja rumah pun dia rajin buat. Setiap pagi F bangun pukul 5. Dia yang akan kejutkan saya. Sejak dah tua2 ni baru saya pandai bangun sendiri… haha.

Paling best tentang F ni, dia “kaki travel” dan “food hunter”. Kalau setakat makan asam pedas Jalan Joned kat Muar atau patin tempoyak kat Temerloh, kami pergi balik hari sahaja dari KL.

Kalau travel pulak, saya akan plan betul2 dulu. Kira jumlah budget yang diperlukan. Saya akan bayar satu pertiga dari keseluruhan perbelanjaan. Selebihnya F lah. Kalau nak kongsi lebih lanjut tentang ni, kena buat confession lain nampaknya…

Sejak anak bongsu saya berumur tujuh tahun, baru saya aktif travel luar negara ni. Saya nak anak2 semua simpan memori tersebut. Pada saya kalau bawak keluar negara masa kecil, mereka tak akan ingat. Rugi kan.

Setakat ini saya dah menjelajah lebih 30 negara dengan lebih 60 bandar2 utama dunia. Anak2 mungkin kurang sikit sebab kadang2 tak boleh ikut saya, ada hal. Kalau cuti hujung tahun memang saya angkutlah semua anak2 ikut serta.

Masa anak2 sekolah kebangsaan saya pernah ikut F bermesyuarat di Eropah. F duduk dua minggu tetapi saya seminggu sahaja. Anak2 yang sekolah rendah saya tinggalkan rumah adik keempat. Yang lain2 masa tu duduk kolej dah.

Masa usia saya 44 tahun, Allah jemput saya dan F untuk ibadah haji. Masa tu pakej swasta baru RM15.5k sahaja. Hotel sebelah masjidil haram tapi 2 ke 3 star sahaja. Tak ingat dah.

Masa tu awal 2000. Sekarang semua hotel2 tu dah dirobohkan. Ganti dengan hotel 5 star sahaja. Paling best makanan yang disediakan secara buffet. Selera Malaysia sangat. Alhamdulillah.

Tahun lepas saya pergi umrah… kali keempat buat saya dan kali ketiga buat anak2. Seronok sangat rasanya.

Sebaik kerajaan umumkan boleh rentas negara baru2 ini, saya teringat Baitullah. Tak tahu kenapa. Mujurlah bila saya bagi tahu F, dia terus suruh saya cari pakej.

Semasa menulis ini, saya sedang sibuk menyiapkan diri untuk berangkat ke sana. Tak sampai seminggu lagi. Moga Allah mudahkan urusan kami.

Sebab itu saya kata F baik sangat. Saya selalu abaikan benda2 lain yang F tak tunaikan. Biarlah. Bergaduh … ada juga. Selalu saya akan diam sebagai tanda memberontak.

Bila F sedar, dia akan minta maaf dulu. Saya tak pernah minta maaf. Saya ni degil sikit… anak sulung kan… Kadang2 rasa kecil hati dengan F tu biasa lah. Saya marah sekejap, merajuk dan perlahan2 cuba lupakan.

Rumah saya… biasa2 sahaja. Dua tingkat dengan empat bilik. Ada la buat sedikit ubahsuai. Bila saya nak buat kabinet berjenama atau bilik air ala2 kat hotel, F tak bagi. Walau pun saya kata guna duit saya. Tetap dia tak setuju. Membazir katanya.

Saya teringin nak buat porch cantik2… ada kipas angin, ada kolam mini tapi F tak nak. Perabot rumah saya pun apa adanya sahaja.

Tunggulah kerusi2 patah atau sofa rosak teruk, baru boleh beli baru. Saya tak nak gaduh2, saya ikutkan sahaja.

Sebab tu la saya suka travel… tu sahaja benda yang bagi F bukan membazir. Travel ni boleh hilangkan stress kata F.

Kami lebih suka travel tanpa agent… boleh explore sendiri, boleh ikut masa sendiri. Ada juga yang kami pergi dengan agent. Tengok negara la…

Yang paling penting, jauh lebih murah. Biasanya setahun dua kali kami akan ke luar negara… satu yang dekat, satu yang jauh.

Travel dalam negara memang selalulah. Dua tiga kali jugak setahun.

Lupa nak cerita. Rezeki F sangat murah. Dia naik pangkat dari gred 41 terus ke 48. Tanpa melalui gred 44. Sebab dia kerja bahagian penguatkuasaan. Adalah tangkapan hebat yang pernah dia buat masa tu… tak boleh cerita kat sini. Confidential. Maaf yer…

F bersara awal ikut saya. Bos dia cakap, tunggu la dua tiga bulan lagi sebab mereka dalam perancangan nak naikkan F ke gred 54 seterusnya ke jusa C. Tapi F dah nekad.

Pangkat bukan segalanya. Jumlah pencen kami berdua pun RM9k, cukup untuk teruskan kehidupan. Jadi kami dua2 bersara awal.

Dua minggu selepas bersara, staf pejabat dia telefon… “Bigbos cadangkan nama tuan untuk dapat pingat dari sultan. Kalau tuan setuju, kami akan proceed”.

F tolak. Dah la saya ada sebelah dia masa tu. Haaiiisshhh… saya kata terima jer lah. Saya teringin nak masuk istana. F kata nak buat apa, bukan dapat gelaran pun. Bukan dapat duit pun. Biarlah. Begitu lah F saya… orangnya sangat humble. Sangat down to earth. Gituuu..

Pernah sekali tu, kawan2 masjid dia datang rumah beraya. Ramai2. Diorang terkejut tengok kereta besar kami kat porch … “tak tahu pulak ni kereta haji. Selalu lah nampak kereta ni kat tempat kerja isteri haji..”

Bayangkan masa tu dah tiga empat tahun kami beli kereta tu dan kawan2 dia tak tahu. Dia bawa kereta biasa sahaja selalunya. Kereta besar tu untuk jalan jauh.

Masa saya pergi umrah tahun lepas, seorang perempuan dalam usia 40an tanya…”apa amalan akak dapat kemari sampai 5 kali . Saya pun ini kali pertama. Akak doakan saya dapat datang berkali2 macam akak yer”

Saya terkedu dengan soalan tu. Saya tak ada jawapan pun. Saya tak ada amalan khusus.

Saya cuma jawab… “rezeki akak barangkali”.

Entah mengapa saya rasa sebak. Saya rasa Allah bagi segalanya kat saya. Sebelum tidur malam tu, soalan perempuan tersebut terngiang2 dan air mata saya turun tanpa sedar. Alhamdulillah.

Dan hari ini… saya sedang bersiap2 lagi untuk menjadi tetamu Allah buat kali yang keenam. Doakan saya.

Panjang sangat dah cerita saya. Kehidupan saya banyak diduga tetapi saya memilih untuk tidak meceritakan tentangnya secara detail.

Ringkasnya F pernah curang. Saya pernah curang. Kami pernah bercerai. Kata orang jodoh kuat. Rujuk balik. Tu yang bahagia juga akhirnya. Cerita2 tak elok tu biarlah saya simpan sebagai kenangan peribadi. Moga Allah mengampuni kami.

F pernah buat bisness dengan pinjaman modal RM100k. Untung banyak. Bila keluarga F masuk campur, segalanya jadi huru hara. Serabut.

Akhirnya F terpaksa hentikan. Sedeh sangat. Tapi kami dah lupakan hal tu. Dah maafkan mereka.

Dengan izin Allah, semua dugaan yang datang saya terima dan saya hadapinya. Saya berdamai dengan takdir. Harapan saya hanyalah supaya pembaca boleh kaitkan… BUAT BAIK DIBALAS BAIK.

Ada yang pernah ikut confession saya sebelum ini tak? Terima kasih semua. Salam sayang penuh ikhlas dari saya.

– Acik Mah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *