Crush dan Confess Pada Umur 30-an II

Terima kasih pada semua yang mendoakan yang *terbaik* untuk saya dalam confession saya yang terdahulu (https://iiumc.com/crush-dan-confess-pada-umur-30-an/). Niat saya bercerita adalah untuk tujuan dakwah supaya tidak bercouple, perlunya komunikasi dalam apa jua situasi dan bergantung harap pada Allah SWT.

Ada juga yang bertanya apa yang menyebabkan saya kuat? Semuanya dengan izin Allah berlandaskan niat yang betul untuk berumah-tangga #tilljannah. Iye, saya mengambil inspirasi Siti Khadijah dan juga beberapa perempuan yang menawarkan diri kepada Rasulullah SAW – berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malek.

Saya tahu jawapan A hanya salah satu sahaja, jika jawapannya ya, perlu move on untuk langkah selanjutnya – menghala kepada marriage, jika jawapannya no – move on juga dengan hidup lebih kuat dan lebih amazing dari biasa. Ada beberapa komen dari komentor yang sangat-sangat bermanfaat pada saya. Antaranya ialah jika A jawab No apa yang perlu saya buat. Ada juga komen yang menyebabkan hati saya makin berbunga-bunga.

Ada juga komen yang sangat wise dari seorang yang pernah menjadi ibu/bapa tunggal yang menasihatkan saya untuk tidak terbabit dengan relationship yang baru dalam jangka-masa sehingga 3 tahun selepas bercerai, which makes me think really really deep. Adakah saya sedang dlm phase escapism – move on dari divorce dengan cara mudah iaitu berkahwin lain. Ada seorang sahabat baik saya beri feedback yang sangat bernas pada saya, “I saw you are losing yourself since you were married, and you have not gained yourself back even after divorce, you live in despair.. find yourself back”

Seminggu masa yang A ambil untuk buat keputusan, dan seminggu itu jugalah saya juga berfikir, berfikir tentang the meaning of life. Mungkin inilah juga jawapan istikharah saya – saya tak sedap hati, saya baca semula confession saya sebelum ini dan juga komen-komen terutamanya komen yang memberi nasihat kepada saya selaku ibu tunggal. Saya juga sudah mula hilang fokus, hilang fokus pada sesuatu yang belum pasti. Inilah juga hasil dari doa kalian yang mendoakan yang *terbaik* untuk saya.

Saya buat keputusan untuk No – tidak proceed, sehingga saya benar-benar stabil bina hidup baru, habiskan master, dan fokus pada anak – ini yang lebih utama. Saya dan A duduk berbincang sekali lagi – open communication juga, dan jawapan A juga adalah No. Takpe, ada hikmah semua ini terjadi. Pengalaman kepada saya, menyedarkan saya tentang priority dan hakikat psikologi orang yang bercerai, escapism dan sebagainya.

Saya crush pada bulan Ramadhan, tidak tunggu lama saya confess, sebab the more you wait the more you will fall towards him. Saya confess pada bulan Ramadhan dan juga dpt jawapan dari Allah yang membulatkan hati saya untuk say No, juga jawapan dari A juga pada waktu bulan Ramadhan juga. Pasti ada hikmah tersirat lain sebenarnya yang menjadi rahsia Allah. Saya kill the feeling dengan confess supaya saya tidak berharap.

Saya ada juga bercerita tentang confession saya sebelum ini pada A, dan saya juga cakap ramai yg minta sequel, “they are rooting for happiness, but I am going to write a sad sequel”. A jawab, “are you sure it’s gonna be a sad sequel?” Iya, boleh jadi apa yang kita mahu itu belum tentu baik untuk kita, kan? [2:216]. Semoga readers dapat mengambil pengajaran dari apa yang saya ceritakan ini.

Apapun, terima kasih kerana mendoakan yang terbaik untuk saya. Kalau kita anggap jawapan No semata-mata kerana mahu membina sesuatu perhubungan memang sad lah jadinya. Tapi, kalau kita anggap jawapan No itu lebih besar daripada itu, maka insyaALLAH bahagia lah jawapannya, yang penting apa tindakan kita buat hendaklah dalam keredhaan Allah.

Selamat berpuasa untuk Ramadhan yang masih berbaki beberapa hari, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan juga jangan lupa puasa enam.

– Hannah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit