Kang Junior

Assalamualaikum.

Sebelum tu, terima kasih atas nasihat korang, aku dah block jejaka tersebut secara serta-merta!

Kepada yang pelik sebab aku macam keliru, sebenarnya ini first time aku jumpa gay dalam hampir 6 tahun usia perkahwinan kitorang. (Umur sekarang dah 24). Selepas ini senanglah aku nak detect.

Muncul pula masalah (?) baru, ada orang PM aku, orang tu takdelah rapat sangat dengan aku, tapi dia macam kawan kepada family lah. Dia minta gambar anak aku untuk diletakkan di gajet dia. Macam kita download gambar bebudak comel tu. Wargh, dilema habisssss.

Kalau kawan-kawan rapat tanya nak guna gambar anak aku sebagai profile pic, aku bagi permission je. Tapi, yang ini aku tak kenal sangat. Kalau tak bagi, takut dikatakan sombong. Kalau bagi, aku sebenarnya tak kenal dia sangat walaupun family aku kenal dia.

Korang rasa macam mana? Kalau molek tak bagi, apakah alasan paling munasabah dan tak menyinggung yang aku boleh bagi?

– Song Ji Hyo

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *