RM 1

Saya nak share sesuatu, mungkin benda dah biasa berlaku tapi mungkin lebih boleh buat orang tergerak nak selalu bersedekah. Semalam saya ikut ayah pergi masjid dengar ceramah ugama, kebiasaan saya tak akan bawa purse pergi masjid. Tapi semalam saya bawa. Dalam purse hanya ada RM 1 sahaja. Saya masukkan not biru tu dalam tabung. So sekarang purse saya dah licin tanpa wang.

Harini mak saya pergi bank tengok ada RM 5K. Dia duk fikir duit apa tu. Saya tanya lah mungkin duit tanah kot? Sebab mak saya ada sewakan tanah dia untuk orang buka kedai. Dan ye betul duit tanah. Dan mak saya cakap jom lah kita beli Axia untuk senang saya belajar nanti, duit muka pun lepas ni dengan duit tanah tu. Dan mak saya pun call orang kereta tu dan tanya abg saya kalau2 dia ada kawan yang boleh bayar duit muka rendah sikit. Dan saya gembira, ternyata janji Allah itu pasti. Bagi RM 1 je pun wei semalam. Korang doakan yer urusan beli kereta dipermudahkan :) Bersedekahlah walau 10 sen.

– lalalala

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *