Confessor anak yg terluka sbb mak curang please baca ni

Aku ade terbaca confession pasal anak yang terluka sbb mak dia curang. Yg kisah mak dia dok gayut kat tepon dgn jantan lain & pernah keluar tgk wayang skali tu. Aku ade beberapa suggestion kt sini yg maybe boleh membantu. Aku kata maybe. Huhuu. Aku bukan la pro sgt, tp aku pernah guna cara ni masa ayah aku curang dlu. Tp skrg alhamdulillah ayah aku dah berubah.

1) Kau cari siapa jantan tu. Amik no phone dia or ID wechat ke ape ke. Then kau try send msj kt lelaki tu suruh jgn dia contact mak kau lg atau family kau report polis. Rasanya sekarang ni negara kita ada undang-undang utk perosak rumah tangga.
Rujuk sini :
https://www.malaysiandigest.com/about-us/181092-paris-bakal-menjadi-tapak-untuk-masjid-gay-pertama-di-eropah.html

2) Actually lagi baik kalau kau mengadu je kat ayah kau/family mak kau/family ayah kau pasal kecurangan mak kau tu. Maybe adik beradik dia boleh tlg sedarkan. Atau nenek & datuk kau boleh tolong.

3) Kau try rosakkan phone tu then buat2 xtau cmne boleh rosak. Atau format je balik phone tu biar hilang habis no phone lelaki tu semua.

4) Aku tak pasti la kau kenal ke tak jantan yg mak kau dok suka tu. Kalau betul la dia suami org, kau boleh berpakat/bagitahu hal ni kat family jantan tu. Rasanya kalau ada no phone tu kau boleh try google or search kt fb kot kot boleh jumpa ke.

5) Err cuba kau try berubah. Layan mak kau elok2, jgn ckp kasar2 & maki2. Maybe dgn cara ni kau akan jd makin rapat dgn dia. Dan bila makin rapat, maybe dia akan makin syg kau & terbukak hati utk bg kau family yg sempurna. Ye, try rapatkan diri kau dgn mak kau. Sbb based on pengalaman aku dlu, ayah aku ni panas baran orgnye. Stiap kali aku balik cuti sem confirm kene bebel & marah setiap hari sampai aku sendiri pernah harap ayah aku mati huhu. Tp aku try ubah sikap aku. Sbb bila aku jauh dgn ayah, aku rindu dia huhu. Jadi satu hari tu aku call dia & ckp "Along syg abah". Then bile balik cuti, tiba2 ayah aku dah tak marah2. Aku pun ckp elok2 & x berkasar dgn ayah aku. Bila ayah aku nk start mrh aku ckp elok2 "Abah jgn la mrh." Then automatik dia tak marah dah. So skrg aku yg menyesal sbb pernah harap dia mati. Perangai panas baran dia bukan main dasyat sampai tahap dia pernah tendang belakang badan aku. Sampai skrg aku rasa sakit hahaha. Bukan tu je, pernah jugak dia campak barang2 kat aku mcm kerusi, beg yg penuh dgn buku & katil pun pernah. Tp lepas aku call dia & ckp aku syg dia, dia dah x marah2 aku lagi. Hehe.

Hmm sorry la kalau cara aku ni tak berapa membantu sbb skrg pun dah pukul 3.41 a.m dan aku pun dah pening kepala, esok ade kelas lagi huhuu. Tapi in shaa Allah aku akan fikir lagi solution utk masalah kau. Btw kalau nak kongsi masalah, boleh share dgn aku, no problem, aku perempuan jugak. Send kt email aku itachi_byakuya@yahoo.com . Kite boleh stay as stranger, x perlu kenal2 pun sbb kau nk jaga aib family kau kan.
Btw aku harap sgt semoga kau terus tabah hadapi dugaan ni. Banyakkan & teruskan berdoa kpd Allah. Sbb hanya Allah swt je yg boleh tolong kita.
Aku doakan semoga mak kau berubah satu hari nnti, in shaa Allah.

– Sis nak bantu

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *