roomate kita demam denggi

sekarang kan musim orang tak sihat je termasuklah roomate kita.dia dah 2 hari demam dan menggigil.kita dengan roomate yg lain suruh dia pergi hospital,tapi tak mahu dan last sekali dia pergi jugak,sebab kita cakap nak teman.pastu doktor cakap dia kena denggi.ok bukan tu kita nak cerita,kita nak share apa yang buat kita tersentuh.

kita teman dia pergi hospital selayang sebab kena rujuk sana.sama2 naik moto.sebelum pergi lagi,dia menangis merayu dekat kita tak nak pergi hospital,macam budak kecik merayu menangis takut hospital.tapi kita paksa jugak,sebab dah teruk sangat nampak gaya dia.pastu atas moto,dia dekat belakang kita yang bawak moto.dia peluk kita erat sangat sambil menangis atas moto sebab tak nak pergi hospital,sebab dia sangat takutkan hospital.sampai basah tudung kita sebab dia nangis.

sampai hospital selayang,kita yg urus semua untuk dia.amik no,pergi daftar dan semua lah.dia call family dan kakak dia kalau tak silap,bagitahu dia dekat hospital tu pun sambil menangis jugak.kita tahu dia takut sangat,tapi sebab dia tak sihat,dia kena datang jugak hospital.ok kakak dia sampai,masa tu kita nampak sangat keakraban antara mereka berdua.kita jeles tengok dan tersentuh.sebab ape?akak dia sampai terus peluk adik dia tu,yakni roomate kita tu lah.lama diorang berpeluk sambil nangis.

akak dia tanya kita dah berapa hari adik dia sakit.kita sebak nak jawab sebab diorang menangis.yang buat kita jeles dan tersentuh,sebab kakak dia menangis tak henti tengok adik dia sakit,kena cucuk dekat tangan lagi,sebab denggi.kita lagi tersentuh bila kakak dia pegang tangan adik dia tak lepas.macam bagi semangat positif macam tu.kita ada kakak jugak,tapi kakak kita xmacam tu pun.asyik nak gaduh je.kita nampak sangat kasih sayang antara dua beradik tu dekat situ,seolah macam kita tak de dekat situ.

kakak dia tanya adik nak makan ape,kakak beli.adik kena kuat lawan sakit tu dan tahan tiap kali kena cucuk dekat tangan tu.kita dengar semua perbualan mereka sebab kita betul2 jeles dan teringin nak ada kakak macam tu.roomate kita ni bongsu jadi dia memang anak manja tapi dia jenis tak tunjuk la cara anak bongsu tu,sebab dia nampak matang.kakak dia sapu air mata adik dia,dan setiap saat tangan kakak dia tak lepas dari tangan roomate kita tu.waktu tu dekat kecemasan masa kena amik darah tu,kakak dia buat videocall dengan parents diorang.pastu kita ada jugak waktu tu,kita tengok parents roomate kita pun turut sama menangis dan bagi kata2 semangat dekat anak dia yang tengah sakit tu.memang waktu tu kita turut sama bergenang air mata sebab keluarga kita xmacam tu pun.memang bergaduh je kerja.

waktu tu kita nampak air muka ceria roomate kita,sebab dpat videocall dgn parents waktu tengah sakit macam tu.lepastu dapat kata2 semangat pulak dari family dan adik beradik.yg kita dengar dlm conversation tu,xtahu sape cakap,"adik cepat sembuh ok,nanti kita pergi bercuti ramai2 spent masa sama2".tu yg kita paling dgr sb videocall tu slow je akak dia buat,sb takut menggangu pulak.tapi kita jeles.kita nak keluarga kita macam tu jugak.kita terharu dan tersentuh tengok keakraban roomate kita dengan family dia.

ni kali pertama kita confess,sebab kita rasa nak share dan sebab kita rindu roomate tu.sb mlm ni dia kena warded,so dia kena tido hospital.mesti korang pikir kita ni over kan?berpisah sehari dah rindu bagai.bukan macam tu,kita rindu sebab roomate kita ni sangat baik dengan kita dan roomate yg lain.kalau kita tak lupa la,dia tak kan miss tanya kiteorang dah mkn ke belum hari2 dalam group wassap kiteorg.mmg dah jadi mcm rutin dia tanya macam tu.lepastu kalau kiteorg busy tak sempat nak turun ke ape,roomate kita ni akan beli la pape dekat kiteorg.even dia hanya beli sebiji donat,tapi mmg sangat bermakna.kadang dia belikan icecream sorang satu dan bawak naik bilik.pastu makan sesama.biarlah icecream potong pun.roomate kita dlm klangan org berada jugak,tapi ringan tgn nak tlg.

kita tersentuh sb malam ni dia takde,dan kita dan roomate yg lain dah 2 hari tak dengar dia tanya dah mkn ke belum semua tu sb dia tak sihat.pagi2 dia akan jadi alarm kiteorg kejut bangun subuh.lepastu berbalik dkt akak dia tadi,kite mmg kenal akak dia sebelum ni.sb dia dan keluarga dia,kalau balik uia lepas cuti ker,atau kakak dia dtg melawat tak pernah tgn kosong dekat roomate adik dia.bukan kiteorg duk tunggu mknnan dia bawak,tapi mmg dia akan bawak something tak kisah la beli atau yg buat sndiri.tu kakak dia,dan kiteorg dah dpt mcm2 mknan dari akak dia,bila dia dtg tengok adik dia dekat uia.mungkin sb tu rezeki mereka sekeluarga tak pernah putus,sb suka sedekah.

moral drpd crta kita ni,kita nak cakap family tu segalanya lah.hargailah family kita tak kisah la buruk ke baik macam mana pun.lepastu even kita sakit,kita tak perlukan ubat yg mahal2 pun nak sembuh.yg kita perlu adalah sokongan org sekeliling.mcm keluarga,kawan.bagi smgat dan kata2 positif,insyaallah akan sembuh.untuk roomate kita yg ade dekat hospital skrg,kita doakan awak sembuh cepat2 doakan dia yer semua.nanti dah sembuh bacalah,sb kita tahu dia akan baca sb dia suka baca iium comfession ni.tq

– roomate awak

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *