Confession of a very dissapointed daughter

Salam,

Saya nak ceritakan kisah mak ayah saya. Saya harap cerita ni dpt jadi pengajaran kepada semua anak perempuan kat luar sana utk sentiasa perhatikan tingkah laku mak ayah masing2.

Saya dilahirkan dalam keluarga yg biasa, mak sy cikgu, ayah pulak seorang ahli perniagaan. Usia saya 16 tahun, mak saya disahkan mempunyai ketumbuhan pada bahagian otak dan perlu menjalani pembedahan dengan kadar segera. Bermula daripada sini, mak memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada ayah dengan kad atm beliau dan mulai daripada hari itu juga, ayah mula berubah sikap. Ayah masih setia dgn mak, menjaga mak ketika mak sakit, tp di belakang mak, ayah mula berhubungan kembali dgn bekas kekasih beliau yg telah kematian suaminya. Ayah juga pada masa yang sama telah menyampaikan haarat beliau kepada saya utk mengahwini bekas kekasih tersebut.

Pada ketika itu, 2 org adik lelaki saya masih kecil. Saya menasihati ayah utk lupakan hasrat tersebut dan hanya tumpukan pada kesembuhan mak dan membesarkan adik2, dan saya juga pernah berkata kepada ayah, jika sia kahwin lg satu, kami adik beradik mmg tidak akan memaafkan beliau. Jadi, ayah telah melupakan hasrat "murni" nya itu.

Tetapi, pada masa yg sama, ayah menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita muda yg boleh dikatakan hampir dengan usia saya sendiri. Dan ayah pernah memberitahu saya tentang "anak2 angkat" beliau. Sekali lagi, saya mencemuh perbuatan ayah dan telah memaki hamun anak2 angkat beliau utk tinggalkan ayah saya. Saya igtkan langit akan cerah sehingga petang, tapi sangkaan saya jauh tersasar apabila tidak lama kemudian, saya mendapati ayah masih mempunyai hubungan dengan salah seorg drpd anak angkatnya sehingga sanggup membelanjakan wang ringgit, dan bagusnya, pwrempuan itu menjual cerita kepada ayah saya yg hidupnya sgt susah dan ayahnya tidak dapat menampung kos pembelajarannya.

Tetapi saya amat pelik, perempuan itu meminta ayah saya duit utk membeli seluar jeans levi's yg diidamkan sedangkan saya, tidak akan dapat layanan sebegitu. Dan yg paling bodoh, ayah saya bagi duit kepada perempuan itu. Anda aemua mungkun tertanya bagaimana aaya mendapat tahu tentang semua aktiviti ayah saya bukan? Saya telah membaca semua mesej sms ayah dengan "anak angkat" tersebut.

Mak saya masih dalam proses utk sembuh drpd serangan angin ahmar yg dialaminya semasa pembedahan membuang ketumbuhan di dalam otak beliau. Jadi, saya tidak dpt memberitahu mak saya perkara tersebut kerana risau ia akan mengganggu proses beliau utk sembuh sepenuhnya.

Jadi, solusi kami adik beradik telah memaki hamun perempuan tersebut di telefon dan mengharapkan yg hubungan mereka tidak diteruskan.

Buat pengetahuan pembaca semua, maka saya seorang yg jimat cermat dan ayah saya seorg yg boros. Mak tidak akan membeli kain ela yg berharga lebih drpd rm 30 utk 4 meter, dan ayah saya pula jenis membeli barang secara borong dan akhirnya akan terbazir begitu sahaja. Ayah juga suka berhutang dan susah membayar hutang, bertukar kereta seolah-olah salin baju, membeli baju yg berharga ratusan ringgit. Dan semua itu, dia gunakan duit mak saya. Acap kali menggunakan alasan kepada mak saya tidak mempunyai wang yg cukup utk membayar gaji pekerja kerana kilang tidak membayar duit kepada syarikat beliau, dan acap kali mak saya membenarkan ayah saya menggunakan duit drpd dlm akaun mak saya utk tujuan pembayaran gaji pekerja2 beliau. Malah setelah 16 tahun, masih tidak dpt mengagak pattern pembayaran gaji pekerja beliau. Jadi mana duit keuntungan syarikat ayah saya? Ayah saya telah mrmbelanjakan wangnya utk anak-anak angkat beliau. Sakit hati bukan? Mak saya tidak tahu perkara ni.

Sehinggalah pada hari perkahwinan saya, anak angkat kesayangan ayah saya datang menghandiri kenduri saya, walaupun saya telah memberi amaran kepada ayah saya utk tidak menjemput seorg pon anak angkat beliau. Jadi, apanila ayah saya tidak mematuhi syarat saya, saya bongkarkan noombor telefon perempuan tersebut pada blog dan juga laman2 lucah sebagai balas dendam.

Dariapda situ, mak saya telah mendapat tahu aktiviti ayah saya, dan saya tidak pulang ke rumah lagi setelah berkahwin. Memandangkan ayah saya seorg penipu terbesar, dia dpt mengaburi mata mak saya, dan mak saya kembali percayakan ayah saya dan kad atm mak aaya masih di tgn ayah saya.

Saya kecewa dengan tindakan mak yg langsung tidak fikirkan jangka masa panjang dan saya juga sgt kecewa dgn sikap ayah yg tidak berubah malah makin teruk, kerana pada masa yg sama, ayah saya memburuk-burukkan mak saya kepada semua ahli keluarga ayah saya. Jadi, saya berjauhan dgn keluarga dan jarang pulang kerumah.

Setelah 2 tahun saya berkahwin, kami dikurniakan dgn seorg anak perempuan, dan dari situ hubungan saya dgn mak ayah saya semakin baik dan sy anggap ayah saya telah berubah kerana ayah mula kenal tikar sembahyang, alunan alquran dan masjid. Apabila usia anak saya menjangkau 4 tahun, saya mengambil keputusan utk berhenti kerja dan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Jadi, pada awal saya berhenti kerja, saya minta izin suami utk pulang ke rumah mak ayah saya utk membantu ibu saya yg kurang sihat, mak saya penghidap kencing manis dan sering letih selepas pulang dari sekolah, dan rumah mereka tidak terurus. Tidak lama saya berada dirumah, saya nampak sikap ayah saya yg sering bergayut di telefon dan membahasakan dirinya papa dan saya tahu rdia bukan bercakap dgn adik beradik saya. Ayah saya juga sering menghadap komputer, dan juga telefon utk berbalas whatsapp dan fb msg. Saya mula curiga dgn sikap ayah walaupun ayah telah mengatakan yg dia tidak lagi membuat kerja2 lama beberapa kali kepada saya. Suatu hari, saya mengambil keputusan utk siasat, jadi dalam diam, saya telah mengambil handphone beliau, dan melihat semua mesej whatsapp dan fb msg ayah saya dengan beberapa org budak perempuan yg separuh drpd umur saya. Mereka bercerita tentang oral seks dan alat kemaluan masing2 dan juga onani. Saya termuntah apabila membaca kesemua mesej2 lucah mereka.

Tanpa lengah, saya telah memberitahu dan juga berikan bukti tentang perkara tersebut kepada mak saya dan mak saya telah memarahi ayah saya. Ayah saya telah memaki hamun saya. Setelah mak saya mengambil kad atm beliau dr ayah saya, mak saya menjerit di bank apabila mengetahui duit dlm akaun mak saya tinggal sikit sahaja, sedangkan mak saya tinggal setahun saja lagi utk pencen. Saya juga telah mendapat tahu bahawa ayah saya telah menggadaikan sebahagian besar emas mak saya dan tidak menebus kembali. Saya sangat kecewa dgn sikap ayah saya kerana dalam koleksi emas yg telah digadaikan, rantai, loket, gelang, subang emas saya yg merupakan hadiah mak saya kepada saya telah lebur begitu sahaja.

Sekarang hubungan mak dan ayah saya tidak berapa baik, dan saya juga sudah tidak mahu bercakap dgn ayah saya. Saya tidak lagi tinggal di rumah mak ayah saya dan telah kembali ke pangkuan suami dan saya berhasrat utk tidak lagi pulang ke rumah mak ayah saya.

Saya harap dengan kisah saya ini, perempuan muda yg baru nak kenal dunia, tolong jgn layan lelaki yg sudah beristeri dan kepada pasangan yg telah lama berkahwin, pastikan anda betul2 kenal dgn pasangan anda, dan kepada semua pasangan yg ingin dan baru berkahwin, jgnlah terlalu percayakan pasangan anda, kalau boleh rahsiakan amaun gaji bersih anda, dan menabungla utk kemungkinan2 yg tidak dijangka. Saya doakan kalian semua bahagia disamping org tersayang.

Sekian.

– The girl in pink hijab

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *