Dapatkan Keberkatan Allah Di Hari Raya

Salam Alaikum dan Ramadhan Kareem.

Hari ni sekolah saya telah menjemput seorang imam di salah sebuah masjid di kawasan saya untuk memberi sedikit ceramah. Tajuknya ialah ‘Cara mendapat rahmat Allah di hari raya’. Berkenaan dengan itu, saya gunakan IIUMC sebagai platform untuk saya kongsikan semula apa yang saya dapat hari ni. Terima kasih pihak IIUMC. Bukannya apa, saya cuma nak kita semua menyambut hari raya dengan cara Islam yang betul dan lahirkan masyarakat yang diredhai Allah. Sebenarnya benda ni kita semua dah tahu cuma saya nak tegaskan je sebab kita ni semakin hanyut dalam teknologi sehingga kita tinggalkan yang sunat.

1. BERTAKBIR
~ Malam raya tu, kita disunatkan bertakbir kepada Allah SWT. Jangan pula kita sia-siakan masa tu dengan tengok drama ke, main game ke, texting kawan ke. Peranti yang melalaikan tu tolonglah tutup. Boleh buka TV untuk tengok dan dengar orang bertakbir. Sambil-sambil buat persiapan raya tu, dengar juga takbir raya. Kalau ada anak kecik yang nak tengok cerita kartun ke apa, jangan biarkan dia menang. Kita ajar dia dari kecil, terapkan amalan ni dari kecil supaya dia terbiasa dan sedar akan kepentingan takbir raya. Hidupkanlah malam raya dengan takbir dan beribadah. Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang beribadah pada malam raya sama ada raya Aidilfitri atau Aidiladha, nescaya dia takkan mati hatinya sepertimana matinya hati orang kafir,”

2. SOLAT SUNAT
~ Tidur awal lah ye. Kan esok nak nampak berseri-seri bukannya nak tunjuk muka mengantuk ye tak. Pastikan persiapan raya dah siap sebelum tu awal-awal lagi. Sebabnya, kita nak bangun solat tasbih. Qiamullail yang kita amalkan di bulan ramadan jangan biarkan dia hilang bila tiba raya. Teruskanlah amalan tu walaupun bukan pada bulan Ramadan. Kita mencari keredhaan Allah sepanjang hayat. Bukan pada Ramadan saja kan. Bangun sepertiga malam dan buat solat sunat.

3. MANDI SUNAT
~ Yang membezakan mandi sunat dan mandi harus ni cuma niat sahaja. Rugi orang yang tak niat mandi sunat sedangkan sama sahaja kalau mandi harus pun. Niat, dan terus mandi seperti biasa. Tak perlu langkah2 pun. Senang sangat nak dapat pahala sunat. Allahu Rahman. Niatnya begini “Sahaja aku mandi sunat hari raya kerana Allah SWT”. Disunatkan juga membersihkan diri dengan mencukur bulu-bulu pada tubuh, memotong kuku, memakai wangi-wangian.

4. SOLAT SUNAT HARI RAYA
~ Sebelum pergi ke masjid, sunat kita menjamah sedikit makanan. Lebih afdhal kita ambil tamar dalam bilangan ganjil. “Nabi SAW tidak keluar (mengerjakan sembahyang) pada hari raya fitri sehinggalah baginda makan dan tidak makan pada hari raya adha sehinggalah baginda sembahyang (hari raya adha).” (Hadis riwayat at-Tirmidzi).

~ Kemudian pergi ke masjid untuk solat sunat fitri. Sunat bagi makmum datang awal selepas fajar bagi mengambil tempat duduk untuk mengerjakan sembahyang hari raya. Manakala disunatkan bagi imam untuk melewatkan solat sunat Aidilfitri untuk memberi ruang kepada umat Islam untuk membayar zakat fitrah pada waktu yg afdhal iaitu sebelum solat.

~ Sunat kita pergi berjalan kaki ke masjid. Dan melalui dua jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang.

5. ZIARAH RUMAH SAUDARA DAN SAHABAT
~ Yang paling elok, rumah yang kita pergi ziarah ialah rumah musuh kita. Masa ni lah kita ambil peluang untuk minta maaf dengan dia. Tak baik kalau teruskan perang dingin atau simpan perasaan dendam dalam hati. Ketika kita berjumpa sahabat dan saudara, sebut ‘Takabbarallahu waminna waminkum’. Maksudnya : Semoga Allah menerima amalan kamu dan amalan kami. Tak salah nak ucap selamat hari raya, tapi lebih baik sebut yang telah diamalkan ketika zaman nabi dahulu. Memang jarang dalam masyarakat kita yang ucap begitu. Tapi takpelah, kita mulakan ucap begitu mana tahu orang lain terdetik nak ikut.

6. SOLAT MENEPATI WAKTU
~ Utamakan yang wajib. Jangan kita bersembang sakan sampai lupakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Back to basics, kita sambut aidilfitri untuk meraikan kejayaan kita menahan nafsu yang dikira jihad. Dah kalau solat pun di hujung waktu, berbaloi ke puasa kita? Berpuasa selama sebulan, bukan solat di hujung waktu yang kita nak. Tapi ketakwaan diri meningkat tu yang kita nak.

Itu saja lah yang saya kongsikan. Sebenarnya banyak lagi yang saya catat, tapi saya ambil sedikit sudah lah. Cuma saya nak tekankan kurangkanlah teknologi masa hari raya. Tutup TV masa tetamu datang, layan tetamu, berboraklah. Smartphone tu kalau boleh jangan pegang pun. Tak sopan kalau kita bercakap dengan orang tapi mata dekat fon. Selfie tu tak perlu lah sampai tak sempat nak berbual dengan sahabat. Layan yang depan mata dulu, baru yang alam maya. Lagu raya pun dengarlah lagu raya yang baik2, yang memuliakan bulan Syawal. Bukannya lagu yang mendekatkan diri dengan maksiat. Kalau lirik agak memesongkan tu, cepat lah tukar.

Saya harap hari raya kita berjalan dengan penuh barakah dan rahmat Allah. Dengan itu, kita akan dapat menikmati kemeriahan hari raya dan kebahagiaan yang sebenar. Mudah-mudahan penulisan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain walaupun hanya seorang. Semoga kita akan terus maju dan jangan pernah berputus asa untuk berjuang. Terima kasih. Assalamualaikum.

– High Schooler

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit