bajrangi bhaijan : ibrah to ponder?

petang tadi ramai yang post story bajrangi bhaijan kan. tapi tu laa, tv3 kan ‘kaya’ dengan iklan…dengan cut-nya lahai. mujur da pernah tengok time beraya kat rumah saudara. suka nak tengok berkali kali, tak puas.
and, ramai la judge pasal tuhan, agama segala. well.

for me, one the issue in this movie is, that child shahida, with her disabilities, that is bisu. but at the end of this movie, she can speak kan.

cuba. cuba fikir, selami people yang with any disabilities ni.
contoh dalam movie ni, time shahida jatuh dan sangkut, she cant yell for help. bila train gerak, she realize it and dia kejar. when she lost, people asking for her details, still she cant answer it. time kat hotel, still she cant do anything. apa apa pun, dia just boleh guna isyarat.

tu movie. tu endingnya dia dapat jumpa ibu bapa, keluarga dia semula dan dia boleh mula bercakap.

ever imagine tak, how hard it was for her? for someone like her. in this movie, yes, that bhaijan baik sanggup buat apa apa je untuk nak hantar semula dia ke rumah kan. in reality, kita takkan tahu apa nasib orang yang bisu sebegini. lagi lagi yang kanak kanak. ni baru bisu. belum lagi kes yang pekak, atau yang buta.

they all are very special, masyaAllah tabarakAllah.
saya berpeluang kerja kat pusat pemulihan dalam komuniti untuk orang yang kecacatannya buta.
kat sana, seminggu je kerja tapi ibrahnya ya Allah. memang insaf. yang tak dilahirkan sempurna fizikal mereka, it is not easy. serious. trainer yang lain share kat saya, mereka lahir kat dunia ni, pendengaran dengan sentuhan je la mereka punya pergantungan. percakapan, bila perlu. bayangkan, dia lahir, tak pernah tengok apa apa, taktahu apa. even dorang nak bernafas pun, dorang taktahu macam mana nak tarik nafas dan hembus nafas. kita as cikgu la kena ajar. ajar segala galanya. everything. dan, they are hyper. kadang dorang taktahu macam mana nak behave. mereka akan bergerak gerak, tangan berayun ayun. nak explore yang mana kadang akan mendatangkan bahaya. kita la kena tengokkan mereka.

saya ditugaskan jaga stephanie. and she is ahli syurga masyaAllah tabarakAllah. total disabilities. buta, pekak dan bisu. masa saya jumpa stephanie, saya tergamam. ya Allah, ada jugak makhlukMu yang seperti ini. bayangkan dia tak boleh melihat, tak boleh mendengar dan tak boleh bercakap sama sekali. masa saya bercakap cakap dengan ibunya pun, saya cuba selami hati seorang ibu bagaimana perasaannya hati si ibu ayah. risaunya nanti setelah pemergian bagaimana dengan anak istimewa ini. tapi macam stephanie, well she is older that me, masa tu saya 24, dia 26 ke 27 macam tu. time lunch, saya risau la jugak macam mana dia nak makan nanti lagi lagi tengok makanan dia berlaukkan ikan. da habis makan, punya la bersih bekal makanan dia, satu butir nasi pun takde. ada tulang ikan je. masyaAllah. hidup hamba Allah ini, bergantung kepada sentuhan sahaja semata mata. ever imagine how hard it was kalau she is alone, dalam kesusahan? Allahu Allah..

one more, shazwani. umur belasan gitu. suka menari hehe hyper. cepat rasa takut dengan benda yang baru. i still remember first time saya datang kat dia, saya pegang tangan dia, saya sebut nama dia shazwani, dia diam dan kelihatan takut. dia masih dalam proses pembelajaran jadi still belajar la kan. ada time, trainer bertugas ambil dia. rupanya untuk tukar pampers. saya terkejut, ye la kan da belasan ingatkan da boleh sendiri, tapi still take time. first time saya didedahkan dengan perkara seperti ini kan. lepas tu saya tanya, kalau kat rumah macam mana? kata trainer tu, dia tinggal dengan pakcik, pakcik dia ada. saya taktahu la pakcik dia sorang ke atau berkeluarga, saya pun tak tanya dengan lebih lanjut. kalau pakciknya insan yang baik baik, alhamdulillah. kalau yang bernafsukan serakah? ya Allah, i cannot imagine that. nauzubillah min zalik.. budak yang sedang membesar dalam umur remaja pun kalau kehilangan ibu ke kita kadang tertanya siapa yang akan ajar dia hal ehwal kewanitaan haid semua tu. ni yang macam ni?

saya teringat. dulu masa saya kerja sebagai part time sambilan di jabatan kebajikan masyarakat, bahagian warga tua dan keluarga. salah satunya ialah akta wanita hamil luar nikah. masa tolong pegawai buka file, kena list report, pemeriksaan kesihatan dll, saya sangat sangat helpless dalam satu situasi saya tak ingat sama ada mangsa tu pekak sahaja ataupun pekak dan bisu tetapi dia adalah mangsa rogol, astaghfirullah al azim. ni golongan yang pekak, yang mampu melihat, at least. dapat nak cuba melawan tapi masih jadi mangsa. yang buta? ya Allah..

ada jadual lain, kami kena bawa mereka berjalan. belajar guna tongkat dll berkaitan. saya pernah saja cuba nak pimpin seorang teen ni, tapi sebaliknya dia yang pegang tangan saya pulak. dan dia pegang dengan kuat. saya tengok muka dia. saya seolah dapat merasakan kerisauannya, satu hari nanti dia akan melepaskan atau dilepaskan, akan terpaksa hadapi realiti. akan berjalan sendiri di jalan jaya. akan berdikari.

even dulu saya ambil ujian muet pun kat sekolah teknik ke ert setapak, which kat asrama mereka ada untuk pelajar buta, pelajar sekolah victoria ke cbn tak silap. mereka nak belajar pun, tak macam orang normal. ya Allah.. imagine how hard for them? ni baru level yang sekolah menengah. yang belajar sampai university yang berjaya semua tu masyaAllah tabarakAllah.

tapi, bercampur dengan akak akak ni semua, satu pengalaman baru juga la. sebab ada sekali masuk bilik wuduk, akak tu datang kat saya, pegang pegang muka. ouh ni asfah. pelik la kan. tanya la kenapa rupanya dalam gelap dia boleh nampak. bilik wuduk tu gelap sikit hehe. ada jenis buta ni dia penyakit, malam bila da gelap, dia akan nampak. satu pengetahuan baru la buat saya.

kecacatan.
kecacatan apa sekali pun, ia nya tidak mudah.
they are struggling. mereka tak minta pun lahir ke dunia dengan kecacatan sebegitu. selalu kan nampak orang buta menjual tisu? menyanyi, jual kraftangan. kenapa? sebab itu sahaja la yang mereka mampu. hidup mereka, tidak mudah. bila ada sindiket yang mempergunakan mereka tu kan, ya Allah taktahu nak cakap. bukan nak
dibantu tapi dipergunakan.

kita yang rabun pakai specs ni pun kalau spect takde da macam apa da kan. mereka? yang buta? yang bisu? yang pekak.

and, saya teringat.
pernah shopping kat mydin. ada sepasang suami isteri, both of them buta. cari lingeries. akak kat mydin tu tolong la si isteri tu. apa yang ada, cukup. beli. done.
nampak mudah tapi for them, bila ada orang tolong mereka, alhamdulillah syukurnya.
kalau kita?
baik pakaian, makanan, barangan. kita memilih, menjaga. kadang ter-over. astaghfirullah al azim.

saya kurang pendengaran dan gunakan hearing aid untuk mendengar, tanpanya saya tidak mendengar langsung. ada yang still boleh mendengar tanpa guna alat dan guna alat cuma untuk menguatkan volume. lain lain tahap. pernah sekali asrama sekolah saya buat ujian latihan kebakaran 2, 3 pagi. loceng kecemasan punya la berdekatan dengan bilik kami, ring dengan sangat sangat kuat tetapi saya memang tak dengar dan semua orang terjaga. bangun bangun kalut kan terus keluar. kira kira orang, tak cukup saya rupanya tertinggal kan. in that case cikgu kata kena peka la kan apa semua. kalau tak, asfah da rentung kat dalam tu. memang kelakar, yela percubaan kan. tapi, ni baru situation yang kecik. ni baru yang saya mampu dengar dengan guna alat. yang memang pekak langsung tu? yang memang tak dengar? hidup harian dia macam mana..?

cuba la renung perkara sebegini. bangun pagi, cuba la berlakon jadi buta. tutup mata. okay, mungkin sedikit mudah sebab kita da tahu apa itu toothbruss, toothpaste, pili air, jalan apa semua dll. yang memang dilahir kan buta, tak pernah tengok semua itu? silap silap pergi berbeza beza tempat, ada pili air macam ni, macam tu. ada yang hand-less (betul ke istilah ni?) yang tadah je tangan bawah pili, air keluar. it is not easy for them. kat rumah sendiri, okay boleh bawa diri. tahu itu ini, kat mana semua. dunia luar? cuma bergantung pada pendengaran, percakapan dan isyarat.

cuba bangun pagi, berlakon bisu. tu sebab da tahu segala, boleh menulis, bagi isyarat. yang pekak? yang bisu? yang kedua-duanya sekali? bahasa isyarat sahaja la komunikasi. mujur dapat melihat kan? so at least tahu persekitaran.

yang keupayaan anggota? tempang dll. hidup mereka pun terhad.

macam shahida, dia bisu dan masih kecil, tak dapat nak menulis pun lagi. just dapat bagi isyarat, angguk. ever imagine how was their life if anything bad happen? how many of them jadi mangsa? mangsa rogol, tipu, ragut dll.

well.
this is something to ponder i guess. bersyukur dengan apa yang kita ada. syukur tu murabbi saya pernah pesan, buat la sujud syukur setiap hari, semampu kamu. kita takkan pernah tahu hidup insan lain macam mana kan.. perbanyakkan syukur, istighfar. saya teringat satu quotes yang lebih kurang macam ni, give so that you will earn. and when you earn, give even more.

well, i miss stephanie, shazwani and all :’)

Allah akan memelihara insan insan istimewa ini. hadirnya mereka ke dunia, juga sebagai ibrah buat kita semua yang nampak sempurna. may Allah bless us and ummah.

teringat pernah baca satu kisah, orang buta goreng ikan. bila ditanya macam mana dia tahu ikan tu da masak, katanya bunyi desir minyak tu da kurang gitu. masyaAllah. tapi terfikir pula, macam mana dia siang ikan segala? Allah…

we are so blessed.

and, yes. bajrangi bhaijaan best. ending dia macam taare zameen par sikit. tzp tu pun best, cerita kanak kanak istimewa.

and, sebelum ni kalau call mak, end tu selalu cakap Allah hafeez, kawan kawan selalu tanya apa benda tu haha. so da tengok movie ni, faham la kan? hehe macam goodbye gitu, allah pelihara kamu.

sorry, this posting just for sharing. kadang kita lupa dengan apa yang kita ada.
maaf atas mana mana yang salah, mohon tunjuk ajar.
tak lupa juga, pray for turkey, pray for ummah.

Alhamdulillah.
blessed

– farah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit