Dari Manja Ke Lara

Dari manja ke lara
Dari tajuk, aku nak nak bercerita kisah aku yang dulunya sangat gemuk ke aku yang sekarang, Alhamdulillah, kurus. Nama aku yana and aku berumur awal 20-an. Aku dari sekolah rendah lagi, saiz badan aku memang kategori obess sampai tahap mak aku kaw2 cut aku punya sugar jajan intake. But dah namanya budak, kau tahan macam mana pun, memang aku akan tetap kejar, cari segala macam coklat, jajan sampai dapat.

Masa aku sekolah rendah, tak ada la ketara sangat badan aku ni gedempol, but then puberty hit me, and BAMM, saiz aku mendadak naik. Start aku darjah 6, then naik form 1, masa ni lah aku punya segala macam lemak, jerawat datang sampai tahap aku menjadi something that I would call myself disgustingly ugly. Dan reaksi kawan sekeliling lebih sinis terutama dari lelaki. Aku mula mendapat gelaran “anak gajah”. Sounds like harmless joke tapi anak gajah ni lah yang buat aku trauma 3 tahun aku kat sekolah menengah. Lebih manis, aku dibuli sangat2 teruk hanya sebab aku ni gemuk, hitam dan berjerawat batu penuh kat muka. Yes, semua kenangan manis tu aku pernah rasa dari sesimple, surat cinta palsu ke physical harassment, aku ditampar oleh budak lelaki.

Ada sekali, aku minum air sunquick aku bawak dari rumah, tengah syok aku minum, budak2 lelaki sekelas aku tiba2 gelak besar. Aku pelik gak kenapa, rupanya aku dapat tahu dari classmate perempuan aku, diorang tuang air rendaman stoking diorang dalam botol air aku. Imagine, diorang kumpul semua stoking diorang dalam gayung, letak air paip, and hasil rendaman tu bagi aku minum. Ko rasa? Belum lagi aku cerita time buku tulis aku masuk jamban lelaki, beg aku kena tuang sampah, atas meja aku kena tulis ayat2 ‘indah’ dan sebagainya. Tak larat aku nak tulis semua. And aku pernah mengadu, banyak kali dekat cikgu kelas aku. Tau apa dia jawab? ‘alah budak laki memang nakal. Yang awak pergi layan buat apa?’ that. And aku tak de ayah, entah ke mana dia hilang. Aku cuma ada mak yang busy kerja nurse kerajaan, nak tampung aku dengan 2 lagi adik aku. Mana lah aku sampai hati nak bagitahu mak aku masalah aku kat sekolah. So selama 3 tahun tu, aku terima semua tu dengan air mata yang dah tak malu tumpah depan orang. Aku tak ada kawan rapat, maybe sebab aku dulu pun sangat pendiam, so semua aku telan sorang2. Sampailah cerita Manjalara keluar kat TV3. Masatu aku form 3.

That moment aku jatuh hati sangat2 dengan drama tu. Maybe sebab watak Manja tu gemuk, so my coping mechanism at that time is to relate myself with someone that has the same physical as me. That aside, aku tak pernah miss cerita tu. Setiap kali Manja kat dalam tv tu ditimpa masalah, aku siap jerit depan TV, ‘JANGAN MENGALAH MANJA’. Yes, sampai tahap tu aku punya obses dengan watak Manja. By the way, bila cerita da popular, of course cerita tu jadi popular kat budak sekolah juga. Dan aku pun terkena tempiasnya, aku diberi nickname baru, iaitu ‘manja hitam’. Tapi aku sebenarnya tak kisah pun. Manja tu baik, tak kenal erti kalah and ada prince charming yang sayangkan dia. So diorang panggil aku Manja, aku lagi la suka. Even ada ‘hitam’ tu. Tapi nickname tu tahan sekejap je la. Bila Manja tukar jadi Lara, diorang pun stop la panggil aku manja, fasal manja tu jadi kurus. Aku stay gemuk.

Dari Lara pulak, aku betul2 starstruck. Aku macam dapat satu inspirasi yang sangat2 mendalam. Lara ni ditonjolkon sebagai cantik, charismatic and strong willed. Aku memang jatuh hati sangat2, so aku tekad nak jadi macam tu. Diam diam, aku mula pasang azam nak kurus. Aku sebelum ni memang pernah diet jogging tapi tak bertahan. Cuma bila aku tengok watak Lara ni, aku sumpah kat diri aku, tak nak mengalah. This time, I take it slow. Aku mula dengan slow walk and aku cut segala macam sugar dari diet aku. Sayur pun aku start makan. Sebab aku ada baca, the best transformation is come from inside. Ko pakai la segala macam mak nenek beauty product pun, at the end yang penting adalah apa ko makan. You are what you eat.

Aku still gemuk by the time aku pindah sekolah sains time form 4, tapi kat situ aku slow2 berubah inside and outside. Alhamdulillah, kat sekolah baru Allah bagi aku kawan yang baik, persekitaran yang positif. And aku pun mula berjinak dengan bola jaring. By the time aku form 5, berat aku dulu yang over 120 turun ke 90kg. aku memang syukur sangat. And I never stop sebab aku masih belum tahap ‘Lara’ lagi sampai lah akhirnya, lepas aku habis matrik. Ada reunion sekolah lama aku. Guess what, I am Lara by that time. Aku finally dapat berat ideal aku, 60 kg. and those yang buli aku dulu memang ternganga. Termasuk la kepala setan yang rajin buli aku, Paan. Siap tak malu mintak nombor aku.

so sebagai penutup bicara, aku macam harap sangat2 TV3 tayang balik Manjalara instead of cheap drama pukul 7 tu. Seriously, Manjalara ubah hidup aku, bagi aku inspirasi sangat2. And to those yang nak lose weight out there, jangan pernah give up, okay?

– adik manja

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit