Akibat Kahwin Duda II

Untuk part I, https://iiumc.com/akibat-kahwin-duda/

Salam semua. Aku Bunga. Aku baca setiap komen korang. Ramai salahkan aku sebab libat kan Girl. Ye betul memang aku salah masa tu. Aku sedar. Ada jugak yang faham keadaan aku. Terima kasih. 

Macam aku cakap aku memang dah disahkan pakar ada MDD & anxiety dan perlu makan ubat hari2. Aku ada jugak ikut terapi anger management.. So far aku makin ok jarang marah cuma aku abaikan je apa2 yang takda kaitan..

Kan aku cakap aku susu badan. Baby tak boleh minum susu kalau aku makan ubat. Jadi setiap kali makan ubat aku kena marmet buang susu. Sedih tau sebab sebelum ni Girl memang full susu badan.

Dulu dekat tempat kerja aku pam untuk stok ebm Girl.. Sekarang aku pam/marmet jugak tapi untuk buang supaya balik kerja Girl tak terminum susu ubat.

Macam mana pakar boleh sahkan aku MDD sebab aku pengsan dekat tempat kerja. Ambulans angkut aku ke hosp dan tekanan darah aku terlalu tinggi masa tu. Doc pujuk aku untuk cerita kenapa, adakah aku stress atau apa..

Menangis aku cerita dekat doc dan doc refer aku ke psy.. Doc psy call pokok untuk datang dan ada sedikit sesi kaunseling. Doc cakap kalau tekanan darah tak dikawal boleh buat pembuluh darah di kepala pecah maka mati lah aku. Dan benda ni tiada siapa yang tahu kecuali pokok.

Aku mintak pokok rahsia kan dari family aku sebab aku tak nak mereka risau.. Kejadian ni masa proses cerai kali kedua sebab tu jugak pokok tarik kes sebab dia rasa bersalah.

Ranting. Ramai kata aku tak berlapang dada ada anak tiri. Tak ikhlas ada anak tiri. Aku sendiri taktahu aku rasa sebab awal kahwin sangat2 aku jaga dia. Kalau boleh aku nak serba serbi kami lengkap kan dia..

Seluar baju pakaian alatan berbedak sikat yang tak pernah ada dkt rumah mil atau rumah aku tapi sekarang penuh almari dekat dua2 rumah.. Setiap kali dia balik sini tak perlu dah bawak beg pakaian macam sebelum pokok kahwin dgn aku. Tapi tak kan la salah tak boleh ditegur.

Raya baru2 ni. Duit raya Girl lebih kurang RM500 dicuri oleh ranting. Itu aku tak boleh marah lagi ????? Itu aku tak boleh tegur lagi ????

Macam mana aku tahu ranting yang ambik. Sebab masa raya ada sedara datang rumah aku. Dorang nak tumpang solat dan aku tak beri kan bilik kelamin kami sbb bagi aku tu p&c aku dan suami.

Aku beri bilik ranting jadi sebelum tetamu masuk aku kemas sikit2 supaya sedap mata memandang. Tiba2 aku jumpa beg kecil yang aku kumpul kan semua duit raya Girl ada dibawah laci ranting. Masa tu ranting tiada sebab beraya di sebelah mama nya.

Balik je sedara aku slowtalk dgn pokok dan beritahu beg duit yang hilang tu jumpa dalam bilik ranting tapi dah kosong. Pokok tahu aku dah start nak marah jadi dia kawal keadaan dia janji untuk gantikan semula.. See??? Dia cakap nanti dia tegur ranting.

Pokok. Dia sebenarnya ikut segala kemahuan ranting sebab ranting selalu cakap “Kalau ayah tak belikan ranting ini,ranting taknak balik sini” “kalau ayah tak bawakkan jalan2 tempat tu, ranting tak nak balik”

Dan ini semua mama dia yang ajar.. Ugut untuk taknak balik kalau apa2 kehendak tak di ikut.

Sampai kan ranting pernah bagitau masa awal2 kahwin “Ayah, mama pesan ranting tak boleh sayang ibu baru” “Ayah, mama cakap Girl bukan adik ranting sebab mama taksama”..

Aku tak tahu la apa yang ex wife dia buruk kan aku sedangkan aku bukan penyondol ye. Aku kenal pokok 4 tahun kot rasa nya selepas dorg bercerai. Pokok pulak risau ranting tak balik sebab mil jenis suka masuk campur jugak hal2 macam ni sebab risau kan ranting ikut perangai mama dia.

Mereka cerai dulu sebab kantoi dkt hotel dgn laki lain.. Pokok dengan arwah fil aku dengan adik si ex wife tu tangkap dorang dekat hotel. Jadi aku rasa segala tindak tanduk ranting pun di brainwash dengan mama dia.

Yang kata aku tak ikhlas lagi, sedangkan sejak kahwin ni baru la si ranting ada sspn dan tabung haji sebab aku bukak kan untuk Girl jadi aku mintak pokok buat sekali untuk ranting..

Jadi setiap bulan pokok bayar tapi untuk Girl sspn 100 setiap bulan untuk Girl 50.. Sebab tempoh masa Girl lagi lama nak capai umur 18.. Untuk masa depan anak2 pun aku yang fikirkan tak pernah pun aku bezakan.

Nafkah untuk ranting setiap bulan memang takda amount tetap sebab tiap kali balik bagi belanja dan beli barang keperluan. Cuma amount untuk bukak sekolah termasuk yuran 1k dan raya aidilfitri 400 raya korban rm200.. Internet hp nya juga pokok beli kan setiap bulan.

Isu kencing tilam. Masa tu aku cakap dekat pokok.. Nanti Girl lahir dah pakai pampers takkan la nak kena beli pampers untuk si ranting lagi?? Dengar macam tak logik kan tapi tu la hakikat nya dulu ranting tido malam berpampers ye.

Walaupun cuma guna sekeping sehari tapi tetap kena beli kan????? Itu pun salah ke aku sebagai ibu tiri untuk train dia tido tak pakai pampers. Budak tu dah besar dah pandai cakap dah pandai bangun untuk pergi kencing. Yang cuma nya malas untuk ikut arahan.

Ex wife pokok pulak. Awal2 dulu dia siap ws pokok “Bagitau bini ko dia tu tumpang kasih sayang anak aku je takpayah beria sangat” no hp exwife pokok pun aku takda save. Apa2 pokok akan contact dengan dia sendiri atau pokok terus direct ranting..

Kadang2 aku pun ada ws dengan ranting. Tapi sejak kahwin aku memang tak pernah bercakap langsung atau ws dengan ex wife pokok..

Awal2 dulu memang aku rapat dgn ranting tapi sejak ex wife dia masuk campur kami jadi renggang dan perangai ranting pulak makin menjadi2 tak ikut arahan/teguran aku..

Sebab dulu setahun lebih aku kosong baru la pregnant Girl jadi sementara tu memang ranting kami banyak fokus dekat ranting.

Ouh ye yang suruh aku hempuk pokok tu. Ye memang aku dah buat pun. Aku belasah dia tapi dia tetap sabar membatu kan diri dan rela dihempuk sikit pun tak melawan dengan marah aku.

Bila aku tanya kenapa masa tu dia tak melawan dia cuma cakap “Syaitan kalau nak di lawan tiada guna” baik pergi ambik wuduk, rehat. Pikir dan tenang.

Kami sebenar nya ok. Yang tak ok bila melibatkan ranting. Aku dan pokok mcm suami isteri lain bila balik kerja masak makan tanggungjawab dkt rumah buat sama2.. Basuh sidai baju semua buat sama2.. Mandi cebokkan berak Girl ke semua sama2..

Ada masa akan bawak Girl pergi padang, taman.. Jalan2 pasar malam.. Seriusly macam normal hubs and wife.. Semua isu akan timbul bila apa2 yang libatkan ranting.. Btw lepas je bersalin aku terus pakai implan jadi ada yang komen sbelum jadi yang kedua tu aku jawabkan awal2.

Entah lah aku taktahu dah nak cerita macam mana. Ini pun sikit je dari hidup aku.. Kadang2 aku pun give up dengan kehidupan ni.

Aku pernah je nak end life aku. Sebab aku rasa macam hopeless, rasa diri useless dan macam2 lagi benda negatif.. Aku dah gantung dah kain pelikat dekat palang bilik rumah. Tunggu masa untuk aku naik dan jerut je. Tak jadi sebab aku tenung lama2 sampai terbayang muka Girl.

Macam mana Girl kalau aku takda.. Girl refuse semua fm milk.. Aku sedih tau korang.. Aku nangis masa taip ni sebab terkenang semula kejadian tu..Kain pelikat tu pun aku dah bakar.. Aku taknak tengok lagi..

Tak tahu la aku mampu sabar tahap mana. Terima kasih yang memberi pendapat. Terima kasih juga yang kecam. Cuma korang tak berada di tempat aku..

Doakan aku kuat semangat.. Doakan hati aku ni sentiasa sabar dan redha.. Btw sejak aku join terapi anger management tu memang aku tak marah2 Girl.. Aku sayang Girl..

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Assalamualaikum cik bunga,
    First of all.. sy doa kan semoga cik bunga diberi kesihatan yg baik, dipermudah segala urusan dan sentiasa diberi kesabaran yg tinggi utk hadap masalah yg sedia ada ni..
    Dari sudut pandangan sy, kalau betul cik bunga syg kan keluarga kecil cik bunga.. tp dlm masa yg sama xnk ada interruption dari ranting, why not u play the same card as what ranting done to u, towards your husb pula? create your own boundaries in accepting any matters that relate to this ranting girl. Especially when in comes to time and money . Reject. Kalau end month pokok xcukup duit nk cover hal keluarga u, force him to earn more. Jgn kesian dan tlg topup dgn duit u. Bila u selalu cover. Tak jd pressure pada dia dan dia akan jd berulang dan u stress.
    Kalau berbincang dan xjadi ape . Silent is the last solution. Be silent in everything . Buat tak tahu dan jgn ambil tahu segala hal lain melain kan diri u sendiri dan girl. Dapur xda makanan,sblm sampai rumah makan siap2. Sampai rumah terus mandi n tidur dgn girl. Xpyh kisah. Sbb bkn u yg kena fikir hal dapur. And so on lah perkara yg u rasa beban sblm ni, let it go in the best way that u can do. Nak avoid xboleh. Tetap akan hadap selagi masih suami isteri. So just ignore and be silent. Treat your inner self in silent. Buta kan mata, pekak kan telinga dan jalan terus.

  2. Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua. Kalau lelah dgn urusan dunia dek kerenah manusia, buatlah semata-mata kerana Allah. In fact, semua benda pun kena buat dgn niat kerana Allah. Buat apa yg Allah suruh, tinggalkan apa yg Allah larang.

    Satu lagi, tak jadi gantung diri tu bagus dah, tapi jgnlah sbb anak, patutnya tak jadi buat sbb sedar mmg Allah x suka. Taati Allah dalam rela atau terpaksa. Cuba betulkan niat dlm semua perkara. Pastu tgk apa jadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *