Bahana Fitnah

Ceritanya, aku baru baca sepenuhnya tentang isu saman seorang rakyat biasa pada seorang berpangkat dalam masyarakat.

Isunya isu fitnah. Saman kerana si berpangkat pernah naikkan posting facebook berunsur fitnah, imaginasi liar dan berunsur penipuan sekitar tahun 2018.

Posting yang buatkan hidup orang yang difitnah tu hancur. Dimalukan, diaibkan, rasa terhina, hilang kawan, disisihkan dan lain-lain.

Sedangkan waktu yang sama si penfitnah mungkin sedang berseronok dengan kesibukannya dan dah lupa akan apa yang pernah dia buat.

Oh, ya. Si pemfitnah ni orang yang terkenal dalam masyarakat. Ada masuk tv beberapa kali. Ada ramai penyokong di media sosial kerana statusnya yang tinggi, berjawatan dan banyak memberi info dalam masyarakat.

Seronok ke ramai penyokong?

Mestilah best, sebab benda tu akan membutakan lagi pemfitnah daripada kebenaran. Menyangka diri sentiasa di jalan yang betul. Walhal kalau dia nak muhasabah diri, lambat laun dia akan sedar, apa yang dia buat itu tetap salah.

Bacalah alasan penghakiman tanpa rasa keegoan, nescaya akan nampak siapa yang difitnah, siapa yang memfitnah.

Dikelilingi followers dan likers yang ramai, bukan indikasi bahawa fitnah dibenarkan.

Beremosi manapun kamu waktu tu, bukan tiket untuk menulis posting berunsur fitnah dan mencemar maruah orang lain yang ‘biasa-biasa’ sesuka hati.

Setinggi manapun pangkat kamu dalam masyarakat, bukan alasan untuk mencerca, memerli dan beramai-ramai (bersama konco2) menghurung gelaran buruk pada orang lain.

Keputusan penghakiman tentang kes itu telah habis aku baca. Dan aku juga turut berpuas hati dengan keputusan hakim. Suatu ulasan yang tuntas dan menyeluruh.

Pihak defendan (yang memfitnah) perlu bayar sejumlah angka yang agak besar (lebih seratus ribu) pada plaintif (yang difitnah).

Jika tak bayar, bersedialah untuk hadapi risiko kesan yang lebih buruk, mungkin melibatkan lesen atau status mulia dia dalam masyarakat.

Sesiapa yang tak baca fail penghakiman tu hingga habis, usahlah sibuk nak beri ulasan, kau tak tahu isu. Lebih baik diam dari membodohkan diri sendiri.

Aku belajar dari isu ini (yang aku follow sejak 2018 lagi), bahawa fitnah ni sangat dahsyat kesannya pada yang difitnah.

Sekalipun keluar keputusan mahkamah memenangkan plaintif, persepsi buruk (digelar pembunuh) dalam masyarakat tak akan dapat sepenuhnya dibuang.

Orang yang difitnah akan terus hidup dalam persepsi buruk segelintir masyarakat yang malas membaca apatah lagi mencari kebenaran, dan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja.

Tetapi Rezeki pada yang difitnah, mereka ada suatu janji dari Tuhan. Doa orang yang dizalimi. Doa mereka sangat mustajab. Siri-siri kegembiraan akan menyusul setelah bertahun tahun ditimpa musibah besar itu.

Dunia ni macam roda, ia berputar. Yang dihina tak akan selamanya terhina, yang mulia tak selamanya disanjung. Akan ada pergiliran.

Aku boleh bayangkan banyaknya tangisan apabila diri yang difitnah dihina-hina sebegitu rupa oleh mereka yang berpangkat tinggi itu.

Aku yang memerhati dari jauh pun terasa kasian, dan berharap lambat laun kebenaran akan terdedah, bila tiba masanya.

Orang yang memfitnah pula, bergembiralah selagi masih ada waktu. Carilah seribu alasan sekalipun nak membenarkan perbuatan tu, tapi ingatlah fitnah tetap fitnah.

Jauh di sudut hati kamu akan sedar bahawa perbuatan tu salah, walaupun kamu beri seribu justifikasi. Orang begini (jika masih ego dan tak menyesali perbuatan mereka) bukan sahaja muflis di akhirat, malah akan disusahkan sejak di dunia lagi.

Permohonan maaf pun sudah ego nak dibuat, apatah lagi nak menyesali tindakan sendiri.

Jujurnya aku agak kasian dengan keluarga dan followers buta si pemfitnah. Takde siapa ke nak sudi nak nasihatkan dia dan konco konconya agar bertaubat dan menurunkan sikit egonya tu?

Kebenaran akan selalu memihak pada yang betul, walau pun tak ramai penyokong. Aku percaya, jika kau betul2 nak cari kebenaran, kau akan temui.

Tapi jika kau dah ikat mati jadi follower setia si pemfitnah, kau akan hentam jer orang yang sokong plaintif , sebabnya kau dah dibutakan dengan membaca/ mendengar dari sebelah pihak aje.

Aku menulis sebab aku rasa valid untuk tulis. Kalau kau tak setuju terpulanglah. Bukan susah pun nak scroll down kan. Tak perlu membazir masa nak baca.

Aku menulis bukan untuk kau tapi untuk orang yang nak tengok kebenaran. Bukan untuk orang yang selalu nak menangkan orang yang berjawatan dalam masyarakat sahaja.

Sekian…

– QS (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *