Baby Boy

Assalammualaikum. Thanks admin kalau disiarkan. Saya pun tak tahu nak mula dari mana. Saya baru terima perkhabaran yang ipar saya telah selamat bersalin anak kedua baby girl.

Alhamdulillah sepasang sudah. Anak pertamanya lelaki. Semua ucap tahniah kepadanya termasuk saya.

Penuh je dalam wasap group ucapan tahniah dan selamat berpantang. Apapun saya dan suami tumpang bahagia untuknya.

Tapi secara tak langsung memberi kesan di hati saya. Saya mempunyai 4 anak perempuan. Comel dan cantik. Mungkin bonus dan rezeki bagi saya memiliki anak perempuan yang elok paras rupa.

Syukur alhamdulillah. Tapi tak dinafikan bila semua anak perempuan isunya pulak adalah bila lagi nak dapat anak lelaki? Persoalan tu seringkali disoalkan tanpa mengira perasaan saya.

Kalau saya boleh menentukan jantina anak mungkin saya dah ada anak lelaki sebelum ini..

Tapi manakan kan dapat sebab bukan kerja saya untuk menentukannya. Hanya Allah swt yang mengetahuinya akan setiap ciptaanNya. Bukan manusia.

Masih wujud manusia-manusia yang jahil hatinya mempersoalkan kerja Tuhan. Apakah kurangnya kami atau lebihnya kamu di sisi Tuhan jika kamu ada anak lelaki?

Apa pahala kamu lebih disisi Tuhan? Adakah bila kamu ada anak lelaki kamu layak ke syurga tanpa hisab?

Sama kesnya juga bila semua ada anak lelaki, disoalkan pulak bila lagi nak dapat anak perempuan? Hebat betul diorang ini. Tak reti nak bersyukur..

Salah silap kehidupan orang juga dicari.. Padahal tak ada salahnya. Bahagia je.

Tapi sebab tak ada anak lelaki jadi isu dalam sesebuah keluarga. Tak ada anak perempuan jadi isu dalam sesebuah keluarga. Apalagi yang tak ada anak. Lagilah jadi isu besar. .

Tak ada anak bising. Ada anak seorang pun bising. Anak ada semua lelaki ke semua perempuan pun bising. Bila ada anak sepasang pun bising juga. Sebab bila lagi nak tambahnya. Pulak..

Oh manusia-manusia pangkat datuk nenek ibu ayah bapa mertua mak mertua ipar duai biras-biras pakcik makcik kakak abang para sahabat dan jiran-jiran, kamu bernafas pun dengan ihsan kasih sayang Allah SWT tau..

Jangan lupa. Mungkin kamu berbangga dengan apa yang kamu ada dan kamu miliki tapi itu bukan tiket untuk pahala kamu berlipat ganda. Tapi dosa kamu berganda-ganda tanpa sedar.

Walaupun hanya gurauan, orang yang terasa menyimpan di lubuk hati yang dalam. Alhamdulillah kalau sehingga akhir nafas kamu dia memaafkan.

Jika tak dapat memaafkan ruginya kamu berhutang maaf dengannya.

Bayangkan kamu berjumpa bersembang dengan orang tu tapi dia masih ingat tatkala kamu pernah mempersoalkan zuriat kepadanya.

Mungkin kamu tak rasa apa-apa. Tapi perkara itu ada sesetengah orang tak akan melupakan sebab dah sebati dalam hatinya. Dan dia akan ingat sampai bila-bila.

Maaf ya pembaca jika ada ayat saya kurang menyenangkan. Sebab tu saya luah kat sini tolonglah ambil kesedaran.

Zuriat ni bukan kita yang tentukan. Tak payah kita sibuk-sibuk tanya bila nak dapat anak lelaki.. bila nak dapat anak perempuan.. bila nak ada anak.. Setiap pasangan ada usahanya.

Gigihnya mereka berusaha kita tak akan tahu. Banyaknya doa dan sujud mereka untuk nak dapat anak pun kita tak akan tahu.

Semua pasangan pun teringin sangat nak ada anak dan semua keluarga pun berharap sangat kita dapat beri zuriat. Tapi sabar, sabar dan sabar…

Jika Allah SWT beri.. Dia akan beri juga lambat atau cepat. Rezeki masing-masing cepat ke lambat ke anak perempuan ke lelaki ke. Jangan tak reti bersyukur..

Terus kita judge pasangan tu ada masalah nak dapatkan anak. Tapi sebenarnya manusia-manusia sebegini yang bermasalah.

Hatinya tak bersih. Hitam. Berdaki. Dah tua nak nyanyuk pun hari-hari tanya zuriat orang. Mana yang berakal yang tahu berfikir baik buruk pun..sibuk juga bertanya.

Makin bertambah maju moden dunia..pemikiran masih mundur semundurnya. Memang tak salah bertanya. Tapi kalau dah berpuluh kali beratus kali bertanya jadi perit bila mendengar.

Tak selesa pulakkan si Tuan badan. Dan paling penting membuatkan dirinya terasa, tersinggung ntah untuk ke berapa kalinya. Mungkin ada yang tak kisah kalau disoal setiap kali. Tapi saya kisah. Teramat kisah.

Minta maaf pada sesiapa yang terasa. Kalau ada terasa, kamulah manusia-manusia tu yang mempersoalkan zuriat pasangan yang lain.

Sedih mengenang diri kamu.. padahal kamu juga memiliki kekurangan dalam kehidupan kamu.

Dan kamilah yang memiliki kelebihan dalam kehidupan kami. Walaupun kami yang hanya ada anak perempuan.

In Shaa Allah akan ada lelaki-lelaki yang mulia hatinya yang akan mengusung keranda-keranda kami bila tiada nanti..

Akhir kata, sama-sama kita muhasabah diri. Perbaiki diri. Hiasi peribadi. Terima kasih pada yang membaca. Minta maaf. Bye.

– Rama-Rama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit