B0yfriendku Ped0

Assalamualaikum, terlebih dahulu aku ingin perkenalkan diri. Nama aku Qalisha (bukan nama sebenar) berumur 27 (2023) aku seorang single mom mempunyai sepasang anak.

Anak perempuan aku, aku yang jaga. Dia berumur lingkungan 2 tahun 9 bulan.

Kisahnya aku berkenalan dengan seorang duda anak satu, perkenalan dari social media yang agak famous sekarang ni.

Perkenalan kami bermula pada tahun 2022 bulan 12. Aku di negeri sembilan dan si dia di wilayah persekutuan.

Awalnya kami cuma kawan sahaja sampai la pada bulan January 2023 aku buat keputusan untuk berkerja di sekitar Kuala Lumpur, katanya dekat jadi senang dia boleh pantau aku.

Dari taman perumahannya ke taman aku lebih kurang 15 minit, tapi kami jarang jumpa. Pada pendapat aku, dia sangat baik, sangat mengambil berat tentang aku dan anakku.

Itu yang membuatkan aku tersuka tanpa sengaja, bulan demi bulan tanpa rasa serba salah dia berkata sebenarnya dia sudah berpunya. Aku terkedu, kenapa sekarang baru nak mengaku? Bila hati dah sayang?

Aku kecewa, aku berhenti kerja. Aku bawa diri ke Johor Bahru, dengan niat supaya aku boleh lupakan semua kenangan kami.

Tapi tiap kali aku duduk sendirian, kenangan dengan dia selalu bermain di fikiran.

2 minggu aku di Johor Bahru, aku memutuskan untuk balik ke Wilayah Persekutuan semula, kerana saat tu aku yakin perasaan aku mulai hilang dan aku tak mengharapkan apa apa.

Chatnya masih disimpan rapi di WhatsApp, gambar, voivenote.

Setelah aku kembali ke Wilayah Persekutuan, aku berkerja semula di sana tapi tempatnya agak jauh. Aku kembali bukan kerana aku masih berharap pada dia, tapi sebab tertentu.

Pada suatu hari, aku terjaga dari mimpi. Aku bermimpi yang dia unblock segala media sosial, tanpa membuang masa aku pun mencari profile media sosial nya untuk kepastian.

Ya! Memang betul dia unblock semua account social media ku.

Aku tersengih sambil berbicara dengan temanku “aku dah agak dia akan kembali, tapi aku dah tak ada rasa sayang”

Kawan ku lalu membalas “bukan itu ke yang awak nak?” aku cuma diam membisu. Di saat hatiku dah merasa tidak lagi ada rasa sayang, sebolehnya dia kembali.

Tak lama kemudian, aku sengaja menghantar mesej kepada dia. Eh! Double tick, aku gelabah.

Kemudian aku menerima reply chat daripada dia, eh (aku tersengih) HAHA. Aku membalas chatnya dengan perasaan yang bercampur baur.

Aku bertekad jika dia kembali cuma mahu menjadi kan aku tempat melepaskan bosannya, aku pun boleh buat benda sama.

Macam biasa, kalau tak ada gaduh itu tak lengkap. Dia merajuk dengan aku sebab aku dah malas nak berjumpa dia. Hampir sebulan berlalu, dia chat aku semula.

Seperti biasa aku tetap layan dengan baik, walaupun yang sebenarnya aku lebih banyak pendam rasa. Jadi dia bercadang bahawa aku berkerja berhampiran rumahnya.

Pada saat itu, aku berbelah bahagi. Kerana, kerja aku pada masa itu sangat lah okay. Kalau orang cakap aku “bodoh” berhenti kerja sebab dia, aku terima.

Sebab perasaan aku pada masa itu, aku akui aku terletak harapan dan rasa sayang pada dia untuk yang kesekian kalinya.

Akhirnya pada saat itu dah tiba, aku pun diterima berkerja di tempat tersebut. Aku rasa bahagia teramat sangat, sampai suatu hari.

Dia berkata “boleh i nak bawak anak you jalan jalan?” Aku pun cakap ok, dari pukul 7 sehingga jam menunjukkan pukul 11.45pm aku mengeluh perlahan kerana dia janji untuk pulang semula anak aku pada waktu isyak.

Kemudian, aku call berkali kali, baru dia hantar balik.

Sampainya anak aku ke pangkuan aku, aku check segala tubuh badannya. Ye walaupun aku percaya, tapi aku tetap check. Aku pelik, kenapa muka anak aku ada kesan seperti merah merah kiri kanan pipinya?

Aku merengus tak puas hati! Sebelum aku serahkan anak aku, anak aku dalam keadaan baik baik je. Aku tangkap gambar, kemudian sent kepada dia. Aku bertanya “kenapa pipi ****?” Dia berkata dia tidak tahu.

Walaupun aku tak perlukan jawapan dia sebenarnya. Aku cuma nak dia jawab apa yang terjadi.

Kemudian dia berkata “mungkin jatuh tadi masa dia bermain” aku cuma mengiyakan saja. Malas nak berdebat panjang. Kemudian kejadian itu berulang lagi untuk kali ke tiga, kali ini kesannya bukan pada muka.

Tapi pada badan hingga ket*ak. Aku mula rasa tak puas hati! Aku nak marah, aku berkata ini bukan kesan jatuh!

Aku menangis tersedu, aku gagal jadi ibu yang baik. Silap aku percayakan dia, padahal niat aku bagi anak ku pada dia cuma untuk mengisi kekosongan anak dia yang lama dia tak jumpa.

Tapi membalasnya sangat aku tak sangka. Selepas daripada kejadian itu aku buat keputusan untuk cari kerja lain, dan menyewa rumah lain.

Buat masa sekarang aku memang sedang cuba jarak kan anak aku dengan dia.

Aku sendiri tengok betapa traumatized anak aku bila nampak dia dari jauh. Ya Allah, ni semua salah aku. Semoga Allah lindungi anak aku.

Sejujurnya sekarang ni perasaan aku masih sama. Tapi di sebabkan perkara b*d*h yang dia buat, membangkitkan rasa traumatized masa lalu ku.

Anak aku cuma 2 tahun 9 bulan, kenapa dia bern4fsu dengan anak akuuuu??!

– Qalisha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *