dia bermasalah aku pon turut terasa

Assalamualaikum..

Sebenarnya aku nak minta pendapat.Aku tak tahu macam mana nak beri nasihat dan tolong Ex aku ni.Aku tahu aku tak alami macam dia alami.Tapi aku tetap rasa apa yang dia rasa.

Ceritanya macam ni,Ex aku ni alumni Iium jugak.Budak Aikol dan dah praktis dalam 3-4tahun.Baru-baru ni Ex aku ni handle 1 kes dan salah bagi nasihat kepada bank.Maka secara tak langsung dia bakal disaman oleh bank jika kes dia handle kalah dan mungkin akan bankrap kerana takkan mampu bayar jumlah yang disaman oleh pihak bank terhadap dia.

Hari-hari Ex aku ni menangis bila tengok file kes yang dia tengah handle.Sampai tak tidur.Memikirkan masa depan yang gelap.Ibarat macam dia kata berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Aku sentiasa bagi sokongan moral pada dia dan kadang-kadang benda yang sama aku cakap setiap hari pada dia untuk dia kuatkan semangat tapi cenggitu jugak dia.Cuma kadang-kadang aku tak tahu nak beri nasihat dan sokongan macam mana pada Ex aku ni.Walaupon aku bukan di tempat dia,aku boleh rasa bila dia disaman oleh bank,tak mampu bayar dan bankrap.

Aku cuma nak minta pendapat korang,macam mana yer nak tolong Ex aku ni bagi semangat dia pulih untuk menjalani kehidupan seperti biasa?Nasihat apa aku nak guna lagi.Kadang-kadang macam aku pula yang tak kuat untuk Ex aku lalui semua ini.

P/s:Maaf yer cerita aku ni macam tunggang terbalik.Sebenarnya aku tak faham sangat bila Ex aku ni cerita pasal kes dia handle sebab aku ni budak Econs.Aku cuma faham dia salah bagi nasihat je.

– mukabudaktakadaSPMtapialumniIIUM

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *