Mak Aku Iron Lady

Dalam kebanyakan artikel atau kajian, remaja yang bermasalah asalnya dari keluarga yang pecah belah atau boleh dikatakan keluarga yang Ada konflik. Aku hanya setuju 70% .Aku lahir dari keluarga bermasalah. Ayah Ku kaki Judi dan sesorang penagih dadah. Aku Ada 6 orang adik beradik. Dari kecil hingga besar Kami semua berjaya adalah hasil kekuatan sesorang ibu Yang hanya berkerja sebagai operator kilang bergaji rm 900-1000. Emak adalah the true iron lady. Sejak Aku kecil satu Sen pun Ayah tak pernah hulur untuk sebarang perbelanjaan rumah atau untuk anak-anak. Yang dia hanya hulur sepak teranjang. Emak selalu jadi mangsa.boleh dikatakan hampir setiap minggu mak akan kena belasah dengan ayah. Aku Masih ingat, mak akan cepat-cepat suruh Kami masuk Dalam bilik sebelum mak bergaduh dengan ayah.Emak seorang Yang hebat.caci maki Dan pandangan orang kampung mak hadam sesorang. Apa yang mak fikir hanya anak-anak.masa Tu aku hanya 5 tahun.beza Aku dengan adik beradik lain tak jauh. 6 orang anak-anak Yang Masih kecil, mak seorang sahaja Yang tanggung berbekal dengan gaji Yang sedikit.tu Belum lagi duit gaji Yang dirampas oleh ayah.

Emak terpaksa kayuh basikal berhujan, berpanas-panas Demi Kami semua.Masa Aku kecil, dapat makan nasi dengan ayam goreng adalah satu nikmat Yang terbesar.seharian Kami hanya mampu makan nasi digaul dengan minyak. Kekadang mak akan bagi Kami semua makan dulu,kalau ada lebihan baru mak akan makan. Emak adalah anugerah terbesar dalam hidup Aku.

Aku Masih ingat macamana mak tidur Dalam kesakitan apabila ayah pukul mak.dihentak didinding,disepak,tampar malah kekadang batang peyapu hinggap kat badan mak. macamana mak pertahankan Kami apabila ayah Cuba pukul Kami. Mak hanya seorang perempuan Yang tubuh badannya sangat lemah tapi jiwa mak sangat kental. Masih ingat lagi bila orang kampung kutuk keluarga kami.orang kampung pandangan Hina Kami. Tapi sekarang Aku lihat bagaimana mak mampu tersenyum bangga dengan Kami. Mak tersenyum bila orang kampung Yang Hina mak mula lihat kejayaan Kami.

Aku tahu, setiap hari mak menangis Dan ketakutan.takut anak-anak tak makan,takut duit tak cukup,takut dipukul oleh ayah.Tapi alhamdulilah,Kami adik beradik tak terikut dengan aktiviti-aktiviti jahat.tak terjebak dengan dadah,ganja. Alhamdulilah,Kami semua bukan jenis Yang manja.apa yang ada, Kami besyukur walaupun Kami masih tak mengerti.

Hasil titik peluh emak, Aku berjaya tamatkan alam universiti baru-baru ni dengan first class degree.malah kakakku sekarang memegang jawatan Yang penting dalam syarikat.Aku tak berbangga dengan apa Yang Aku dapat sekarang ni sebab Aku tahu semua ini adalah hasil didikan seorang perempuan Yang hatinya kuat kalah wonder woman.seorang perempuan Yang pernah dihina, disepak teranjang oleh seorang suami. Ijazah Yang Aku dapat ni adalah ijazah untuk seorang emak Yang hebat.kalau boleh Aku mahu emak Yang terima ijazah ini didepan pentas.

Apa Yang hendak Aku sampaikan ialah masyarakat jangan salahkan 100% pada ibu bapa.” Budak tu jahat sebab mak bapak dia la Tu”. Kita semua dikurniakan akal.kita boleh fikir jalan Yang mana Kita nak ikut.kita boleh fikir apa akan jadi bila Kita ambil sesuatu jalan tu.jalan Yang Kita pilih adalah jalan Yang Kita nak lalui. Semuanya terletak pada hati Kita. Kita boleh tengok bagaimana Susah ibu bapa Kita. Tetapi budak- budak sekarang hanya tengok dari sudut negatif. “Ala, mak aku bukan peduli pun, asyik kerja je”. Tu dari fikiran Dari sudut negatif.

Tanggungjawab anak adalah bahagiakan ibu bapa Kita. Kalau ibu Kita jahat, Kita tak nampak dah dunia ni.

Itu sahaja, kalau nak ikutkan betapa Banyak pegorbanan mak dah boleh ganti drama melayu pukul 7. Aku nak berterima kasih kat emak. Emak selalu kata Yang mak segan nak minta apa-apa kat Kami, takut beban. Emak bukan beban, emak adalah anugerah Dan nikmat terbesar Yang Kami dapat. Apa Yang Kami ada sekarang adalah semua milik emak.selagi Kami mampu,Kami Akan sedaya upaya berikan macamana mak sedaya upaya membesarkan Kami. Bagi Kami emak adalah iron lady Yang terhebat Dalam hidup kami.kami sayangkan emak. Doakan mak semoga sihat selalu.inshaAllah

– Anak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit