Burung Tidak Bersayap

Assalamualaikum, seperti intro biasa yang lain. terima kasih kepada admin kalau sudi siarkan confession aku juga kepada pembaca yang membaca. aku ada baca beberapa confession yang bercerita tentang pe’el mak ayah diorang. ada yang tak ambil endah tentang anak, ada yang merogol anak, ada yang dimanjakan. kali ini, aku nak cerita tentang over-protective-parents aku pulak.

aku 23 tahun, anak bongsu daripada 5 beradik. 3 orang abang yang di atas dah berkahwin, aku dengan kakak (atas aku) aku masih single mingle. jujur aku cakap, aku dengan kakak aku tidak lah secantik hanis zalikha. kami melayu biasa yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. abang-abang aku sudah berkeluarga sendiri dan tinggal di rumah masing-masing.

mak aku mula jatuh sakit apabila aku naik tingkatan 5. jadi, pengurusannya banyak yang aku settlekan sebab kakak aku masa ni pun masih di universiti. adik beradik lain akan tolong bantu apabila hujung minggu. sampai sekarang. aku dengan kakak aku masih jaga mak kami. tak pernah kami biarkan dia berseorangan walaupun kami tahu dia boleh. bapak aku? dia pun sudah tua. sama-sama lah kami jaga parents kami.

1. parents terlalu over protective.
aku kadang-kadang sampai menangis sampai sakit hati lepastu tanya diri sendiri kenapa aku ada parents macam ni. 4 orang beradik atas aku semua masuk sekolah berasrama bila naik sekolah menengah. tapi……… sebabkan mak aku seorang guru yang berpangkat tinggi, dia banyak cctv dan reporter kat sekolah-sekolah diorang. jadi, abang-abang dengan kakak aku memang kena tunjuk baik habis. budak, biasalah.. ada waktu dia meliar dan membuas. kalau tak namanya remaja. setiap 2/3 hari sekali mak bapak aku akan call tanya keadaan sekolah kat sana.

aku? bersekolah sama dengan tempat mak aku mengajar. semua benda mak aku pantau. semua guru mak aku tanya. jadual kelas dan jadual guru pun mak aku tahu. dia tahu semua waktu kelas tambahan, aktiviti koko dan sukan. jadi dia ada estimation dia sendiri pukul berapa aku akan habis sekolah, atau balik rumah. pernah sekali, masa tingkatan 1. balik daripada aktiviti koko, aku singgah rumah kawan aku nak ambil barang. mak dia ajak makan sekali, jadi aku menjamah lah sikit. takkan la nak tolak. aku nengok-nengok jam. hati tak keruan betul. tak sampai setengah jam pun aku kat rumah kawan aku tu. tapi aku dah tahu jawapan dia… balik je tanpa dengar penjelasan aku, terus rotan hinggap kat badan. sekarang faham situasi aku?

sejak tu, aku memang dah tak singgah mana-mana. kenapa tak balik dengan mak aku? macam aku cakap, mak aku berpangkat tinggi. jadi dia memang akan stay kat sekolah lama. bapak aku yang selalu tunggu kat rumah sebab bapak aku kerja shift malam. jadi hidup aku ni memang dalam sangkar. nak keluar tak boleh, nak berjimba kejap tak boleh. pernah sampai bapak kawan aku jumpa bapak aku cakap, “budak-budak ni nak keluar. takpe biar saya bawa.” and the answer is? NO. just why? tahu tak… masa sekolah kot. mestilah terasa teringin nak keluar dengan kawan-kawan. dapat pergi taman permainan pun cukup.

naik tingkatan 6, diorang macam dah okay sikit. sebab sekolah aku jauh. lebih kurang 20-30 minit dari rumah jadi aku diberikan kereta kecil warna merah. ponponponponpon kereta kecilku berbunyi. aku bagi tahu, waktu sekolah aku packed. aku siap bagi jadual, waktu koko, kelas tambahan dan yang sepatutnya. sekolah ni tak sama sekolah dengan mak aku tapi cctv dia tetap ada. korang bayangkan, bapak aku siap buatkan aku buku log, setiap hari kena minta tandatangan guru kelas aku menunjukkan aku pergi sekolah. balik rumah kena tunjuk kat bapak aku buku tu. aku diberi kelonggaran sikit, boleh balik lambat. at least sampai rumah sebelum pukul 5 petang. itu pun aku punyalah kelam kabut. dengan kerja kursus kena survey sana sini. jumpa2 temu bual orang. semua aku cuba buat dalam masa ditetapkan. pernah sekali bulan puasa. aku minta kebenaran dengan parents aku sebab budak kelas aku nak ajak berbuka di luar. di mana? di mall yang hanya terletak 5 minit dari rumah aku. aku janji aku balik sebelum isya. and the answer is? NO. come on la….. dah 19 tahun kot masa tu. aku tak pernah merasa keluar dengan kawan-kawan. nangis aku sedih. sekali tu je aku mintak nak makan luar, tapi tak bagi. bukannya hari-hari.

2. tak ada lesen motor
kami adik beradik perempuan tidak dibenarkan sama sekali amik lesen motor. sampai abang aku senyap-senyap ajar kami bawak motor. sanggup dia belikan kami kereta daripada kami naik motor. ye… aku faham, keadaan sekarang bahaya lagi-lagi perempuan. tapi kalau kami nak naik motor tumpang abang ke apa sampai tak bagi, dia suruh abang aku drive. apa kes. susah aku nak rasa naik motor. setahun sekali pun susah. konklusinya, segala komponen motor aku dengan kakak aku tak tahu. diorang cakap tak payah amik tahu, nanti lama-lama nak bawak. nak protes lebih-lebih tak boleh. mak bapak kan.

3. keluar mana-mana dengan parents.
keluar dengan kawan? tidak sama sekali. nak beli barang dapur kat mall yang 5 minit dari rumah aku tu pun mak aku ikut. aku ni rimas sangat rasa. stress pun ada. 24/7 dengan parents aku. kat rumah diorang, luar diorang. nanti mesti ada yang cakap aku tak bersyukur. bukan macam tu, but i need time. i need my own me-time. kalau aku nak keluar jugak dengan kawan-kawan aku, mak aku akan ikut. kau bayangkan pergi makan malam je dekat restoran, tetiba selit ada mak aku. mak aku ni pulak bukan jenis yang dengan budak-budak boleh masuk kepala, tapi jenis yang kena solehah depan mata 24/7. faham tak situasi aku masa ni? nak makan behuhu huha setakat dinner kena control habis depan mak aku. aku serba salah jugak dengan kawan-kawan aku, tapi takkan aku nak menderhaka dengan mak bapak aku?

sekarang bila dah masuk alam pekerjaan, aku dah ada kereta sendiri. boleh laa mak bapak aku nak lepaskan sikit. korang bayangkan, aku setakat pergi pasar malam dengan kawan aku yang hanya amik masa tak sampai 1 jam pun, mak aku dah call sampai 2-3 kali. bila nak balik? kenapa lama sangat? aku sampai mengeluh. dia lupa ke pasar malam tu tempat awam. orang ramai, kereta banyak, nak parking lagi. dengan jammed nya lagi. kakak aku yang keluar rumah tak duduk sekali dengan kami sebab kerja jauh pun hari-hari dia call. dalam hati aku, orang tu penat kot baru balik keje. entah dah habis hembus nafas ke tidak. tak menyempat nak tunggu kakak aku call. hari-hari call tanya dah balik? okay kerja? sihat?

lagi satu, kat negeri aku banyak la jugak tempat-tempat attraction yang best. especially waktu malam, mesti lah meriah kan. aku dengan kakak aku nak pergi sama-sama, diorang tak bagi. bila kitorang ajak parents aku, diorang cakap tak nak pergi tempat budak-budak macam tu. buang masa, banyak dosa daripada pahala. nak mintak pergi dengan kawan? lagi lah haram dia nak lepaskan. abistu kitorang buat apa? duduk rumah mengadap dinding.

4. kawan dengan siapa
soalan lazim dia… kawan dengan siapa? duduk mana? lelaki ke perempuan? family macam mana? kawan-kawan aku dan kakak aku tak perlu cakap lah. semua nombor diorang serta mak bapak diorang parents aku ada. aku pergi kerja ni balik rumah happy-happy nak cerita hal kerja, nanti dia ada menyelit officemate tu baik ke? family dia macam mana? kaya ke? ya Allah. aku tak tahu apa pemikiran mak bapak aku sampai fikir benda-benda tu semua jadi influence dalam hidup aku. aku pernah ada bf, dan banyak kali aku gaduh dengan bf aku sebab kitorang tak macam yang lain. sebab? setiap kali dating mak aku nak ikut. tak boleh keluar rumah lepas maghrib. tak boleh gayut atau text sampai tengah malam, maksimum pukul 9. nak jumpa kejap depan rumah sebab mak bf aku bagi lauk pun, bapak aku yang keluar. last2 pakwe aku yg stress. dia cakap semua benda tak boleh. sekali sekala boleh lah ikut ke apa. habistu nanti kalau lepas kahwin pun nak kena ikut jugak ke? then kami putus. maka berhuhu lah aku sedih sorang-sorang mengenangkan rasa bersalah di kedua-dua belah pihak. do you feel me now?

ini sahaja antara kisah kehidupan aku sedikit sebanyak. banyak lagi tapi aku ambil contoh-contoh yang simple untuk korang faham. kakak aku pun dah cecah 30-an tapi parents aku macam ni lah menyebabkan susah ada lelaki nak lekat dengan dia untuk jangka masa yang lama. aku pulak? risau hati ni kalau jadi macam kakak aku. kadang-kadang kesian dengan dia… berkawan sikit tak boleh. itu tak boleh. aku pun kena benda yang sama.

aku nengok album-album lama masa mak bapak aku study dulu masa belum kahwin, lagi laaaaaa hidup diorang. berjalan sana sini baik luar mahupun dalam negara. campur lelaki perempuan. hiking, pergi pulau. dan masa tu lagi mak aku still belum pakai tudung dan masih berseluar pendek. aku kadang-kadang nak je jadikan gambar-gambar lama tu sebagai senjata aku, tapi rasa macam derhaka sangat. kang jakgi tak hidu bau syurga dah jadi satu hal. tapi.. jujur… aku teringin sekali sekali nak berjalan dengan kawan-kawan aku. berjimba. kalau nak pergi jauh tak boleh, cukup lah dengan ibu negeri aku. kat sini pun banyak tempat boleh tuju. tu je. kawan aku ada cakap, “kau kahwin cepat-cepat. nanti boleh lari sikit dari parents kau.”. aku cuma mampu jawab, “nak kahwin macam mana kalau semua benda nak ikut, kena report, kena view. sape pun tak lekat dengan aku.” maka kami pun hanya berhuhu mengenangkan nasib aku.

ini sahaja confession aku. bukan dianaktiri, tapi dicabut sayapnya.

– NH

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit