Dilemma Seorang Lela Manja

Hi, Assalamualaikum Semua. Nama aku Lela Manja (Bukan Nama Sebenar). Aku bakal mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini.

Alhamdulillah aku dikurniakan seorang tunang yang sangat baik dan tak pernah tinggikan suara dengan aku selama 7 tahun kami berkawan.

Kami berkawan dari zaman belajar. Tak dinafikan dia seorang yang baik cuma dia ada satu sifat lembab dia yang kadang aku tak boleh nak tolak ansur.

Tunang aku bekerja biasa biasa sahaja di ibu kota, dan aku juga kerja biasa biasa. Selama 5 tahun dia bekerja dia sangat struggle kerja double shift untuk kumpul duit untuk menghalalkan aku.

Nak dijadikan cerita dia kena unpaid leave dari bulan 5 kerana covid-19.

Dan sekarang dia balik ke kampung tolong bapa dia berkebun sementara dia mencari kerja. Banyak kerja dia mohon tapi masih belum sampai rezeki dia.

Tapi selama aku kenal dia seorang yang rajin.

Selama dia di unpaid leave kan dia tak pernah mintak duit dan mintak pertolongan aku walaupun sesen walaupun dia tahu aku bekerja seperti biasa kerana syarikat aku tidak terjejas sangat dengan covid.

Cuma lately ni aku macam banyak persoalan dalam kepala aku, tiada usahakah dia untuk mencari kerja lain? Kenapa dia nak duduk dikampung. Kenapa itu kenapa ini. Macam macam persoalan.

Kadang aku menganggap pilihan aku salah kerana dapat bakal suami yang kerja tak stabil. Kadang kadang aku fikir adakah ini dugaan aku di alam pertunangn untuk menguji aku.

Betullah orang kata ujian dalam tempoh bertunang ini sangat menguji. Bagi aku, aku tak diuji seperti orang lain yang pertunangan nya di uji dengan orang ketiga.

Mungkin ini bahagian aku. Walauapapun perasaan aku kepada dia masih utuh, Setiaku masih disisi.

Pernah kami gaduh aku pertikaikan pasal kerja dia, dia cakap tak sanggup ke nak susah senang dengan dia. Aku sanggup, tapi kadang perasaan bercampur baur. Banyak sangat persoalan yang bermain difikiranku.

Banyak aku fikirkan especially kehidupan kami lepas kahwin nanti. Berapa lama kami kena PJJ. Dah lah bercinta kami PJJ sorang di ibu kota sorang di utara.

Kalau dia masih belum bekerja sampai kami kahwin macam mana dia nak tanggung kehidupan aku. Masa berjalan dan beberapa bulan lagi kami akan diijabkabulkan.

Aku hanya mampu berdoa kepada Allah semoga Allah mewahkan rezeki kami dan dipermudahkan urusan tunangku untuk mendapat pekerjaan tetap.

Mohon pembaca semua doakan aku, tunangku dan mereka yang kehilangan punca rezeki dimurahkan rezeki dan mendapat pekerjaan lain. Aamiinnnn ya rabb.

Aku juga tak pernah bercerita dengan orang tua ku tentang keadaan pekerjaan tunangku risau mereka bimbang dan halang perkahwinan kami.

Tapi alhamdulillah ibu bapa aku bukanlah mereka yang memandang harta dan wang ringgit yang berjuta, cukuplah rajin dan bertanggungjawab yang mampu tanggung aku.

Berbincang hal berkaitan majlis juga ibu bapa ku sarankan buat majlis yang termampu, nikah sahaja sudah memadai sebab duit lebihan boleh buat untuk kehidupan lepas kahwin.

Tapi apa yang membimbangkan aku adalah adakah lepas berkahwin kalau dia masih tak mendapat pekerjaan dan aku ke yang akan menanggung dia?

Inilah yang buat aku dilemma dengan hubungan ini. Mohon pembaca doakan aku kuat untuk hari mendatang dan mohon doakan tunang mendapat pekerjaan yang stabil.

Btw, dua hari lepas dia baru dapat panggilan interview, harapan aku dia dapat kerja tersebut walaupun kerja biasa biasa. Tunangku tidak memilih kerja, cuma aku rasakan rezeki dia belum sampai.

Mohon doakan juga majlis pernikahan ku berjalan dengan lancar dan diberkati Allah.

Terima Kasih Sudi Baca.

Yang benar,

– Lela Manja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *