Brother Ketagih Porno

Brother, aku faham perasaan kau. Aku boleh jamin, perempuan akan pandang jijik kat laki yang macam ni. Tapi yang penting nekad nak berubah/buang ketagihan tu ada brother. Aku pun dulu ketagih brother. Aku dahsyat lagi, tengok perempuan pun otak aku boleh meliar jangankan porno. Lepas tengok tu memang akan rasa bersalah dan nekad nak stop tapi benda tu datang lagi.

Apapun aku nak share macam mana aku buang ketagihan (p.s aku tak nak sentuh bab2 solat, ibadah semua sebab tu cliche and masing2 tau) secara praktikal. Ni aku ambik kira kau dah buat benda2 asas seperti solat semua tu. Aku senaraikan:

1. Kau JANGAN biar kau dalam situasi kau seorang diri. Kalau dalam bilik and memang member semua tengah kelas ke apa, kau bukak jendela tingkap kau besa2 and tingkap bukak sekali. Apapun, kau JANGAN biarkan diri kau berseorangan.
2. Kalau main internet (sebab mostly porno datang dari internet), parent/content security kau tu on-kan.
3. Keep your mind busy dengan benda lain. Kalau boleh cari2 member yang kau boleh texting/whastapp. Baca buku/artikel tapi JANGAN baca yang berkaitan dengan seks.
4. Buat aktiviti luar. Tipu ah tengok porno tapi tak lakukan benda 'tu'. Buat senaman, pergi joging, main sukan dll. Bila kau letih dengan aktiviti luar, insyaAllah kau xda nafsu nak tengok porno.

Start dari nombor 5 biasanya bagi masalah kritikal.

5. Buat system self-punishment. Contohnya, sekali kau tengok porno or aktiviti 'tu', kau sedekah masjid RM5 or lebih ke or paling praktikal kau belanja kawan2 kau makan. Kalau tak pun buat suspended meal.
6. Kalau kau sorang2 dalam bilik(no. 1 tak applicable untuk yang duduk tingkat atas2) bukak mp3 mengaji quran. Sambil main internet pun boleh bukak tu. InsyaAllah akan membantu.
7. Kalau kau tengok porno ni bersama dengan member or kawan kau, kuatkan diri, jauhkan diri kau dari dorang. Ni memang berat tapi kalau kau berkawan dengan penjual minyak wangi kau akan jadi wangi tapi kalau kawan dengan tukang besi? Kau tahu2 sendiri.

Step no.8 ni kalau kau tengah tengok or nak tengok benda tu balik.

8. Kau bayangkan yang kena ratah dalam tu, kakak kau, adik kau, or mak kau. Aku tau akan hilang nafsu tu. Kalau tak, Allah lebih mengetahui.

Tapi hujung pangkal nya bro, hati kena kuat. Kalau tak kuat list atas tu takkan ada hasilnya. Aku doakan kau berhenti sebab aku paham perasaan bersalah tu, rasa insecure, takde keyakinan diri tu. Kau rasa takut nak berdepan dengan masyarakat.

Dan kepada semua terutama perempuan, tolong jangan pandang serong kat orang macam ni. Masalah ketagihan ni masalah besar dan tindakan balas normal masyarakat langsung tak membantu golongan ni.

Ikhlas dari brother yang berjaya buang ketagihan.
Every saint has a past and every sinner has a future. Believe i yourself brother. Assalamualaikum.

– Peter Jackson

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *