Bukan Anak Dan Menantu Pilihan

Hi semua… Tujuan aku post confession ni hanya nak minta pendapat pembaca semua.

Nama aku Rose… seorang guru… suami aku S, seorang pegawai tentera… suami ada 2 orang adik lelaki A dan B… aku jarang sangat balik kg suami sbb kekangan kerja suami aku yang asyik ke luar negara dan operasi berbulan2… bila suami dapat cuti sebelum dan selepas operasi barulah kami balik ke kampung nya.

Dalam adik beradik aku, semua berjaya habis belajar dan dapat kerja mengikut ijazah masing2 tapi berlainan pula dengan adik beradik suami.

Suami anak sulung, adik beradik dia yang lain hanyalah tamat spm dan bekerja biasa… dari dulu lagi, adik beradik suami sangat mengharapkan pertolongan suami setiap bulan… aku tak kisah suami nak tolong sebab suami tak pernah pun kurangkan perbelanjaan kami anak beranak.

Yang menjadi masalahnya ialah, sejak akhir2 ni aku perasan, keluarga mertua mempergunakan suami dengan alasan aku pun bekerja dan gaji kami besar…

Sebelum kawen lagi,

Kami dipaksa berkongsi majlis dengan adik lelaki (A) atas alasan A tak cukup duit nak buat majlis sendiri, tapi apa makna kongsi kalau dari sekecil kecil benda sampai lah yang besar menggunakan duit suami… aku beli sendiri gelang batal wuduk bagi pada suami aku sbb kesiankan dia pening fikir mana nak cari duit… tapi suami dah bayar balik harga gelang tu selepas kawen…

Rumah mertua aku hanya mempunyai 3 bilik… bilik utama, bilik tengah dan bilik belakang… bilik tengah ada tingkap tapi masih ada udara panas keluar masuk tapi bilik belakang panas nya macam oven…

Setiap kali kami balik, kami akan ditolak ke bilik belakang sebab tak ada siapa nak duduk bilik tu sebab panas… kami redha tak nak berebut dengan adik2 yang lain…

A dan isteri akan duduk bilik tengah… bila anak sulung kami lahir, aku cadangkan supaya suami utk pasang air cond… nak bagi anak kami selesa… yelah, kalau tido dalam bilik tu, panas nya sampai peluh boleh mengalir dari kepala masuk telinga… suami beli air cond dan panggil orang pasangkan atas persetujuan ayahnya.

Raya haji tahun lepas, berkali kali A call suami tanya bila nak balik… rupanya A plan balik awal sehari dari kami sebab nak rebutkan bilik air cond tu… kami ditolak ke bilik tengah pulak.

B pulak ada gf yang belajar di U… U gf B hanya sejam dari rumah mertua… jadi setiap minggu gf B akan datang dan tido rumah mertua… cuti semester pun datang duduk rumah mertua…

Mertua beli kain nak sedondon waktu raya tapi kain bahagian aku boleh bagi pada gf B… semua pakai sama kecuali aku dan suami yang tak diberitahu pun warna apa nak pakai untuk tahun tu.

Aku dan wife A bersalin pada tahun yang sama cuma bulan berbeza… masa aku nak bersalin, cuma wassap doakan aku selamat bersalin… macam2 alasan nak datang tengok aku pantang, jauh la apa la…padahal 3 jam perjalanan je… tapi bila wife B nak bersalin, 3 hari sebelum dah berkampung kat rumah B tunggu dia nak bersalin… kalau kalian jadi aku terasa tak?

Aku cakap pada suami aku terasa… barulah sebenarnya suami luahkan yang dia pun perasan apa yang jadi cuma malas nak memperbesarkan isu…

Arwah mak suami dah meninggal tapi ayah dia dan kahwin lain… dia tak nak ayah dia ingat dia tak suka mak tiri dia… setakat ni kami balik buat muka tak malu lagi tapi lama2 jadi malas nak balik… bila cuti, kami lebih suka balik rumah keluarga aku ataupun pegi bercuti mana2 yang dekat.

Semalam, adik suami, B wassap minta bantuan duit untuk majlis kawen dia nanti… banyak jugak la amount yang B minta… tak lama lepas tu ayah mertua pulak wassap tanya boleh tolong tak… suami aku kena keluarkan lebih dari B keluar duit untuk majlis dia… aku cakap pada suami, kalau macam tu, macam dia pulak yang kawen lagi skali kan.

Cuti chinese new year ni suami ajak balik kg dia untuk bincang… aku iyakan je sebab kesian jugak lama tak balik kg dia… tapi tulah, dua2 pun tak hepi bila fikir kena balik sana.

Aku tau aku takde hak nak terasa dengan keluarga mertua, tapi aku pun manusia biasa yang ada hati perasaan… huhu.

Betul cakap orang, kita boleh anggap keluarga mertua kita macam keluarga kita, tapi belum tentu dia boleh anggap kita macam keluarga dia.

– Puan Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *