basic tips untuk mereka yg hadir tanpa diundang.

Aku pun nak share pengalaman ada rumah aku yang dulu creepy. Memang ada gangguan. Ceritanya aku ni dari kecil boleh nampak makhluk-makhluk yang biasanya orang tak nampak. Macam-macam lah yang aku pernah nampak dalam rumah sendiri. Ada yang rupa seram, ada yang rupa cantik lah, yang bukan rupa manusia langsung pun ada.Tapi alhamdulillah, sekarang aku dah tak nampak, dan aku memang taknak nampak benda2 ni dah secara jujurnya. Kelebihan ni beransur hilang secara sendirinya setelah aku tamat sekolah menengah. Cukuplah pada aku, aku tahu mereka wujud tapi biarlah mereka2 ni stay je at the other side tu.

Antara gangguan kat rumah aku dulu bunyi-bunyi memang banyak. Contohnya bunyi kuali jatuh (tapi pergi check, takde apa pun yang jatuh), bunyi kerusi meja makan diseret seperti orang nak duduk, ketukan kat tingkap, ada orang cuba nak buka pintu bilik tidur. Macam-macam lah gangguan kat rumah aku ni ada dan adik-beradik aku banyak lah yang kena ganggu dengan pelbagai cara. Kalau cerita nanti ada yang tak tido pulak.

Gangguan lebih galak bila ada orang hantar 'benda-benda' kat rumah aku sebab nak menyihir mak aku. Dah lah keluarga aku ni ade sejarah bela2 makhluk yg tak patut, bukan kami lah tapi tok nenek moyang dulu. Benda dah tak bertuan so dia jadi lebih galak mengganggu bila ada orang hantar 'geng' satu spesis kot. Time ni lagi lah bermacam-macam aku nampak. Gangguan pun dah diupgrade kepada level hardcore. taknak cite nanti ada yg tak tido.

Jadi, korang kalau kena ganggu, ini sedikit tips basic yang diharap dapat membantu.

1. Solat 5 waktu yang wajib jangan tinggal. Ini kalau kita tinggal, lagi la 'benda' ni teruja dan seronok nak menepek kat kita. Bila kena ganggu kadang2 buat kita rasa takut tak tentu pasal untuk pergi ke bilik air walaupun siang hari. Jadi, kekadang nak pi amik wuduk pon dok paranoid je. Tapi kena fight la. Sebab tu aku kata solat 5 waktu yg wajib ni paling basic korang takleh tinggal.

2. Tempat tinggal pastikan tersusun dan bersih. Kalau korang takde duit nak cat2 ke, beli perabut baru ke, takpe. Tak cantik takpe. Asalkan kediaman korang tu tersusun dan bersih. Sampah ke, sisa makanan ke jgn tinggal lama2 dalam rumah. bilik air dalam rumah tu cuci la seminggu sekali ke. Baju atau seluar kotor jangan main tinggal je pastu bulan depan baru nak hantar basuh.

3. Amalkan apa2 tips surah lazim yang orang pernah pesan untuk baca sebelum tidur. Pada aku, ayah aku selalu pesan, sebelum tidur paling kurang bacalah al-fatihah dan ayat kursi. Tapi korang try lah pahamkan ayat2 tu. bila da paham maksud, otomatiknye nnt korg akan sedar kenapa ayat2 tersebut dijadikan ayat pendinding. Bila korang dah paham maksud dan dah boleh relate kenapa ayat2 tu dijadikan ayat pendinding, inshaAllah everytime korang baca ayat2 tu waktu malam, korang jadi lebih yakin dengan perlindungan Allah dan dah tak paranoid dengan gangguan.

4. bila korang nak keluar rumah dan takde sapa tinggal kat rumah, pasanglah ayat Quran kat cd player ke, mp3 ke. jadi takda la benda ni makin galak dan igt tumah tu dorang yg punya.

Skrg ni benda2 kat rumah aku tu da stop. aku taktau la ada lagi ke tak sbb aku dah takleh nampak. biarla tak nampak, aku da taknak tengok. tapi kekacauan segala bunyi dan pintu bilik yg dulunya buka tutup sendiri dah berenti. I guess at some point, bila korang tunjuk yg korang dah konsisten dengan at least benda2 basic, dorang pon blah la kot. tapi yelah, dalam kes aku ni, memakan berbelas tahun untuk dorang blah. tapi kalau rezeki korang dapat cepat, maka dorang ni pon blah cepat. Papepun jgn lupa doa mintak perlindungan daripada Allah.

Wallahualam.

– levy

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *