Bukan Nak Memilih

Hai, salam perkenalan semua. Saya Aminah, berusia awal 20an. Ketika saya menulis confession ini, saya kira sudah lebih 80 hari atau lebih 2 bulan saya menganggur. Mungkin ianya perkara yang biasa untuk mereka yang seusia saya untuk melalui pengangguran selepas tamat belajar begini. Tapi tidak bagi saya.

Pengangguran bukan suatu perkara yang seronok untuk saya. Ia seperti satu penyeksaan jika ia berlarutan. Lagipun sudah setahun lebih saya habis belajar, dan sekarang hanya menunggu untuk bergraduasi sahaja.

Saya menetap di utara tanah air, apa yang saya boleh katakan peluang pekerjaan di sini sangatlah tidak meluas. Saya perhatikan 2, 3 orang rakan terdekat saya keluar merantau ke ibu kota untuk peluang pekerjaan yang lebih baik.

Confession yang saya tulis ini hanyalah sekadar ingin meluahkan rasa kecewa kepada segelintir orang atau masyarakat yang menganggap saya dan generasi saya ini memilih dan terlalu demand untuk menceburi sesuatu bidang pekerjaan.

Saya tidak nafikan perkara itu, namun harapnya semua majikan2 di negara ini tak “sapu rata” menganggap semuanya sama seperti itu. Saya sekarang sedang struggle mencari kerja. Terasa sungguh payah untuk mencari dan mendapatkan sesuatu pekerjaan itu.

Kepayahan ini bukanlah sesuatu yang baru saya rasakan. Sejak lepas SPM lagi saya di-expose banyak kepayahan untuk mencari kerja ini. Jadi, saya tidak mempunyai expectation yang tinggi dalam dunia pekerjaan ini.

Walaupun saya ada kelayakan diploma, untuk “job hunting” ini saya tidaklah akan demand dari segi gaji. Jujurnya, pengalaman adalah suatu yang bermakna untuk saya bawa diri saya kemana-mana.

Bercerita tentang pengalaman kerja pertama, saya mula bekerja sebagai tukang cuci pinggan di sebuah café/warung berdekatan rumah saya banyak gaji sebanyak RM30 sehari, bermula dari pukul 3 petang sehingga 11 malam. Disitu saya bekerja banyak seorang saja staff iaitu si tukang masak.

Mungkin boss saya masa tu melihat saya seorang yang “boleh buat kerja”, so dia pun mintak saya untuk “take over” kedai dia dari pukul 7 pagi sehingga 11 malam.

Siapa yang pernah bekerja di kedai makan mesti boleh bayangkan macam mana sebuah kedai makan hanya ada 2 orang saja staff. Seorang tukang masak dan saya yang awalnya tdi hanya seorang tukang cuci pinggan tetiba terus tukar job scope, kena bangun awal pagi, pergi buka warung, jerang air, ambil order, bancuhkan air, cuci pinggan.

Untuk sesi pagi hingga ke tengah hari seorang diri handle kedai tersebut. Tukang masak akan masuk pukul 3 petang. Kerjanya hanya membuat masakan panas sahaja. Paginya hanya ada nasi lemak dan air bancuh. Gaji saya untuk jam 7 pagi hingga 11 malam masa itu adalah RM60. Seharian tanpa rehat yang “tetap”.

Saya stay di situ sebab pertamanya saya memerlukan pekerjaan yang memudahkan saya untuk pergi solat. Masa tu saya tak banyak exposure lagi, so tak cari kerja lain sebab takut bos tak bagi solat tu semua. Saya stay sehingga PKP. Kemudiannya bila PKP dah habis, saya pergi untuk sehari.

Lepas itu saya berhenti banyak alasan bos saya tetap nak bukak kedai hingga 11 malam walaupun masa tu kerajaan dah umumkan operasi kedai makan tu semua limit sampai pukul 7 petang saja. Saya berhenti untuk keselamatan saya.

Masa tu orang kat jalan pun dah tak ada, tapi bos tetap nak berkeras untuk buka kedai so saya quit. Saya rasa alasan saya masa tu reasonable saja kan?

Itu antara pengalaman pertama yang saya akan ingat sampai bila2. Lepas berhenti kerja di situ, saya menganggur saja sebab nak tunggu masuk belajar.

Lepas tamat belajar Februari tahun lepas, saya bekerja di sebuah kiosk makanan ringan dalam sebuah pasaraya berdekatan rumah saya. Waktu bekerja 10 pagi hingga 10 malam, banyak bayaran RM45 sehari. Kebetulan sepupu saya pernah bekerja juga di situ, tapi sebabkan ada isu dengan bos, dia terus berhenti.

Saya pada mulanya agak dilemma untuk bekerja di situ, banyak isu yang diceritakan sepupu saya. Tapi saya tiada pilihan. Apa yang saya fikirkan masa tu, saya hanya perlukan kerja untuk cari duit poket sendiri. Dan duit tersebut saya kumpul untuk ambil lesen kereta dan motor.

Sambil2 tu saya ada juga mencari kerja lain, tapi macam tulah susah betul nak dapat kerja walau berpuluh kali dah send resume. Jadi saya terus bekerja di situ.

Target mulanya saya nak stay saja bekerja di situ. Tapi kerja ni kalau bosnya tak boleh nak ikut undang2 buruh, saya rasa mana2 pekerja pun cabut lari. Saya tak kisah sangat bab undang2 as long as bos tu tau nak manage kebajikan pekerja.

Saya bekerja di situ selama 12 jam sehari. Cuti sehari seminggu. Tapi saya jarang dapat cuti, sebab cuti saya habis ditapau rakan sekerja. And bos pun jenis tak reti nak take action. So makin naik lemak la budak tu. Saya ni bila bekerja memang bersungguh2.

Ramai yang marahkan saya kenapa sanggup duk take over kerja dengan member kerja yang tak guna tu. Habistu saya nak buat macam mana, kalau saya selfish makanya tak bukalah kiosk tu haritu. Jadi mau tak mau kena bertanggungjawab jugak banyak kerja. Kiosknya pulak dalam pasaraya. Jadi apa2 nanti management akan bising. Itu yang saya fikir masa tu.

Teringat masa bulan puasa tahun lepas, saya hanya bercuti sehari. Dan sehari itu sajalah saya ada masa untuk berbuka dengan keluarga. Shopping raya? Tidak berlaku pada saya masa tu. Bekerjalah lagi ada kudrat dan tenaga. Raya pun hanya cuti 2 hari. Itu pun the next week nya tak boleh cuti ya. Kira macam ganti balik yang cuti raya tu.

Hari buruh, juga tak ada cuti, tapi saya jenis memahami pekerjaan yang saya bekerja itu. Tapi rakan sekerja saya macam biasa, cuti ka tak cuti. Bos bagi ka tak bagi cuti dia tetap dengan diri dia. Dia nak cuti, dia cuti. Haha. So hari buruh masa tu saya hanya bekerja sendiri dan bos saya hanya hulurkan RM10 sbg bayaran ot lah kot untuk bekerja hari tu.

Saya banyak berkorban masa saya ketika bekerja di kiosk itu. Sehinggakan mak saya warded di hospital pun saya tak boleh nak jaga. Sedangkan pekerjaan saya masa tu “tak ada kepentingan” sangat pun. Kiosk makanan ringan, boleh saja nak minta excuse kan. Tapi tulah nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak.

Saya stay sampai lah saya rasa tak boleh nak hadap rakan sekerja saya tu. Seronok saja dia hidup boleh plan bercuti sana sini tanpa segan silu bercerita dengan saya.

Bayangkanlah, ada satu hari dia boleh keluar masa kerja sebab nak pi rmh member dia untuk pasang fake braces. Saya rasa kalau saya masih nak hadap benda2 macam tu saya seorang yang bodoh. Sebab saya rasa saya masih bijak, akhirnya saya ambil keputusan untuk berhenti tanpa sebarang penyesalan.

Yang seronoknya lepas saya inform bos nak quit saya tak bagitau rakan saya tu. Malam last kerja tu saya terpaksa bagitau jugak sebab saya nak kena bagi dia pegang duit cash kedai. Masa tu saya bergaduh lah jugak dengan dia sebab dia berkeras takmau pegang duit kedai. Yalah selama ni saya yang handle, sebab senang dia nak cuti sesuka hati kalau duit tu tak ada dengan dia.

Sudahnya saya terpaksa bagitau dia yang saya dah last kerja malam tu. Terkejut beruk dia. Berair mata haha. Last2 esoknya tu dia pun sama2 gone dengan saya. Haha. Kalau tidak esoknya tu saya nak surprise dia tak datang kerja, biar dia kerja sorang2 and biar dia rasa pelik kenapa saya “hilang” tanpa khabar berita. Tapi tulah tak menjadi pulak. Baru niat nak balas dendam hehe.

Walaupun yang dilalui saya masa tu agak perit, hasil duit gaji saya tu bermaknalah jugak untuk saya. Alhamdulillah tercapai target saya masa tu nak ambil lesen motor dan kereta. 4 bulan jugalah saya bekerja di situ.

Lepastu saya menganggur dan cuba cari kerja dan dapatlah bekerja di sebuah mall terkemuka dekat kedah ni. Agak jauh dari rumah saya. Mengambil masa setengah jam untuk pergi dan balik kerja. Masih bekerja untuk tempoh 12 jam. 10 pagi sehingga 10 malam. Tapi kali ni banyak bayaran RM60 ringgit sehari.

Untuk sesetengah pembaca, mungkin akan fikir ianya sesuatu yang tak berbaloi. Tapi saya masa tu sangat perlukan pekerjaan as a routine. Ya lah nak buat apa lagi kan, belajar pun dah habis. Nak sambung degree, nak pakai banyak duit and perlu ambil pinjaman.

Masa saya belajar diploma saya dapat tajaan biasiswa dri JPA. Jadi lepas saya consider banyak benda, saya kuburkan dulu impian nak sambung degree tu. Saya rasa keputusan itu sangat2 lah tepat untuk saya. Sebab apa?

Lihat lah saya sekarang ini… Kalau nak ukur dri segi akademik saya bukanlah seorang yang tak pandai. Saya kategorikan saya ni orang average lah jgk PT3 saya score 6A, SPM 5A. Diploma pun CGPA saya 3.50 lah jugak. Tapi tulah saya banyak kalah banyak yang lebih berpengalaman.

Jadi bekerja lah saya sebagai salesperson di mall terkemuka itu. Apa yang saya boleh cakap, saya tak ada masalah langsung untuk menjalankan pekerjaan saya tu. It was just a booth. Booth pakaian. Skop kerja pun mudah saja, cuma pretasi kerja saya masa tu diukur melalui dapatan sales sehari2.

Kalau ada sales, bos ok. Kalau tak ada sales, haa semua serba tak kena. Dikomplennya bos duduk saja tak reti buat kerja la apa. Habistu masa sales sehari mencanak sampai RM3K sehari sapa yang buat kerja. Saya rasa based on pengalaman saya ni orang yang pernah bekerja di butik/ kedai2 baju, tudung tu semua boleh faham kot?

This experiences agak menyedihkan hati saya. Teringat satu kejadian yang menyebabkan saya terus decide nak berhenti kerja. Saya sebolehnya dalam mana2 pekerjaan saya nak bertahan saja. Macam yang saya cakap saya memerlukan kerja sebagai rutin hidup saya. Sebab saya bukan orang yang suka dan selesa duduk rumah.

Pada saya rumah bukan untuk saya. Saya harap pembaca faham. Sebab tu apa2 yang jadi saya akan cuba bertahan. Saya takmau panjangkan lagi cerita pasal pengalaman ke tiga saya ni.

Cuma dari penceritaan saya sini, saya harap semua orang memahami saya. Dari pengalaman kerja saya, adakah saya seorang yang memilih dan terlalu demand seperti yang dikatakan orang sekeliling.

Saya rasa sekarang ni saya tak memilih kerja, saya cuma menapis pekerjaan based on saya punya experience dan saya tak mahu berada di situasi yang sama lagi.

Actually banyak lagi yang ingin saya tuliskan. Namun cukuplah penulisan saya terhenti di sini dahulu. Terima kasih buat IIUM Confession jika sudi menyiarkan confession ini. Terima kasih juga buat pembaca yang sudi membaca hingga ke akhirnya.

– Aminah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. ambik suntikan thypoid, niaga kecil kecilan kt depan rumah, buat air ke, jajan ke, buah potong ke, keropok lekor ke.. budak2 sekolah balik blh beli.. buat murah2 je.. jgn beria g make up kedai nk nampak hispter, buat makanan tu bg sedap dah bersih cukup.. kerja ngn org ni mmg xberbaloi klu dengar cerita hang ni ceq.. esk dh habis belajaq, p keja sat kt selangor ka nismilan ka, KL tu akak pun xleh duk, hingaq gu mana xtau..

  2. sambung belajar dik, dengan result tu cerah lagi masa depan kamu, macam2 bantuan boleh dapat kalau nak sambung belajar, apply degree dengan universiti under mara pun bagus, jangan give up okay!

  3. Kau masuk la mana² contact centre dik. Pengalaman CS kau byk dh tu. Dtg KL/Selangor ni ha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *