Bersalahkah Aku?

Assalamualaikum. Terima kasih jika luahan ini disiarkan. Aku hanya memerlukan pendapat dan pandangan sahaja. Kisah aku lebih kurang sama dengan kisah “salahkah aku menjaga ikhtilat.” , cuma tidaklah sampai diganggu lelaki.

Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/salahkah-jika-terlalu-menjaga-ikhtilat/).

Ya, dari sekolah sehingga berumur lewat 20an, aku tidak pernah bercinta. Aku bukan pendiam sangat bila berdepan dengan lelaki, boleh berkawan dengan mereka macam biasa, bekerja, bersembang dan berbincang pendapat. Tapi untuk bercouple, memang bukan prinsip aku,sebab aku dah didedahkan yang couple itu haram dan juga hal2 berkaitan ikhtilat.

Disebabkan prinsip aku itu, sampai sekarang,aku tiada calon. Ramai yang kata aku memilih, contoh macam sebelum ni, saudara aku ada kenalkan aku dengan seseorang untuk berkenalan. Mulanya aku tak mahu, tapi mereka kata ini adalah ikhtiar, tapi aku sendiri tak berapa berkenan dengan cara tu.

Si dia mula hantar mesej, aku pun dalam terpaksa membalasnya, risau dikatakan sombong. Tapi dalam masa yang sama, satu perasaan bersalah hadir bila aku selalu berwasap dengan dia. Isi perbualan kami kosong dan akhirnya aku berterus terang yang aku tak biasa bermesej berdua dengan lelaki.

Sebenarnya, aku bukanlah anti lelaki. Aku ada je kawan2 lelaki,tapi tidakla bermesej hari2. Aku mesej bila ada urusan. Dan secara realiti,memang aku seorang peramah, tidak kira dengan lelaki atau perempuan, cuma keramahan aku dengan berlainan jantina,aku tak akan sambung ke dunia maya. Cukup disitu sahaja,dan ada batasnya.

Jadi, bila saudara aku suruh aku berkenalan dengan seorang lagi calon, aku rasa akward. Macam biasa, hari2 dia mesej, buat aku rimas dan rasa tak selesa. Dan bila terlampau kerap mesej, aku rasa buang masa dan tak menjaga hati.

Setiap hari, aku akan rasa gelisah bila nampak notification nama dia, tak balas dikatakan sombong, bila balas, perbualan itu akan jadi meleret sampai ada satu masa tu, dia terpanggil aku sayang. Dan dengan cepat, aku abaikan perbualan tu. Rasa aku dah berdosa sangat sebab tak jaga ikhtilat.

Bila aku bagitau hal ni kepada saudara aku, mereka kata benda tu biasa. Dia hanya nak berkenalan, dan patutnya aku kena bukak hati aku untuk terima dia. Mesej la hari2 sampai rasa selesa berkawan, lama2 nanti baru timbul perasaan cinta tu. Tapi, memang aku tak ada apa2 perasaan dekat dia, yang ada hanyalah perasaan bersalah.

Bagi mereka, benda tu biasa, tapi bagi aku benda tu boleh menyebabkan zina hati. Apa point aku untuk mesej dia hari2. Jadi, apa yang perlu aku buat? Salahkah aku nak jaga diri dari dosa ikhtilat? Ke memang aku yang tak pandai bercinta macam orang lain?

Ada dalam kalangan mereka menyalahkan prinsip aku ni, penyebab jodoh aku lambat datang. Mereka kata, kawan2 yang bercouple elok je kahwin, bahagia je. Tapi aku, orang ajak couple, tolak, jual mahal, kan dah andartu. Sentap jugak la kadang tu.

Takpe la, tu cara diorang, untuk diri aku, aku buat sedaya yang mampu. Cuma sekarang, aku tak mampu untuk menegur orang2 yang aku sayang berkenaan couple. Aku hanya mampu diam sahaja, selemah2 iman. Sebab bila aku tegur, aku akan kena balik, mereka kata, nanti tak kawin macam aku, jodoh datang lambat la, dan macam2 lagi.

InsyaAllah, mungkin suatu hari nanti, Allah gerakkan hati aku untuk menerima seseorang dengan cara yang Dia redhai.

Sebenarnya, aku inginkan calon jodoh yang datang dengan cara terhormat. Walaupun, ada yang mengatakan mustahil di zaman ini, lebih2 lagi aku bukan la ustazah.. Aku hanyalah perempuan biasa sahaja.

Terima kasih.

– Cik Keliru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *