Budak Tak Pandai

Assalamualaikum guys…

.
Aku student Medic tapi aku tak pandai macam classmates aku yang lain. Kadang-kadang (selalu jugak sebenarnya) rasa down gile, tak confident, b*d*h nak-nak waktu Dr tanya soalan then tak boleh jawab. Tengok orang lain mulut masing-masing jawab macam tengah berzikir. Rendah diri jugak tengok classmates.. mak ayah diorang Dr, takpun kakak abang makcik pakcik. Aku? takde sesapa pun.
.

Aku terfikir jugak sesuai ke aku dengan bidang ni walaupun aku dah nak habis study pun. Taktau la. Dulu aku rasa medic bukan minat aku tapi slow-slow aku develop memandangkan aku dah taktau nak pegi bidang mana. Lagipun mak ayah aku letak harapan tinggi dekat aku. Somehow lama-lama aku rasa Medic ni best. Tambah pulak dengar cita-cita orang lain yang nak membantu ummah, nak join aktiviti sukarela dekat negara-negara luar. Tapi aku? setakat cita-cita nak habiskan degree je.
.
Engkorang mesti pelik pebenda la point budak ni confess kat sini kan? Hahaha. Sebenarnya aku nak luahkan je apa yang aku rasa selama aku belajar Medic ni. Kalau nak cakap stress, aku percaya semua course ada tahap stress nye masing-masing. Cuma nak engkorang tahu yang tak semua budak Medic pandai, genius, excellent.
.
Tambah stress ada otak lembap macam aku. Orang lain baca sekali imbas je dah simpan dalam memory. Aku? Study punya study sikit je yang ingat. lepas tu esok kat kelas rasa bodoh and the cycles repeat. Aku tak salahkan sesiapa. Lain orang lain dugaannya. So, aku harap engkorang doakan aku dapat habiskan degree ni dengan bebudak batch aku. Taknak repeat ke apa ke.
.
So,mungkin ada senior/super senior/junior nak share cara korang study dan nak hilangkan rasa b*d*h dalam diri aku ni. Tazkirah dialu-alukan. Thank you guyss.

– budak

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *