Ibu bapa Tidak Mendidik

Assamualaikum semua. Saya nak ceritakan kisah hidup suka duka saya. Saya 12 orang adik beradik, hanya 3 orang perempuan, yang lain semua lelaki.

Saya dibesarkan bersama adik beradik tanpa perhatian dan kasih sayang ibu bapa. Ibu bapa sekadar membuat anak dan lahirkan anak, anak-anak terabai tanpa didikan agama..

Saya nombor 4 dari 12 beradik, mak saya berkahwin dengan ayah saya diusia yang muda, mak saya berumur 14 tahun dan ayah saya 28, mak beranak 1 tahun seorang.

Kehidupan mak saya lepas berkahwin dengan ayah saya boleh dikatakan mewah, sebabnya ibu dan bapa ayah saya orang yang senang.

Ibu dan bapanya haji dan hajah, tapi ayah saya seorang yang berpewatakan lembut. Lepas berkahwin dia boleh melukis baju untuk dihantar pada tukang jahit untuk mak saya, menyolek mak saya, membeli barang kemas yang banyak untuk mak saya..

Kehidupan kami mula berubah selepas kematian datuk saya, iaitu bapa kepada ayah saya, masa itu saya masih kecil.

Saya ingat semasa saya darjah tiga, ayah mengajak saya tidur pada lengan nya, lalu dia meramas payudara saya, masa tu saya masih kanak kanak yang tak perkara itu salah.

Selepas malam tersebut berlalu, pernah pagi beberapa hari lepas itu terasa kemaluan saya sakit yang amat, tapi saya tidak pasti dengan perkara itu..

Selepas saya darjah lima, ayah kerja keluar negeri, dekat sana la mulanya perubahan kehidupan kami sampai sekarang.

Semasa ayah kerja kesana, Mak ada la jarang jarang ke sana meninggal kan saya dan adik saya untuk dijaga abang saya.

Abang saya yang nombor tiga pernah untuk mencabul saya dan adik saya. Adik saya pernah ceritakan pada mak saya ketika dia pulang, tapi mak tidak percaya, malah menuduh adik mereka cerita..

Selepas beberapa tahun ayah berada luar negeri, dia mula lalai dengan tanggungjawab mengirim duit, bertahun tahun tidak kirim duit.

Kami adik beradik yang ramai ni, bila inginkan sesuatu hanya tahu mencuri, duit nenek kami pun kami curi, kami tidak di didik dengan ajaran agama, ayah dan ibu kami tidak pernah mengajar kami untuk solat, malah mereka sendiri tidak solat..

Sekarang ayah sudah meninggal, sebelum ayah meninggal mak langsung tidak pedulikan ayah, ayah ni semasa diluar negeri ada bermain dengan sesama jenis, mungkin dia rasa dikhianati.

Sebelum ayah meninggal, ayah sakit dan tak mampu berjalan, mak curang dengan budak yang sama usia dengan anaknya, bila budak tu dah keluar negeri dia curang pulak dengan mertua anak dia sendiri..

Saya sendiri pun hidup sedih sepanjang masa mengenangkan zaman kanak kanak dan dewasa begini, sebelum pada kematian ayah saya.

Dia dah sah bercerai dengan ayah saya, selepas beberapa bulan bercerai, ayah meninggal dunia, mak yang berada dikampung kembali ke sini untuk mengurus kematian ayah saya.

Dia mengambil semua duit yang orang sedekahkan untuk ayah dan duit khairat kematiannya, beribu juga jumlah nya..

Selepas itu dia ada membuat tuntukan pencen, mengatakan bahawa dia masih isteri (borang cerai masih belum keluar).

Saya nak tanya salahkan saya menasihati ibu saya tentang duit yang dia ambil dan tidak mahu mengadakan majlis tahlil ayah saya dengan duit yang orang bagi tu…

Dan saya ada menasihati dia tentang lelaki yang dia curang itu… Dia menyumpah saya macam macam…. Anak derhaka kah saya??? Duit yang orang sedekah kan itu memang tak perlu ke untuk tahlil arwah atau untuk disedekahkan untuk arwah?

Seumur hidup saya dihabiskan dengan rasa sedih dengan kehidupan begini, dengan ayah boleh dikatakan derhaka sebab saya menasihati dia tentang perbuatan dia, dengan mak pun sama, salahkan saya sebagai anak menegur?

Dia sama sama mengungkit mengatakan saya anak yang tidak baik, sedangkan kami dari kecil tidak di didik dengan ajaran yang betul, salah kami ke sebagai anak?

Maaf kalau tulisan saya ini penjang dan bercelaru, saya tidak pandai mengarang cerita, sekolah pun tidak habis..

– Wani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *