Arang Yang Terconteng

Assalamualaikum warga iiumc yang rajin menelaah di ruangan ini. ‘Aku’ turut terpanggil untuk berkongsi suatu kisah yang lebih kurang dengan kisah Kak Kantan.

Boleh baca kisah Kak Kantan di sini,

Untuk part I, (https://iiumc.com/adik-dan-balasan-tuhan/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/adik-dan-balasan-tuhan-ii-2/).

Kisah ini telah lama berlaku dan menjadi titik hitam dalam keluarga kami. Dalam keluargaku, kami terdiri daripada 4 orang adik-beradik perempuan. Yang lelaki pun ada, tapi aku nak fokus kepada yang perempuan sahaja.

Usia kami sangatlah jauh jaraknya. Beza kakak sulong dengan kedua 6 tahun, kakak kedua dengan ketiga 7 tahun dan kakak ketiga dengan si bongsu 8 tahun.

Kakak Sulong bertemu jodoh awal 20-an ketika ibu sedang mengandungkan adik bongsu. Kakak tengah bertemu jodoh pertengahan 20-an tapi umur tak panjang dan telah kembali ke rahmatullah.

Tinggallah kakak ketiga ‘aku’ dan adik bongsu. Oleh sebab jarak yang jauh, ketika adik bongsu menginjak remaja kakak ketiga telah pun ke universiti.

Sesekali pulang ke kampung, adik sering bercerita tentang ramainya remaja lelaki ingin berkenalan dengannya.

Aku hanya mampu menasihati supaya berhati2 & jangan sesekali ada sentuhan dengan mana2 lelaki walaupun hanya bertepuk tampar dengan tangan.

Aku tidak melarang adik untuk berkawan dengan mana2 rakan lelaki di kelasnya tetapi haruslah ada batasnya. Tika itu aku sendiri tidak pernah bercinta & tiada sorang pun peminat.

Ketika di menengah atas, adik sudah ada kekasih. Adik dengan bangganya bercerita tentang kekasihnya yang lebih tua daripadanya.

Sebagai kakak yang langsung tak ada peminat apatah lagi kawan lelaki sangat sukar untuk menasihati adik ttg alam percintaan muda-mudi. Aku perasan ketika adik akan menduduki SPM, buku di lantai, tangan bergayut telefon dengan kekasih.

Tipulah kakak mana tak cemburu kan? Akan tetapi aku lebih khuatir adikku tak mungkin boleh fokus dalam pelajaran.

Apabila diadukan kepada ayah, ayah dengan keyakinannya “Jika ayah tak pernah rosakkan anak dara orang, mana mungkin org akan rosakkan anak dara ayah”.

Ibu pula, “ibu percaya anak2 ibu pandai jaga diri”. See. Aku nampak macam kakak yang cemburu. Dahlah tak ada sapa yang nak. Sedih.

Selepas adik SPM, aku dah bekerja. (Walaupun jodoh aku lambat, rezeki aku dalam pekerjaan tu cepat hingga boleh dikatakan tak sempat merasa jadi penganggur).

Oh ya ketika aku di tahun akhir, kakak tengah maut dalam kemalangan jalan raya. Tika ini ayah dan ibu serta seluruh ahli keluarga sedang dalam kesedihan. Adik mungkin sedikit ter4b4i gara2 kesibukan keluarga terhadap kes anak2 kakak tengah yang masih kecil.

Adik ajak ibu & aku berjumpa dengan kekasihnya. Dalam perjumpaan tersebut, aku ada menasihati supaya adik sambung belajar lagi. Aku juga menasihati mereka tentang kepentingan pengurusan wang untuk membina keluarga.

Akibatnya setelah pulang ke rumah, adik memarahiku “duit ringgit tak dapat membeli kasih sayang”. “duit banyak macam mana pun, kalau tak reti belanja habis juga.” Aku benar2 sedih.

Adakah kerana aku tak bercinta, aku tak layak menasihati orang yang bercinta? Atau adakah kerana tiap2 hujung bulan duitku habis dibelanja tiada baki?

Ya, zaman itu, walaupun bekerja dengan kelulusan ijazah, tapi gaji permulaan tak adalah banyak manapun. Tak lama kemudian adik bertunang.

Sengaja ayah ibu letak belanja agak tinggi hingga diperkatakan orang kampung. Tujuannya nak bagi ruang untuk adik sambung belajar.

Aku pernah juga berbincang dengan kakak sulong untuk bawa adik tinggal denganku kerana risau akan sikapnya yang suka2 keluar masuk rumah jumpa kawan2 dan kekasih. Akan tetapi kakak sulong melarang krn khuatir aku tak mampu kawal adik.

Apatah lagi ayah dan ibu masih ada untuk menjaga adik. Mulanya adik sambung ke tingkatan 6.

Baru sahaja beberapa hari belajar, adik beri alasan cikgu garanglah, cakap bukan2lah dan kawan2nya pun ramai yang tak nak sambung tingkatan yang kononnya merugikan. Erk, ya ka? (Sebenarnya ni alasan ja. Dah gatal nak nikah kan?)

Tiba2 keluargaku dikejutkan dengan berita kehilangan adik. Puas juga mencari dan report polis pun dibuat. Adik hilang dengan tunangnya.

Aku ingat lagi rintihan ibu, “didikan agama dah beri, dosa pahala bukan tak tahu, nak bertunang pun tak dihalang, apa lagi yang tak kena?” Orang kampung mula mengata, “ha tu lah letak belanja mahal sangat. Padan muka, entah2 anak kawin lari”.

Sebenarnya tak ada la mahal manapun, sesuai dengan usia adik yang masih penghujung belasan tahun. Cumanya mungkin kerana cemburu orang kampung dek dua kakakku juga belanja tinggi berbanding anak2 gadis kampung yang lain.

Setelah beberapa bulan berlalu, adik dan tunangnya @ suami ditemui. Mereka dah kahwin lari ke luar negara. Ayah dan ibu pujuk adik & suaminya balik kampung.

Sekali lagi mereka dinikahkan di pejabat agama negeri berwalikan ayah kerana ayah tak yakin dengan kesahan pernikahan pertama.

Tika ini pihak lelaki ada bawa juga belanja tapi dah jadi separuh, sedikit barangan hantaran dan sepasang baju untuk aku kerana ‘langkah bendul’.

Sakitnya hati aku dengan tindakan adik yang menconteng arang ke muka ayah ibu, aku tak boleh terima pemberian tersebut.

Oh ya, aku tak ingat bila?, sebelum adik lari, adik menjadi satu2nya anak perempuan yang ayah lempang kerana sikapnya yang tak betah berada di rumah.

Adik kahwin lari kerana terlanjur & hamil. Tika ini hubungan ayah ibu dengan besan ibarat retak menanti belah. Saling menyalahkan.

Adik dipersalahkan keluarga mertua, kononnya adik yang mengajak suaminya kahwin lari. Kononnya keluarga lelaki bukan calang2 keluarga kerana si abang lulusan agama Timur Tengah.

Akibatnya, sepanjang kehamilan, pergaduhan adik dan suaminya sering berlaku. Akhirnya, adik melahirkan seorang bayi perempuan.

Berdasarkan tarikh nikah adik, bayi perempuan tersebut masih boleh berbintikan ayah kandungnya. Sebaik sahaja habis pantang, adik kena r0g0l suami sendiri.

Ibu yang tersedar situasi tersebut telah terlambat mengetuk pintu bilik adik. Sempat ibu perli menantu pelahap. Akibatnya, adik diceraikan talak satu.

Keadaan adik seperti orang kurang siuman. Merata tempat ayah ibu bawa adik berubat.

Ketika berubat, barulah kami tahu adik pernah terkena minyak dagu (perbuatan sihir). Rupanya adik mangsa r0g0l kekasih hati yang kemudiannya tunang ketika sambutan hari lahirnya.

Adik terpaksa bersetuju untuk bertunang awal gara2 cuba menutup keadaan dirinya yang telah ditebuk tupai. Memang adik buat keputusan untuk kahwin lari kerana hamil dan takut untuk bawa berbincang dengan ayah ibu.

(Ayah & ibu memang dihorm4ti dalam kalangan masyarakat kampung sebagai orang yang berpengetahuan agama). Adik juga mengaku turut berpakat dengan si tunang sihirkan ayah ibu supaya mereka berjaya untuk lari.

Beberapa tahun berikutnya, ayah & ibu menerima lamaran buatku. Mulanya aku terima sahaja dengan niat untuk larikan diri serta biar tunanganku terpaksa kahwin dengan adikku kemudiannya. Kononnya aku ingin berkorban untuk adik.

Belanja kahwinku diletak lebih tinggi berbanding adik. Namun, entah macam mana ayah dapat tahu perancanganku.

Ayah bagi kata dua, “berani putus tunang, jangan pernah jejak kaki lagi ke rumah”. Hati mula berbolak balik, ‘b*d*h apakah aku, sanggup derhaka kerana kasih kepada adik?, istiqarah yang aku buat, memang dia jodohku.

Akhirnya aku nikah. Aku satu2nya anak perempuan ayah yang kadi beri izin untuk ayah sendiri ijab dan kabul.

Tika ini adik dah ada kekasih baru. Adik berkahwin kali kedua beberapa bulan selepas aku berkahwin.
Adik telah bina rumah di sebelah rumah ibu ayah.

Selalu adik sebut, “aku pernah conteng arang, lukakan hati ibu ayah, biarlah kini aku berbakti kepada ayah ibu.” Usia ayah ibu semakin lanjut.

Kesihatan semakin merudum. Anak2 adik dah ramai & ada yang telah menginjak remaja. Trauma adik masih belum hilang. Namun keinsafan sudah semakin terserlah. Mudah2an hidayah sentiasa di hati.

Doakan kami semua dapat membina keluarga yang sakinah. Semoga yang membaca kisah ini juga sentiasa dalam Rahmat & perlindungan Ilahi.

Semoga tersiar,

– Anggerik Gunung (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *