Suami Kaki Lempang III

Untuk part I, (https://iiumc.com/suami-kaki-lempang/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/suami-kaki-lempang-ii/).

Salam semua. Sorry sangat2 hari tu memang nak habiskan semua. Tapi tengah2 type anak pergi tekan send. Tu yang cerita tu jadi tergantung. 

Biasa la dah mak2 ni, nak pegang hp dengan aman kat rumah memang kena berperang dulu. 

Back to story, suami sebelum ni selalu cakap, orang yang paling bahagia adalah orang yang dapat buat kerja yang dia suka. 

Sebab kerja sebelum ni sesuatu yang dia tak suka. Tapi sebab terikat dengan perjanjian, terpaksa jugak la dia kerja. 

So dia dah mula nampak hikmah yang Allah sediakan. Suami minat pertanian dan meniaga. 

Kan saya cakap sebelum ni dia rajin ke surau. Entah la dia sembang2 apa kot, dia cakap 80k tu nak beli kebun kelapa dekat satu lokasi ni la. 

Dia tak de duit sebanyak tu, so dia mintak tolong aku buat loan. Dia tak nak kacau saving yang aku ada. 

Sebab loan tu dia nak bayar bulan2. Dia cuma gna nama aku ja. Sebagai isteri, aku sentiasa sokong apa dia buat. 

Aku buat 40k ja kat bank. Balance tu abang aku bagi pinjam tanpa interest. So suami happy la family support dia. 

Pkok kelapa nak berbuah makan masa 3 tahun. Sementara tu suami ambik stok kelapa muda dari satu orang ni. 

Dan dia mula meniaga air kelapa muda. Dekat taman rumah kami ja.. So sambil meniaga dia urus anak2 jugak. 

Dia nampak happy la sejak meniaga. Air kelapa kan laku jugak. Sambil2 pergi tengok kebun dia. 

Dia cakap, dia tak pernah sangka semua impian dia akan tercapai semudah ini. Sebab selama ni dia tak nampak jalan pun. Dia ingat sampai ke mati kena kerja company tu. 

Tapi Allah ambik sesuatu dan ganti dengan sesuatu yang lain. Suami dah tak pergi kaunseling dah.. 

Sebab ujian minda dia semua ok. Memang dia dah dapat real terapi dia, iaitu impian besar dia. Dia dah happy tak tension dah, so tak perlu terapi dah. 

Sejak dia beli kebun tu kan, hari2 dia sangat ceria.. Hari2 cerita itu ini.. Kata dia ada tanam kelapa yang rendah tu. Senang petik tak perlu upah orang. 

Pastu macam2 lagi la pasal pertanian ni. Pasal baja la apa la. Tapi banyaknya cerita dengan anak la.. 

Anak aku faham ke tak ke, dia akan cerita ja.. Dia kan buat anak macam member2 dia. Memang dia layan anak macam tu. 

Anak aku yang bongsu ni benda yang sama akan tanya 100 kali.. Tapi suami aku layan ja.. Cuma aku ja kadang2 jadi rimau. So anak2 dah rapat balik dengan dia. 

Dah diaorg pun asyik dengan dia ja. Apa2 ayah ja.. Oh ya, suami aku pun dah berani dah bawak kereta sendiri. 

Auto kan boleh bawak satu kaki. Dia dah beli kereta baru lekat stiker oku. Suami dah banyak belajar macam2 la. 

Ibarat dia dah tak nampak kekurangan dia. Dan kami juga, langsung tak pernah nampak kelemahan dia.. Even dia bukan lemah.. Dia lagi kuat dari kami. 

Kemudian ego seorang lelaki akan sentiasa ada kan, sejak meniaga dia dah bagi duit dekat aku. Nafkah.. 

So ibarat ego dia dah terbayar balik la kot. Makin selera makan kat rumah.. Siap request macam2 suruh masak. 

Kadang saja nak menyakat dia, sengaja aku cakap ego tinggi kan. Dia akan cakap mana ada. Tanggungjawab tetap kena lunas sambil kejit mata gatai dia tu. Menyampah.. 

And loan pun dia bayar elok. Malah bil2 rumah semua perbelanja dia dah manage seperti sebelum dia hilang kaki. 

Walaupun pendapatan hasil niaga tak menentu.. Kadang tak sampai gaji lama, tapi suami cakap dia lagi tenang sekarang. 

Dia cakap dulu2 tido, fikir esok nak kerja terus tido pun tak tenang. Tido dalam keadaan serabut. Tak semangat. Tapi sekarang semua dah berubah.. 

Dia rasa sejak dia meniaga ni la dia rasa tido yang paling bahagia .. Tak dak tekanan. Tak payah dengar orang maki2. 

Dulu kerja balik tak tentu masa.. Kadang hampir 12 malam. Sekarang meniaga pukul 11 ke 12 sampai 4 5 petang macam tu. Ikut dia la. 

Pastu malam boleh pergi surau.. Boleh jemaah. Dia kata ni la kehidupan yang dia rasa happy. 

Dia kata hidup sederhana ni lagi seronok dari hidup gaji tinggi, tapi hati tak bahagia. 

Suami aku walaupun kerja dia sebelum ni sangat2 stress, dia balik2 akan meluah ja dekat aku. Tapi tak pernah la nak lepas stress tu kat kami. Tetap dia ceria macam biasa. 

And now, bila dia dah tak de tekanan kerja, lagi la dia ceria. As a wife, of course aku amat bahagia tengok dia dah bangkit semula. Aku sendiri pun tak pernah tengok dia happy macam ni sebelum2 ni. 

Aku sentiasa doakan kebahagiaan ni kekal selama2nya.. 

Oh ya confession aku ni makin rancak kat page2 lain.. Memang admin yang sama ke. Atau page lain kerja ciplak ja ni.. Jangan ciplak2 tak baik tau..

– Zus (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Alhamdulillah… seronok sy baca cerita akak. semoga terus melayari kebahagiaan rumah tangga selamanya ye

  2. Alhamdulillah. Allah menjawab setiap doa hambaNya dgn cara dan kehendakNya, pada timeline yg Dia izinkan. Semoga berbahagia selalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *