Tuan Sewa Dari Ner4ka

Hai semua. Terima kasih kepada admin sekiranya menyiarkan confession aku ini.

Biasa kita dengar dan banyak yang kita baca luahan rasa geram dan marah oleh tuan sewa rumah kepada penyewa kan?

Tapi luahan aku ini sebaliknya, aku nak confess pasal tuan sewa rumah aku yang aku rasa macam dari neraka. Teruk sangat kan bunyinya.

Macam ni, aku ni dah menyewa setahun kat rumah sewa ni yang mana kami terpaksa menyewa sementara rumah yang kami beli tu nak siap.

Terpaksa ye, terpaksa.

Suami aku usahakan jugak lah cari rumah sewa yang terbaik buat kami ni. Alhamdulillah dapat lah rumah ni, rumah teres dalam taman.

Rumah homestay tapi tuan rumah bagi kami sewa sebab masa tu zaman PKP yang mana bisnes homestay memang ke laut dek kerana orang tak boleh merentas negeri untuk bercuti.

Boleh lah kalau nak bagitahu yang kami ni penyewa yang amanah. Sewa rumah teres RM550 tak pernah lewat pun suami aku bayar tiap tiap bulan.

Bil² semua kami jelaskan dengan baik. Peralatan, barang barang dalam rumah semua kami jaga elok².

Awal awal dah pesan pada anak yang kecik, tolong jangan conteng dinding, sebab ni rumah orang.

Alhamdulillah, anak mendengar kata. TV rumah homestay yang disediakan pun kami tak guna sebab kami guna tv kami sendiri.

Mesin basuh pun kami bawak masuk mesin basuh lain. Mesin basuh dia yang rosak tu, kami repair sebelum kami keluar rumah tu.

Rumah tu kami bersihkan sampai berkilat dari dapur sampai ke ruamg tamu, elok kami tinggalkan. Even, sarung sofa yang pattern lama tu pun aku belikan set yang baru untuk ganti.

Kalau ada masalah elektrik, suami aku yang akan panggil wireman untuk repair dengan kos bil suami aku bayar sendiri.

Peralatan dapur yang tuan rumah tu punya pun aku letak semula tempatnya sebagaimana yang kami mula mula masuk dulu.

Senang kata, memang kami cuba jadi penyewa yang terbaik dek kerana sifat amanah itu lah.

Tapi, yang menyedihkan hati aku, bila mana setahun lalu kami pulangkan kunci pada tuan rumah dengan keadaan rumah yang berkilat, tanpa hutang sewa dan bil yang tertunggak,

Boleh si tuan sewa ni langsung tak hargai usaha kami suami isteri malah tak ada cakap TERIMA KASIH??!!

Sedih hati aku (lebih kepada bengang) dengan reaksi tuan rumah tadi. Panas betul hati aku. Macam ni punya jenis manusia pun ada,kan.

Ok lah, setahun berlalu.. Hari ni sekali lagi aku rasa sakit hati kat bekas tuan rumah sewa ni bila mana suami aku saja bertanya, kebetulan jumpa tuan rumah ni mengenai rumah sewa yang kami pernah sewa setahun lalu.

Dia punya respon, tak nak dah bagi sewa kat orang, sebab banyak rosak katanya..

Banyak barang rosak?? Nasib baik lah suami aku yang bersembang dengan bekas tuan rumah sewa tu, so suami aku yang cool ni, diam tak respon apa la.. Malas nak panjang cerita.

Ishh, kalau aku la, aku nak je tanya, apa barang yang banyak rosak tu?? Cuba bagitahu. Geram pulak aku dengan orang yang macam tu.

Bila aku baca atau dengar tentang cerita tentang penyewa dari neraka, terdetik dekat hati kecik aku yang “jahat” ni, biar bekas tuan rumah sewa aku tu Allah takdirkan dia dapat penyewa teruk,

Yang betul² buat rumah dia rosak, yang tak bertanggungjawab, baru la dia tu erti bersyukur sebab dapat penyewa rumah yang baik dan amanah macam kami.

Tapi, tu lah, rezeki tu semua Allah yang tentukan.

Itulah, sekadar luahan hati aku petang ni. Aku harap lepas ni suami aku dan kami sekeluarga tak ada lah apa² kaitan lagi dengan bekas tuan rumah sewa kali yang tak reti bersyukur ini.

Sekian, luahan hatiku.

– Zizi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *