berhati hati

Assalamualaikum. Aku nak pesan especially utk kaum hawa. Berhati hati lah kalau nak keluar pergi memana. Pastikan jgn keluar sorang2. Nak nak pulak area kL Selangor tu bahaya kan. Kalau boleh keluar ramai2 sbb sekarang kan femes dgn kehilangan budak lah anak dara lah. Kalau rasa tak selamat baca ayat kursi moga Allah lindung. Btw aku nak share kisah aku. Aku cuba pendekkan ye. Haritu aku pergi pudu nak beli tiket balik rumah. Tapi tiket bas yg aku nak tu dah habis. So aku carilah tiket bas lain. Bas yg tak pernah aku dgr namanya. So alhamdulillah ada pun tiket nak balik rumah. Aku pun tunggu lah bas kat platform bawah tu. Masa tu mmg tak ramai perempuan. Sorang dua je ada. Ok takpela tak kisah pun. Disebabkan trlalu lama tunggu,pakcik belakang aku pun tegur(driver bas),dia nak belanja aku air tapi aku tolak. Akupun bersembang dgn dia. Pakcik tu tanya aku, ‘kenapa tak naik bas etika je?’sbb bas yg aku naik tu mcm pelik je. Dan aku tnya dia balik apa beza bas etika dgn bas yg bakal aku naik ni? Dia pun jawab ‘safety’. Masa tu aku nak menangis dah,eh bukan. Dah meleleh dah. Sbb ramai bangla masatu. Tapi pakcik tu ada pesan suruh berhati2.if bangla tu kacau report kat driver bas. Ok masa tu nak naik bas dah. Aku tgk ramai bangla dlm bas tu,dan aku sorang je perempuan. Ya Allah, hanya Allah je yg tahu betapa takutnya aku menggigil rasa. Tapi aku baca ayat kursi tak henti2 aku yakin dgn pertolongan dan lindungan dr Allah. Masuk je bas tu,aku tgk 2 org driver bas tu baik org nya tak muda tak tua sedang2 je. Alhamdulillah driver bas tu mcm lindung aku. Aku bersyukur sgt. Bila ade bangla nk duduk sebelah aku,mesti driver tu tak bagi walaupun bukan bebetul sebelah, kerusi yg jiran sebelah tu (hahahahhaha ayat takleh bla). Driver tu suh aku duk depan sekali dan tak bagi bangla duduk dekat dgn aku. Alhamdulillah ini semua disbbkan keberkatan ayat kursi tu. Oleh itu kakak2 dan adik2,baca lah ayat kursi sebelum keluar atau rasa tak selamat. InshaAllah,Dia tolong dan lindung kita. Yakin dgn Allah,inshaAllah.

– siti

CREATE A POST

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *