Dia yang Pengotor atau Aku yang OCD?

Assalamualaikum buat para pembaca budiman, dan terima kasih min for publish this confession.

I straight to the point ye. I am here to get some help from anyone yang pernah hadap isu yang sama atau lebih kurang sama. How to tackle this issues?

Background check

Ada sebuah keluarga yang tinggal di sebuah kediaman sederhana yang berjiran.

Watak 1 – A (Seorang ibu tua, yang sudah kematian suami, tinggal bersama dengan anak-anak yang belum berkahwin, ada ciri-ciri ‘controlling power’ yang sangat tak seimbang dalam diri, sometimes lovely, sometimes abusive (mungkin disebabkan cara dibesarkan),

Buat kerja selalu nak cepat siap dan tidak teratur, selalu sepah-sepahkan barang yang disusun dengan baik, dan selalu menyorokkan barang-barang asas seperti barang keperluan harian, makanan, kuali, periuk belanga, pinggan mangkuk, sudu garfu, cawan dll.

Situasi berlaku bertahun-tahun dan menyebabkan selalu berlaku ketegangan dlm isi rumah.

Oh ye, si ibu juga ada ciri-ciri hoarding disorder ye. Boleh google ye, maksudnya lebih kurang, penyakit psikologi yang mana seseorang itu suka mengumpul dan sukar nak melepaskan barang-barang lama yang sudah tak digunakan lagi.

Watak 2 – B ( Anak sulung perempuan yang sudah lama tidak bekerja, tidak keluar bersosial, tak ada kawan, ada cara fikir yang agak aneh, ada sejarah mental health, seorang yang agak lurus, sering dimarahi oleh si ibu dan sering dipulau adik beradik kerana cara fikirnya.

Suka tanya soalan-soalan pelik yang sbg manusia tak perlu tahu dan tak ada faedah. Selalu percakapan tidak ‘nyambung’. Personaliti baik, mudah membantu orang lain, tapi agak degil dan keras kepala. Lurus dan agak naif. Tidak reti memandu dan agak bergantung harap pada ahli keluarga yang lain.

Suka masak, tapi selalu masak dalam kuantiti yang agak banyak dan berlebihan, agak membazir, menggunakan bahan-bahan atau keperluan dlm rumah secara berlebihan sehingga selalu dimarahi oleh si ibu (kadangkala dipukul, kerana sering melakukan perkara sama walaupun sudah ditegur banyak kali), personaliti yang agak penyabar tapi baran dalam diam.

Alami obesiti dan sering di body ‘shaming’ oleh si ibu kerana makan banyak, cara kerja tak teratur dan selalu bersepah-sepah. Personaliti cara kerja si ibu sedikit sebanyak tertumpah pada si anak ini. Mereka sering berkonflik, padahal si ibu adalah cermin yang serupa buat si anak.

Si ibu selalu merasa tertekan dengan sikap si anak yang sering sepah-sepah dan si ibu sering marah-marah di usianya yang tua. Situasi ini selalunya membangkitkan persekitaran yang tidak healthy dalam keluarga dan ia mengganggu ketenteraman jiran tetangga.

Watak 3 – Anak tengah, perempuan yang agak ‘bossy’ dan kasar percakapan. Ada ciri-ciri narsistik & hoarding disorder yg agak melampau. Kehadirannya selalu jadi ancaman pada orang sekitarnya.

Barangnya terlalu banyak, hingga tidak ada ruang yang selesa dalam rumah, barangnya langsung tak boleh diusik atau dialihkan, biliknya penuh barang hingga hanya ada sedikit ruang untuk berbaring di atas katil. Ruang yang muat untuk seorang sahaja, iaitu dia sahaja. Agak mengganggu keselesaan isi rumah yang lain kerana barangnya agak besar-besar.

Kebanyakannya tidak digunakan langsung seperti freezer, oven, mesin2, barang2 kecantikan yang sudah habis tarikh luput, makanan yang disimpan bertahun-tahun, lambakan pakaian yang banyak, sering tambah barang dan tidak mahu berkongsi langsung dengan orang lain.

Suka mengawal keadaan dan situasi walaupun hakikatnya tak ada kuasa langsung dalam sesuatu perkara. Dijauhi adik beradik yang lain juga.

Watak 4 – Adik lelaki yang sangat baik, sopan dan sering membantu. Satu-satunya watak yang rasional dan konsisten dalam mengimbangi emosi seisi rumah. Tidak suka menyusahkan orang lain, dan sering buat hal sendiri. Tidak ada gang kerana satu-satunya lelaki dalam keluarga.

Banyak ikut watak ayah, yang sering ke surau tepat waktu. Diam-diam suka membantu. Seorang penjimat, tapi tak kedekut. Jarang marah, marah pun diam. seorang yang tenang, tapi dalam diam tak diketahui pergelutan emosinya bagaimana. Dibimbangi bom jangka meledak tanpa amaran.

Watak 5 – Seorang Amelya (iaitu penulis sendiri) anak perempuan bongsu yang sering kelelahan mentalnya menghadapi situasi dalam keluarganya. Personaliti yang agak penyabar, tapi kadangkala emosi tak boleh bawak bincang. Lebih-lebih lagi melibatkan isu kebersihan dan keteraturan dalam rumah.

Introvert yang sukar bertoleransi dengan bunyi bising & nada suara yang tinggi, agak sensitif dengan bau yang busuk, persekitaran yang tak teratur, sudah mencuba pelbagai cara untuk mengekalkan kebersihan dan keseimbangan rumah mengikut personaliti isi rumah, tapi tidak berjaya, mood sering terganggu kerana watak 1 dan watak 2.

Watak 3 sudah out of list bertahun-tahun demi menjaga kesihatan mental. Silent treatment and avoiding. Sering merasa kasihan dengan watak 2, tapi tak boleh tahan lagi stay with her sebilik. *Bilik agak terhad di rumah. Bertindak untuk mengusir keluar watak 2 setelah berkali-kali ‘warning’ telah diberitahu dan tidak diendahkan.

Mudah rasa kasihan dan serba salah, tapi dalam masa yang sama pentingkan kesihatan mental sendiri. Fokus menjaga ketenteraman dalam bilik sahaja. Pernah berpindah keluar dari rumah, mencari rumah sewa, tapi disebabkan atas sebab-sebab tertentu, terpaksa pulang semula ke ‘rumahku syurgaku’.

Antara reason lain, si ibu yang sudah tua perlukan penjagaan dan satu-satunya pemandu yang sering boleh membawa ibunya ke mana-mana. Ibunya tak tahu memandu. Adik lelakinya tak suka makan di luar atau lama- lama di luar. Membeli barang keperluan dan terus balik.

Si ibu terlalu bergantung pada Amelya untuk apa-apa urusan. Adik beradik lain yang sudah berkahwin, ada komitmen masing-masing.

Pernah juga decide untuk berkahwin, untuk larikan diri dari keadaan, tapi tak berjaya. Kasihankan mereka, tapi penat sendiri. Merelakan kemahuan mereka tapi kadangkala amat penat.

Memahami situasi kesunyian si ibu yang dah tidak ada suami dan sering tertekan di rumah. Membawanya keluar jalan-jalan adalah jalan yang paling mudah untuk dibantu.

Ibunya juga ada konflik dengan anak-menantunya yang lain. Tak nak masukkan watak-watak lain, nanti menambah keserabutan pembaca.

Amelya sudah mendengarkan curhatan ibunya, sudah meraikan emosinya, dinasihatkan cara lembut, cara straight to the point, cara deep, cara psikologi dan kadang sampai tertinggi suara dengan ibu sendiri. Sering merasa jadi anak derhaka, kerana banyak kali menegur kesilapan ibunya secara lantang kerana kesabaran manusia ada hadnya.

Begitu juga ketika menegur si kakak sulung, terkadang terkeluar kebiadapannya biarpun Amelya sendiri sering mengajak kepada kebaikan di media sosial. Amelya sering merasa dirinya munafik dan berpura-pura baik di depan umum sahaja. Sedangkan akhlak hakikat berdepan dengan keluarga sendiri?

Hal ni sering buat Amelya rasa tertekan dan rendah diri melihat keluarga lain yang saling menghormati dan membantu antara satu sama lain. Ahli keluarganya masing-masing bersikap pentingkan diri sendiri dan sukar bekerjasama bab kebersihan dalam rumah sehingga

Amelya rasa malu untuk bertegur sapa dengan jiran tetangga yang sering mendengar suara bising dari dalam rumah. Amelya juga rasa malu nak mengundang kawan atau kenalan ke rumah kerana kondisi rumahnya yang sering bersepah dan tidak teratur.

Kalaupun Amelya mengemas serapi-rapinya, dalam masa setengah hari boleh bersepah semula dan seperti tak pernah mengemas apa-apa.

Amelya penat dan burnout, dan bertindak tidak buat apa-apa kerja di rumah selama setahun lebih kerana geram usahanya tak dihargai dan disia-siakan. Penat tenaga, emosi dan wang kerana banyak terbazir untuk memastikan kebersihan dan kekemasan rumah terjaga.

Akhirnya watak Amelya dari asalnya seorang yang lemah lembut, bertukar kasar dan emosional. Amelya nak jadi macam dulu, seorang yang tenang dan sabar tapi Amelya penat dan letih menghadapi situasi ini bertahun-tahun. Amelya dah tak mahu terlalu memahami, sebab perkara itu memakan diri sendiri.

Menjadi seorang yang terlalu memahami amat melelahkan dalam kebanyakan keadaan.

Anda yang melihat situasi ini, apakah cara terbaik yang anda boleh bantu? Ada tak perkataan lain selain SABAR, SYURGA dan PAHALA?

Lagi satu, jangan cuba nasihat ajak jumpa pakar psikologi/kaunselor ye, Amelya dah penat dan letih. Amelya sendiri pun one of penuntut dan pengamalnya.

Disclaimer:

Kalau ada yang cuba relate dengan ibadah.

Watak 1, 4 dan 5 solat. Watak 2, cara fikirnya berbeza. Tapi nampak juga dia sering buka audio tentang bacaan solat dan sebagainya. Mungkin mengulang kaji, sbb kesan sakit mental health yang dialami, dia banyak lupa.

Pernah diajak solat berkali-kali dan diterangkan secara baik dan juga berhikmah, kasar pun ada. Tapi cara fikirnya sukar diubah dan banyak alasan. Mungkin ada yang berpendapat orang yang ada isu kesihatan mental terlepas kewajipan ibadahnya. Tapi kalau belajar lebih dalam lagi, bukan dalam semua keadaan.

Kalau dah kembali waras, solat tu jadi kewajipan semula. Si kakak dah disahkan sembuh beberapa tahun lepas. Cuma bila terlalu lama tinggalkan solat, akan ada struggle semula. I acknowledge it and I sendiri pernah dalam situasi itu. Hidayah milik Allah. Cuma bila solat diabaikan, bab kebersihan akan jadi terkesan. Seisi rumah terkesan.

Watak 3 pulak tak pernah nampak dia solat di rumah, ego mungkin. Adalah sekali solat sama-sama, itupun lepas ayah meninggal dunia. Lepas tu, tak nampak dah. Di luar, tak pasti dia solat atau tak. Tapi, pernah nampak gambar dia pakai telekung ke masjid.

This posting ditulis bukan untuk menunjukkan diri sendiri terpaling baik atau terpaling sempurna, TIDAK. Diri sendiri pun banyak kekurangan yang tersembunyi. Seburuk apapun adik beradik mereka tetap ahli keluarga yang perlu sering dibantu dan didoakan. Cuma terkadang diri penat untuk sentiasa kuat.

Segala kata-kata dan doa yang baik-baik amat dihargai. Moga Allah balas kebaikan semua. Terima kasih.

– Amelya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *