Cabaran Ibu Anak

MENYUSURI USIA TUA adalah suatu yang pasti & kita tidak dapat mengelakkannya sekiranya usia kita panjang. Segelintir ibubapa yg uzur & tua mengalami tekanan emosi & kesunyian setelah kematian pasangan…… apatah lagi merasa tidak dipedulikan kerana anak2 telah ada penghidupan sendiri. Adakalanya timbul konflik dikalangan adik beradik dalam urusan menjaga ibubapa yang uzur. Mereka perlu banyak berbincang dalam membuat perancangan bukan hanya self-centered beremosi sesama sendiri. Kerenah ibubapa yang uzur & meminta2 perhatian anak2 menyebabkan adik beradik merungut2 sesama sendiri & tidak bertolak ansur antara satu sama lain. Saat mencabar ini menuntut anak-anak menghormati ibubapa yg tua… perlu bercakap dengan lemah lembut kepada mereka dalam apa keadaan pun & bersabar menghadapi karenah ini. Sedarilah & berusaha menggembirakan ibubapa tua menjalani sisa-sisa hidup yg tinggal tidak ternilai bukan kerana jasa bakti tetapi atas amanah, tanggung jwb ihsan dan kasih. Ketabahan & keimanan seseorang itu diuji Allah di saat berhadapan dengan karenah ibubapa yang uzur.
Jika kita berbuat baik pada kedua ibubapa, kita telah menunaikan perintah Allah dan hak ibubapa. Semoga amalan terhdp org tua mendapat rahmat dan redho Allah.

Sebagai ibubapa pula elakkan menyebut dan ungkit jasa terhdp anak mendambakan pembalasan. Mohon kehadrat Allah dipermudahkan kehidupan meniti usia tua dan kematian agar tidak menjadi beban kepada anak2. Insya Allah anak2 kita diresapi rasa kasih dalam melunaskan tanggung jawab tanpa rungutan. Jika kita berharap sangat mereka berbuat perkara yang sama kepada kita seolahnya kita mohon menjadi beban kp anak2 dihari tua.

Anak2 adalah amanah dan tanggung jawab ibu bapa menafkah, mendidik serta menjadi sumber rujukan selagi nyawa dikandung badan dan selagi waras. Kehadiran anak2 adalah dari apa yg kita usahakan bersama pasangan. Allah yg menentukan makhluk yg mengisi dunia ini. Ibubapa buang sikap selfish melahirkan anak untuk berbakti semula kepada mereka menjadi kisah sitanggang sebagai model semudahnya melabelkan anak durhaka. Sedangkan dlm fiksyen tersebut, ibunya serbu anak dalam situasi dan tempat yg tak sesuai. Bukankah sepatutnya ibu bersabar dulu “pm tepi” sekaligus dapat menjaga imej anak. Biarkan anak kita mengaum bila masuk kandang rimau dan mengembek dalam kandang kambing.
InsyaAllah anak2 berasa selesa bila ibubapa tidak banyak kerenah yg merimaskan terutama ketika masih mampu berdikari. InsyaAllah kasih sayang mereka hadir tanpa paksaan bersama ihsan dan tanggung jawab.

Anak2 kita juga akan melalui cycle yg sama. Ada ibubapa yg terlepas dari menjaga orangtua mereka yg telah pergi dahulu, mereka ini boleh fokus kpd menjaga anak sendiri sahaja tetapi tidak pada anak kita. Katakan mereka masih punyai orangtua tidak berdaya perlu dijaga bersama anak2nya, mereka ini lebih terbeban. Sebagai orang tua perlu fikirkan apa yg anak kita hadapi bukan membesarkan jasa kita. Oleh itu doakan yg baik2 utk anak agar Allah permudah urusan kita semua.

Makcik nik

– Makcik nik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit