Permata Yang Tiada Ganti

Assalamualaikum semua. Baca confession Mamat 3 Suku, (https://iiumc.com/mamat-3-suku/) tu, teringat kat sahabat saya nama Am jugak. 

Hari ni genap 7 tahun pemergian dia. Saya kenal dia masa belajar kat IKM. Dia kos lain, saya kos lain. Tapi orangya sangat baik. 

Dia ramah dan rajin bersembang. Zaman tu belum wujud wasap. Apa2 sms la.. Pastu tukar2 number kat orang. 

Tapi hubungan saya dan dia kawan ja semata2. Saya ni jenis kulit gelap. Tapi budak2 lelaki berkawan jugak la dengan saya walaupun takde rupa. Maybe sebab time tu saya ada motor. 

Diaorang ni kadang suka pinjam motor. Saya jenis tak berkira. So budak laki ramai berkawan dengan saya. 

Kadang perasan tak, kita pun pelik macam mana orang kenal kita tahu nama kita. 

Tiba2 budak2 laki akan sebut2 nama kita. Macam tu la Am pun dok pangil2 saya. Tapi saya bukan macam budak perempuan lain yang buat bodo ja. Jenis malu2 tak.. 

Saya pun jenis kaki berkawan jugak. So sapa yang tegur saya tegur balik. Kadang budak laki ni mintak tolong saya jadi posmen. Suruh sampai kan hajat di hati. 

Kalau budak tu saya kenal, saya akan bagitau. Kalau tak kenal saya jarang tolong. Suruh usaha sendiri. 

Tapi beza dengan Am. Dia rajin sembang. Tanya dok mana la apa semua. Rupanya kami ni sama negeri ja. Tapi beza daerah. Tapi beza pun dalam setengah jam ja. 

Lama2 setiap masa jumpa kat mana2 pun bersembang. Malam2 wajib lepak dewan makan lepas maghrib. 

Buat assgmnt sama2.. Borak2. Macam tu la. Zaman tu memang sangat best sebab tak de yang toksik dalam geng tu. Kami enjoy sangat kehidupan tu. 

Lepas tu Am kata dia suka kawan saya Nurul. Dia suruh adjust. Tapi Nurul tu tak nak dia. 

Am pun jenis sendu kat kolej.. Biasa budak2 yang famous ja orang pandang. Saya ada la marah Nurul tu. 

Kata rugi ja tak terima Am. Sebab Am baik. Lagipun tak tinggal solat. Nak cari laki jaga solat kan susah. 

Tapi perasaan mana boleh paksa. Am pun redha ja kalau member tu tak nak.. Tapi kami tetap kawan baik macam biasa. Tapi bukan bercinta ye.. Saya memang tak de perasaan kat dia. Dia pun sama. 

Tamat zaman kolej. Masing2 bawak haluan sendiri. Saya lepas tu sambung belajar lagi.. Tapi Am kata nak kerja. 

Lepas tu slow2 dah lost contact. Sebab time tu tak setia pada number telefon. Habis belajar, saya pun dah kerja. Fb pun dah ada. 

Tiba2 dapat friend request dari Am.. Elok saya approve Am terus pm la.. Mintak number apa semua. 

Lepas tu Am kata tak nak ke datang melawat dia ke. Saya kata nanti la cari masa. Tapi Am cerita dia kena stroke. Stroke separuh badan. Kena lepas habis kolej.. Dalam setahun lepas tu. Tapi lepas tu dah boleh jalan sikit2 la. 

Tiba rasa simpati. So one day pergi la melawat dia.. Banyak la Am sembang.. Cerita macam2.. Dia kata dia tak kerja. Bosan betul rasa duduk rumah. 

Hidup dok kacau member2 IKM ja dia kata. Tapi member2 kan masing2 dah ada kehidupan. Dah ada keluarga. Tak mampu nak layan Am setiap masa. 

Am rajin la ajak aku pergi sana sini… Pergi jauh2 melawat kawan2 IKM lain.. Aku pun tak ramai kawan. Aku pun ikut ja Am. Teman dia. 

Aku ada kereta. Tapi Am kata pakai kereta rumah dia la.. Minyak semua dia isi. So kami pergi merata tempat la.. 

Sampai pergi taiping melawat kawan kami dapat anak.. Am macam enjoy gila la. Dapat jumpa kawan2 lama. 

Asal cuti ja kami ke mana2. Kadang pergi makan2. Ada la sapa2 dia bawak. Biasanya adik dia la. 

Pergi pntai merdeka la, pergi melaka.. Ibarat macam hari ni sembang, esok terus pergi. Macam tu la. Am tak berkira duit langsung. 

Aku memang tak nak. Sebab aku kerja ada duit.. Tapi dia berkeras suruh ambik jugak duit petrol semua. Kadang aku kata half2 la.. Dalam berat hati dia setuju jugak. 

Aku pun sampai dah terbiasa melepak dengan Am.. Kadang2 malam bosan2 pergi rumah dia.. Mak ayah dia baik. 

Ada ja la apa2 kami sembang. Pasal politik la, isu semasa la. Pasal artis. Gosip itu ini.. Menganjing itu ini. Kadang dok luah stress aku pasal kerja.. Sampai 11 malam baru balik. 

Orang kata laki dan perempuan tak boleh jadi kawan.. Tapi hubungan kami mmang sahabat sejati la.. Asal jumpa awek segak2 mesti aku usik Am.. Suruh tackle perempuan tu. Kami dah jadi sangat rapat. 

Saya pun rasa nak pergi mana2 ajak ja Am.. Dia kan anytime free. So rasa best la. Saya bercuti banyak tempat dengan Am. 

Oh ya, Am masih dok pergi fisio semua. Sebab dia kadang sukar nak bercakap. Jalan pun agak slow. Satu hari adik dia mesej kata Am masuk hospital. 

Katanya masa tengah makan, Am tiba2 macam tersandar. Air liur meleleh2. Pastu terus pengsan. Call ambulance diaorg kata stroke kedua kot. 

Katanya darah dia terlampau tinggi sampai dia koma terus. Saya pulak time tu outstation. Masa tu Am bergantung pada mesin ja. Dalam 3 4 hari jugak la kot. 

Doktor cakap tak de peluang dia nak sembuh atau hidup.. Sekarang ibarat macam dia memang dah tak de.. Mesin ja yang hidup. 

Doktor kata kalau cabut mesin dia memang meninggal dah la.. Kalau tak mau cabut, masih nak bergantung pada mesin pun boleh. Doktor suruh family buat keputusan. 

Akhirnya family dia suruh cabut la. Fikir takut Am lagi tersiksa. Saya macam tak percaya ja. Semalam elok ja Am call. 

Kata nak pergi jepun la apa la.. Hari ni dia dah tak de. Masa pengkebumian dia ramai la orang datang.. Satu taman penuh. 

Am kan tak boleh bawak kereta or motor, stiap kali solat jumaat. Am akan ajak satu budak laki ni. Budak sekolah lagi. 

Suruh budak tu bawak motor am, bawak Am ke solat jumaat. Budak tu menangis sampai tak de air mata orang kata. Semua orang terkesan dengan pemergian Am. 

Mak dia pun cakap, dia tengah buat apa pun, kalau dengar azan ja. Mesti dia terus solat. Ya, dekat IKM pn dia memang macam tu. 

Di kala orang lain dok seronok sembang makan2. Dia akan kata nak pi isyak dulu.. 

Kalau berjalan lagi la, sebelum masuk waktu dia cakap dah nanti berhenti rnr nak solat dulu. 

Sebab tu la allah sayang kot. Cepat sangat allah ambik dia. Masa Am meninggal tak sampai 30 pun. Am muda saya 3 tahun sebenarnya. 

Hari ni saya masih tak jumpa sahabat sebaik Am.. Yang jumpa hanya orang yang ambik kesempatan, orang yang toksik. 

Saya tak mampu nak rapat dengan sapa2 baik laki atau perempuan. Sebab attachment tu tak sama macm dengan Am. Keikhlasan tu tak de. So kawan sekadar hai2 ja la. 

Masih saya ingat,, setiap kali besday saya, dia mesti akan paksa datang rumah dia. Potong kek.. Selama ni, tak pernah lagi la jumpa sahabat yang hargai saya macam tu sekali. 

Setiap kali tengok gambar tu rasa sedih sangat. 

Ayat saya selalunya, weh esk besday aku.. Siap kek besar2 utk aku.. Dia akan balas beress.. 

Kalau besday dia, smngu awal dia akan cakap. Next week birthday aku. Kita pi makan pizza ka mana ka.. Ikut la dia nak pi mana. 

Mungkin dia takut kalau saya tak ingat birthday dia. So dia akan remind awal. Padahal saya tak lupa jugak. Tapi sekali pun kami tak pernah bagi hadiah each other. 

Entah la. Tak terfikir sama kot. Atau pun dah terbiasa besday kami potong kek. Makan2. Tu cara kami bahagia kot. Sambil bersorak kuat2 masa potong kek. 

Kami tak de barang untuk remind kenangan.. Hanya kenangan saja untuk remind memory tu.. 

Last birthday wish dia kat saya. Weh esk besday hang kan. Mai rumah kita potong kek. Pukul berapa pun tak pa. Aku tunggu.. 

Ya, memang dia sentiasa tunggu.. Permata mana ada gantikan.. Harap dia juga dapat tunggu saya di akhirat nanti.. 

Am, semoga hang tenang selalu.. Hilang mu tiada ganti… 

– Persil (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. bestnye dpt merasa kehadiran sahabat mcm tu..bertuah..moga arwah ditempatkan dlm kalangan org yg beriman…Aaamiin…jgn lupe selalu doakan arwah disana..hadiah terindah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *