Dengki Ke Orang Diet

Assalamualaikum hi everythinggggg. Aku straight to the point jela ye.

Kita baru je lepas raya haji kan? So ceritanya begini, aku kena perli sebab aku cuba diet.

Actually “diet” tu bukan term yang betul, tapi orang kita faham bahawa orang yang jaga makan ni maksudnya tengah “diet”.

Seriously aku tak faham kenapa kita nak kena perli orang yang tengah jaga kesihatan dia.

Yang korang dengki kenapa? Baik tua, muda, lelaki ke perempuan ke, sibuk nak pertikai kenapa orang jaga makan. Aku sakit hati betul.

NI MEH AKU NAK KASITAU KAT KORANG KENAPA AKU JAGA MAKAN.

Aku jaga makan bukan sebab nak kurus supaya boleh pakai baju ketat pun. Aku pakai baju longgar belaka.

Kalau aku s3ksi pun depan suami je. Bukan suami kau pun? Jadi kau nak dengki sangat aku diet dah kenapa?

Aku jaga makan sebab aku nak sihat. Aku tau la perut aku macam mana. Sebab dah biasa makan small portion jadi perut aku cepat kenyang. Yang kau sakit hati tengok aku makan sikit dah kenapa?

Lepaih tu perli kata aku tak makan sebab tak sedap. Aku cukup beradab depan makanan, sedap tak sedap telan jaaa. Jangan kompelen kecikkan hati orang.

Aku jaga makan sebab aku tak nak overweight dan menyusahkan diri aku. Karang sakit lutut la, sakit tumit la, sebab tak dapat tampung badan gedempol.

Kau tak kesah badan macam tong dram jalan pun senget-benget tu kau punya pasal la. Aku kesah, sebab aku tak selesa badan gitu. Dah beranak pinak bukan lesen untuk membesorkan badan okayyy.

Aku jaga makan sebab aku nak sihat sampai tua. Kalau kau rasa umur 40-50 dah tak sesuai jogging, kau la yang rugi.

Aku nak umur macam tu pun aku boleh panjat bukit, boleh join fun run lagi, boleh buat outdoor activities yang best-best. Bukan dok terperap dalam rumah macam typical makcik.

Last sekali, aku jaga makan sebab aku nak jaga organ paling besar kita iaitu kulit. Aku makan sayur berlambak pun kau kata aku kambing ke manusia. Punya dengki kau kan?

Kalau kau rasa pemakanan tak efek kulit kau, salah kau la sebab tak rajin membaca. Aku jaga dari sekarang supaya 20-30 years from now kulit aku menua healthily.

Oh yes, kau bukan dengki pasal aku jaga makan je. Tapi aku pergi hiking jogging gym pun kau kata macam-macam.

Dengki la tu sebab suami kau tak pandai jaga anak-anak kan? Tak bagi kau me time kan? Ciannn…

Ha pasal kulit tu, aku pakai skincare pun dia sebok jugak wahai readers sekalian, dia kata aku perabih duit..

Hello, aku nak cantik, nak selim, nak fit, nak sihat, supaya bila umur baya kau nanti, aku tak jadi boring macam kau.

Paling penting apa pun aku buat, tak nyusahkan kau pun. Tapi kau yang rasa susah tengok aku jaga itu ini.

Itu la orang kita kan, bila ada orang nak jaga kesihatan, korang perli, korang pertikaikan, korang mengata, korang down kan dia macam la dia buat benda salah.

Lepas tu tak habis-habis kata takpa gemuk pun laki sayang, takpa tak pakai skincare, tua mesti berkedut jugak, takpa dah nama pun tekak melayu, kena la makan rendang, lemang berkoyan-koyan,

Takpa perut buncit, itu tanda dah pernah beranak, tak payah jogging beria-ia la, buat kerja rumah pun dah cukup exercise. Ewah-ewahhhhhh dia punya takpa tu, padahal dengki kan.

Sudah-sudah la.

– Bubble wrap (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *