Berdamai Dengan Ketentuan

Berdamai Dengan Ketentuan

Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi pendapat & pandangan untuk entri yang bertajuk ‘Bantu Keluarga Aku’ (https://iiumc.com/bantu-keluarga-aku/) oleh seorang Confessor bernama Alia.

Seperti yang diceritakan oleh confessor sebelum ini tentang masalah keluarganya yang mana si ibu confessor berkahwin dengan suami orang.

Lebih merumitkan keadaan bilamana si suami ini tadi gagal dalam melunaskan tanggungjawab kepada kedua-dua isteri. Jadi, ia menimbulkan tekanan emosi kepada banyak pihak iaitu si suami, si ibu, si madu dan terutamanya kepada anak-anak.

Saya menganggap ini adalah fasa cabaran yang baru untuk saudari dan adik-adik tempuh. Saya tahu tidak mudah untuk saudari menerima keadaan yang mana dalam anggapan saudari, ibu anda sendiri menjadi perampas rumah tangga orang lain.

Disebabkan itu, anda berasa malu dan tertekan dengan situasi ini lebih-lebih lagi jika teman-teman anda tahu tentang situasi keluarga anda.

Selain itu, anda rasa marah kepada si ayah tiri ini disebabkan oleh sikapnya yang tidak bertanggungjawab kerana tidak mahu bekerja (pada anggapan anda ibarat menanggung biawak hidup). Lebih-lebih lagi, si ayah ini ketagih bahan terlarang (ganja).

Jadi, ia lebih menimbulkan tekanan emosi kepada anda dan ahli keluarga yang lain kerana melibatkan imej keluarga tercalar.

Di samping itu, tekanan kewangan yang dialami oleh anda & keluarga serta keluarga sebelah madu juga menyebabkan fikiran anda tidak senang duduk memikirkannya.

Ok, baik. Dengar saranan ini. Bagi pihak confessor dan orang-orang yang pernah mengalami situasi ini.

1) Setiap kali anda memikirkan atau berhadapan dengan emosi tidak enak ini. Tarik nafas, hembus. Buat berulang kali sampai anda rasa tenang.

2) Pasakkan dalam fikiran, ini adalah ujian Tuhan buat dirimu. Pasakkan keyakinan dalam hati, Tuhan itu ada untuk menguatkan dan membantu kamu dan keluarga. Yakin & Percaya.

3) Jangan putus asa dalam berdoa agar diberikan jalan keluar dan ditunjukkan hikmah atas segala apa yang terjadi.

4) Belajar untuk memaafkan & menerima orang sekeliling anda. Bagaimana untuk menerima ? Belajar untuk memahami ibu anda. Bukan mudah untuk hidup tanpa suami.

Mungkin sekarang anda tidak faham mengapa ibu anda masih memilih untuk terus bertahan di sisi suami barunya walaupun tahu akan kekurangan si suami. Anda hanya akan betul-betul mengerti bila anda berada dalam fasa anda menjadi seorang isteri & ibu kelak.

Belajar juga untuk memahami ayah tiri anda, kerana bukan senang juga baginya untuk menerima dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga. Itu juga tekanan dan ujian baginya.

Kebiasaannya, orang yang mengambil dadah atau bahan terlarang ini adalah kerana tekanan yang dialami. Boleh berpunca daripada tekanan kerja, persekitaran sekeliling (termasuk masalah keluarga, konflik diri & perhubungan , tekanan kewangan, masalah kesihatan dsbgnya).

Jadi, belajarlah untuk memahami walaupun sekecil-kecil perkara. Life is so tough and challenging.

Tak semua orang akan kuat bila diuji. Ada yang tersalah pilih jalan untuk keluar daripada tekanan hidup mereka termasuklah ayah tiri anda.

Jika anda dapat memahami sedikit demi sedikit anda pasti akan dapat mengurangkan tekanan emosi yang menghurung anda. Anda akan lebih berbelas kasihan sesama insan. Percayalah.

5) Redha. Belajar untuk berdamai dengan ketentuan Ilahi. Barulah anda boleh berdamai dengan perasaan anda sendiri. Tiada sesuatu pun yang terjadi di atas muka bumi ini berlaku dengan sia-sia.

Percayalah, Allah pasti akan menghadiahkan anda dengan ‘sesuatu’ yang sangat bernilai jika anda redha dan bersyukur dengan ujian yang diberikanNya.

Let say Alhamdulillah. Saya doakan awak terus kuat. Cari kekuatan itu dalam setiap sujud awak. Awak akan temui jawapannya, Inshaa Allah.

– Miss M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit