Netizen Munafik Penunggang Agama

Assalamualaikum semua. Aku dah pernah tulis benda lebih kurang dulu tapi lepas aku tengok komen2 dekat satu video tentang BTS, aku rasa nak counter la sikit. Speaker tu cuma explain kenapa BTS famous dan perjalanan diorang sebagai artis kpop saja.

Tak tentang2 speaker tu kena kecam, sindir. Apa salah dia buat? Kalian nilai la sendiri. Kutukan, hinaan disulami petikan dalil2 oleh so-called pendakwah ekspres.

Lepas komen tu confirm rasa diri holier than thou dan bakal ahli syurga saja masing2. Memang pure ajaran Islam la sangat kononnya merendah-rendahkan dan memperlekehkan orang lain tu kan.

Kenapa aku cakap netizen2 sedemikian tu munafik? Sebabnya isu yang diorang timbulkan tu tak make sense dan boleh saja diaplikasikan dekat pelbagai lagi bentuk hiburan selain Korea, Kpop ni. Aku bagi contoh seperti berikut :

1. “Daripada hafal dan dengar lagu kpop baik hafal nama malaikat dengar kuliah agama”

– Kenapa nak sibuk dengan cara orang lain spend masa?

– Macam mana tau dia takde ilmu tentang malaikat whatsoever dan dia tak dengar ceramah agama?

– Kenapa komen macam ni tak muncul bila orang cakap tentang game, bola, politik? Pentaksub2 kemain lagi hafal nama pemain bola, nama stadium, segala fakta berkaitan yang langsung tak berguna.

Pemain bola tu semua tak kenal korang jugak kan? Takde pun nak suruh pergi masjid tadah kitab ke? #MUNAFIK

2. “Nanti dah tua ada anak korang rasa bodoh sangat beria minat benda2 macam ni takde masa nak layan”

– Kenapa sibuk sangat dengan minat orang lain?

– Berapa ramai bapak2 keluar melepak malam2 pagi2 tengok bola? Takde pulak nak fikir menyesal ke tak minat bola? #MUNAFIK (thanks to PKP kurang sikit kes camni sementara ni)

3. “Peminat KPOP ni taksub sangat artis meninggal pergi bakar lilin syirik tu”

– Insiden ni berkait dengan kematian Jong-Hyun hampir 4 tahun lepas. Langsung takde kena mengena dengan BTS atau ARMY.

Tapi ia sering dimainkan sebagai naratif dikalangan netizen yang munafik ni.

– Minat yang sama tak bermaksud setuju andai perbuatan tu salah. Siapa kita nak tentukan iman orang lain dan syirik?

Diorang yang bakar lilin tu pun kalau bertaubat lebih baik dari korang yang munafik.

– Analoginya ada footballer yang gay, maksudnya semua fans bola yang taksub ni gay la kan? Mestila tak melainkan korang memang gay.

Kenapa aku banyak bagi contoh tentang bola? Sebab ramai yang #MUNAFIK ni LELAKI. Faktanya ialah, pengaruh dan obses terhadap bola adalah PALING TERUK. Musim piala dunia ada yang sanggup berjaga malam sampai terlepas subuh.

Kalau match malam, lepas asar dah pergi stadium bawak banner pakai rambut palsu cat muka macam terencat pastu maghrib entah solat ke tak.

Masa match tu bersorak macam beruk tapi nak mengata kpoppers. Takde jadi isu pun tentang taksub macam yang dibuat bila tentang kpop.

Walhal toxic kpoppers tu segelintir saja. Sebab? Taksub dekat bola ni dah dinormalisasikan walhal ia jauh lebih teruk. Bagus jugak PKP kurang sikit kelibat terencat2 ni. Selain bola? Game, anime pun sama ramai taksub .

Netizen2 #MUNAFIK ni kerap guna hujah dan dalil agama. Tapi mana perginya semua tu tatkala korang layan hiburan Melayu sendiri?

Bersentuhan sesama ajnabi dalam drama, dengar lagu penyanyi perempuan, pelakon free hair semua tak jadi isu pun. Belum lagi hiburan Barat.

Sekarang ni semua layan Netflix kan tengok cerita US, Spain ke. Mustahil semua baik2 skip babak2 dewasa dan kissing semua. But again takde pun netizen #MUNAFIK ni menyalak. Reason yang sama dengan bola tadi – NORMALISASI.

But then aku tau sajar yang munafik2 ni semua tujuan dia adalah untuk menyakiti disamping nak perasan diri lebih baik dari orang lain sebab insecure dengan dosa masing2 yang menggunung.

Kalau betul ikhlas caring tentang iman orang kononnya bukan dengan cara kecam dan menyindir. Sedarla sikit ketaksuban dan dosa korang jauh lagi parah.

Tengok para alim ulama ada ke menegur macam korang. Diorang ilmu jauh lebih banyak pun tak poyo dan gelabah nak hukum orang.

Setuju dan suka atau tak, huraian aku semua fakta.

Mungkin ada yang akan kata penulisan aku macam budak2 tapi percayalah tak ada guna jadi dewasa sangat konon tapi perangai kalah tadika tak puas hati dengan kpoppers. Hujah aku pun lagi matang dan make sense. Sila triggered bagi yang berkenaan.

Nak taubat pun masih sempat yela dah malukan dan cemarkan nama agama dan bangsa sendiri kan sebab hipokrit.

Tanyala member non-muslim (kalau ada) diorang suka tak kalau kena “dakwah” macam tu. Pesanan aku berubah la dan tanggalkan topeng korang tu. Berhenti kotorkan bangsa Melayu dan agama Islam.

Apapun aku puas dapat menaip. Thank you admin kalau publish. Annyeong.

– Proud Army (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *