Rahsia aku

Assalamualaikum.
Terima kasih kalau admin approve.

Aku bukan dari kalangan student IIUM tapi lepas apa yang dah jadi, aku terus terkesini. Selama ni baca je tapi hari ni giliran aku pulak nak confess. Bukan tak ada kawan atau keluarga, cuma aku tahu orang sekeliling yang aku ada sekadar 'orang yang ada' bukan tempat meluah segalanya.

Dari dulu lagi, sejak kecil, sejak zaman sekolah, aku selalu pendam masalah sendiri dan sampai sekarang pun macam tu. Aku tak pernah nak kongsi dengan sesiapa walaupun ada kawan baik. Kawan baik pada nama tapi macam orang pernah kata,'Every people has their own secrets'. Macam tu jugak aku. Aku rasa kalau nak dibandingkan dengan sesetengah orang atau orang yang selalu confess kat sini, hidup aku kira beruntung. Aku bukan dari keluarga bermasalah, semua elok je. Kawan pun semua yang baik-baik. Environment aku okay la, tak ada yang teruk teruk tu.

Tapi dari kecik, aku selalu pendam masalah pasal mak aku. Aku malu nak cerita dengan sesiapa. Lagi pulak pasal mak sendiri. Masa umur 9 tahun macam tu aku ingat lagi mak aku baling botol kat muka aku sampai berdarah hidung. Aku tak sedar sampai lah kat sekolah kawan aku tegur, tapi aku bagi alasan lain. Tapi tu berlaku antara aku dengan mak aku. Ada lagi la benda lain. Aku masa kecik memang banyak karenah, asyik nak merengek. Banyak songeh la orang kata. Tapi semua tu dengan mak aku je. Depan orang lain aku tak macam tu pun. Ayah aku baik sangat tapi perangai aku tu asyik pergi kat mak aku je. Dari kecik aku dapat rasakan mak aku tak sayang aku. Aku tau kalau umur macam tu mesti korang kata aku childish lagi. Sampai sekarang aku asyik fikir macam tu, takpun pilih kasih. Antara adik beradik aku yang lain, aku ni lah selalu yang bermasalah. Bermasalah bukannya ponteng sekolah ke gaduh apa. Dari kecik fikir macam tu. Aku anak ketiga dari empat. Kakak sulung aku mak aku memang sayang, abang aku pandai belajar oversea lagi lah bangga, adik aku bongsu nampak sangat layanan bongsunya. Tapi dengan aku nampak sangat lain.

Bila aku bermasalah dengan mak aku, aku jadi tak rapat la, tak macam sesetengah orang yang rapat, rajin tanya khabar mak bila jauh, apa apa cerita kat mak. Tapi bila aku dah macam tu dengan mak aku, pelik lah bila tiba tiba nak share semua benda. Obviously aku memang TAK share apa apa dengan mak aku. Semua aku simpan sendiri. Aku teringin je nak baik dengan mak aku tapi entah lah. Ada je masalahnya. Masa aku 12 tahun, aku terkantoi dengan mak aku tengok porno kat laptop. Memang tak ada sesiapa tahu. Tu memang first time aku tengok tapi mak aku tau. Malu tu memang ada tapi lagi la aku fikir mak aku tak suka aku. Aku rasa teruk gila. Tapi tu masa tu.

Tadi, mak aku tiba tiba nak cakap personally dengan aku kat bilik, which is a rare thing for her to do. Aku dah sense benda buruk and memang betul pun. Mak aku nak tegur pasal behavior aku. Dia ada check phone aku, tertangkap lagi yang aku ada bagi gambar free hair kat lelaki. Taktau kenapa aku tak ada rasa nak marah ke apa. Tak ada sesiapa tahu. Tu first time aku buat macam tu. Aku tau salah tapi entah la. Aku taktau nak rasa apa. Aku memang tak reti nak fikir. Aku memang tak matang. Dari dulu aku macam ni. Orang nampak aku bagus, confident, positif bagai bagai. Tapi aku ada rahsia sendiri and kelemahan and masalah yang aku tak dapat dan tak boleh bagitau sesiapa. Aku taktau kenapa aku macam ni. Aku dengan lelaki tu memang sayang each other. Aku takpernah buat macam tu pun sebelum ni. Masing masing dah ada future and plan nak kahwin pun. Tapi bila mak aku tau pasal gambar tu mesti lah bagi tanggapan buruk kat lelaki tu. Kenapa la benda ni boleh jadi. Aku kesal tapi dah jadi. Malu sebab apa apa mesti mak aku sorang je tau.

Hmm, aku selalu doa semua dipermudahkan. Tapi entah lah. Aku ni bodoh, macam mak aku selalu cakap kat aku. Aku ni teruk, bermasalah la itu ini. Walaupun sayang aku kat lelaki tu tapi tak pernah fikir nak bagi virginity kat dia. Aku taktau macam mana sekarang. Mak aku dari dulu terasa dengan aku. Ada negative impression kat aku. Aku tau mesti dia kecewa dengan sikap aku dari dulu sampai sekarang, mesti dia menangis sebab tindakan aku bagi gambar free hair tu. Malu seumur hidup dengan mak aku tapi at the same time tak rasa apa apa langsung. Taktau nak buat apa. Kalau aku mintak maaf pun, mesti dia terkesan jugak apa aku dah buat.

Aku taktahu lah korang semua nak cakap apa, marah atau advice, aku cuma nak kongsi je. Banyak lagi yang aku rasa. Kalau nak cakap apa apa comment je la, aku akan baca in shaa Allah. Tapi entah lah. I don't know what to feel. I'm just numb.

21/11/15

– Entah lah

CREATE A POST