Bekas Isteri Yang Bahagia

Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin IIUMC kerana telah approve confession saya. Maaf sekiranya jalan cerita saya dan bahasa yang saya gunakan kurang memuaskan.

Terlebih dahulu saya ingin memberitahu bahawa confession saya ada kena mengena dengan confession puan yang bersuamikan NARCISSISTIC PERSONALITY DISORDER (NPD). Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/kenali-ciri-ciri-lelaki-dengan-narcissistic-personality-disorder-npd/).

Nama saya Mawar bukan nama sebenar telah mempunyai seorang anak perempuan. Usia perkahwinan saya tidak lama hanya bertahan dalam 4 tahun lebih kerana saya sedar apabila saya terbaca bermacam jenis confession berkaitan Narcissistic Personality Disorder.

Rupanya sikap itu ada pada bekas suami saya. Ya telah menjadi bekas suami kerana sifat-sifat NPD beliau yang memberikan tekanan pada saya. Saya kagum pada puan terdebut yang boleh bertahan 22tahun dengan suami yang NPD.

Tidak perlu saya ceritakan kisah rumahtangga saya cukup kalian tahu bekas suami saya mempunyai sifat-sifat Narcissistic Personality Disorder sama macam sikap suami puan yang confessions sebelum ini.

Orang yang mengalaminya saja tahu tekanan yang dilalui oleh mangsa NPD memang tak boleh nak bawa bincang sikap ini. Sangat-sangat tertekan. Daripada isteri menjadi sayang pada suami lama kelamaan sayang bertukar tawar hati sampai jadi kosong sehinggakan suami nak ajak ‘bersama’ pun isteri tak lalu da.

Perkahwinan yang diharapkan kekal hingga jannah akhirnya gagal jua kerana sikap suami tersebut yang membuatkan saya jadi tertekan dan tawar hati kepadanya. Awal tempoh perkahwinan saya masih boleh sabar tapi makin lama kesabaran saya tercabar yang akhirnya saya meminta cerai dari bekas suami. Bekas suami tidak ingin mahukan penceraian walaupun telah banyak kali saya beri peluang kepada dirinya.

Sampai satu tahap kami berdua pergi pusat kaunseling Pejabat Agama. Dalam sesi kaunseling tersebut bekas suami terlampau defend diri dia dan rasa dia tak pernah bersalah. Dalam tempoh kaunseling, saya telah istikharah sepenuh hati minta Allah beri petunjuk apa yang terbaik untuk kami dan anak kami.

Saya takut untuk berada dalam perkahwinan yang tidak bahagia. Jika saya tidak bahagia, jika saya tertekan bagaimana mungkin saya boleh jadi ibu yang baik untuk anak perempuan saya? Sayalah madrasah kepada anak perempuan saya, saya ingin berpisah bukan kerana bisikan syaitan tapi kerana saya tahu itu terbaik untuk saya dan anak.

Saya tidak mahu anak terikut2 dan terpengaruh dengan manipulasi dari bekas suami. Sepanjang ada anak, suami seakan2 ajar anak untuk tidak menghormati saya dan benda itu saya paling risaukan jika anak makin meningkat dewasa. Bekas suami tahu anak adalah kelemahan saya jadi dia gunakan ‘anak’ sebagai kepentingan dirinya.

Sepanjang istikharah dilakukan saya mendapat pentunjuk yang jelas dan alhamdulillah perjalanan process penceraian kami makin mudah di mana kami dapat berpisah cara baik. Dalam doa saya, “Sekiranya penceraian itu terbaik untuk kami Ya Allah, maka Kau permudahkanlah penceraian itu. Jika ianya bukan terbaik untuk kami, maka Engkau sulitkanlah penceraian itu.”

Alhamdulillah.. Setelah berpisah cara baik saya rasa batu yang menghempap saya sudah terangkat. Saya lalui hari-hari sebagai ibu tunggal yang bahagia, lebih tenang, tidak tertekan. Memang rasa lain dari yang lain. Tak sama macam saya menjadi isteri kepada seseorang yang NPD.

Dalam tempoh iddah, bekas suami cuba buat love bombing untuk ajak saya rujuk semula. Tapi saya cekalkan hati bahawa saya tahu yang takdir ini memang baik untuk kami. Bohonglah kalau seawal penceraian kami, saya tidak rindu pada dia dan rindu pada rutin harian saya selama saya menjadi isterinya. Suami mana yang kita tak sayang, dah sebantal bersama, serumah bersama, hari-hari menghadap muka yang sama memang rindu dan adakalanya teringat-ingat.

Tapi dengan kekuatan dekatkan diri kepada Allah dapat saya move on dari masa ke semasa. Saya cuba sibukkan diri pergi ke Majlis Ilmu, keluar meluangkan masa bersama anak dan keluarga, bersama kawan-kawan perempuan, berniaga, bekerja dan sebagainya agar saya dapat melupakan detik2 dan kenangan kami. Kenangan memang tidak boleh dibuang tapi sekurang-kurangnya kita tidak mengingatinya lagi.

Bagi saya, penceraian bukan merosakkan perasaan anak tapi jika perkahwinan itu adalah toksik kepada anda dan anak, penceraian adalah langkah terbaik untuk keluar dari kemelut kegelapan. Walaupun anak terpaksa berpisah dengan ayahnya tak dapat lagi bersama ayah seperti dahulu, jika kasih sayang seorang ibu itu terlalu besar untuk anak ianya sudah lebih dari cukup untuk mendidik dan menjaga anak tersebut sebagai seorang ayah dan ibu.

Namun begitu setelah berpisah, sebagai ibu yang telah menjadi hak kepada penjagaan anak, perlulah sentiasa kuat dan tabah. Jangan biarkan anak terikut-ikut dengan emosi ibu. Anak juga perlu bahagia walaupun ibu telah berpisah dengan ayahnya. Jadilah seorang ibu yang berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat agar dapat menjadi role model kepada anak-anak.

Saya percaya, jika didikan seorang ibu itu hebat kepada anaknya maka dapat lahirkan anak yang hebat walaupun tanpa seorang ayah di sisi. Apa yang penting jangan biarkan anak terkesan dengan penceraian tersebut. Sentiasa ingatkan pada anak bahawa akulah ibu yang tabah dan kuat. Aku ibu yang boleh berikan kebahagiaan pada anak. Keep on spreading love and positive vibes.

Dalam hidup ini kita bukan saja untuk bahagia di dunia tapi di akhirat jua jadi sentiasa dekatkan diri kepada Allah agar ketenangan dan kebahagiaan sentiasa menemani diri walaupun tidak bersuami. Cinta Allah lebih besar dan hebat kepada hambaNya berbanding cinta manusia. Semoga cinta kita kepada Allah dan Rasulullah dapat pimpin anak-anak mencintai Allah dan Rasulullah jua. Sama-sama ke Syurga Firdaus.

Benarlaah firman Allah dalam surah Ar Ra’du:-

لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٌۭ مِّنۢ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِۦ يَحْفَظُونَهُۥ مِنْ أَمْرِ ٱللَّهِ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا۟ مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوْمٍۢ سُوٓءًۭا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥ ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

(Q.S Ar Ra’du ayat 11)

– Mawar Berduri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *